Siang tadi, terleka! Azan Zuhur dari Mesjid di sebelah pejabat berkumandang. Aku sibuk di laptop. Iqamah memanggil! Aku teruskan membuat kerja! Syaitan bagaikan memberatkan punggung aku dari bergerak dari kerusi. Setengah jam kemudian aku solat Jamak / Qasar Zuhur dan Asar di dalam pejabat. Kerugian besar! Aku telah di jemput Allah untuk ke rumahNya, tetapi aku lalai. Sebelum Maghrib, seorang rakan berbangsa Saudi memasuki pejabat aku. Tidak semena2 dia membuka cerita dan hadis Nabi mengenai 'Pahala' bersolat di Mesjid. Cepat Allah memberi ingatan kepada ku. Alhamdullillah. Justeru, malam ini aku mencari2 tulisan mengenai 'Pahala Bersolat Di Mesjid, dan terjumpa catitan dari satu blog seperti di bawah ini. Aku juga mengimbas kembali dengan penuh nostalgia kenangan bersama sahabat2 sewaktu di Dubai pada summer 2008, menjelajah UAE dalam satu program yang kami namakan, 'Jalan jalan mencari Mesjid'. Aku siar kembali catitan dari blog lama untuk ingatan dan motivasi diri sendiri dan juga pembaca.
Mari lah kita Muliakan Rumah Allah~! Seperti juga kita hanya menjemput tetamu yang kita sukai ke rumah kita, Allah juga menjemput orang2 yang Dia sukai ke rumahNya. Jika kita sudah terdengar Azan dari Mesjid...tidakkah kita terfikir, "Allah sudaah menjemput, maka kita harus tergesa2 ke RumahNya!"
Kenapa lalai? Terlalu angkuh dan sombongkah kita menolak jemputan Allah?
Kenangan Pp bersama sahabat2 di Dubai semasa menjelajah UAE mencari Mesjid (Summer of 2008) ~! |
Begitu indah ‘panggilan Allah’ sehingga orang yang benar-benar beriman akan segera berganjak dari kesibukan mereka untuk segera menyahut panggilan-Nya. Demikian juga banyak sekali keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid). Maka sesuai dengan kemajuan hari ini juga, banyak surau-surau dan masjid yang cantik dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah. Apatah lagi jika surau atau masjid itu terletak berdekatan dengan kediaman kita. Tidak perlu kita berkenderaan untuk ke sana.
Namun kelazimannya manusia sentiasa tidak bersyukur di atas nikmat tersebut yang jika direnungkan amat ketara sekali pengabaiannya. Ini terbukti apabila kebanyakan masjid tinggal terbiar, sunyi sepi tanpa dimakmurkan oleh ahli kariah masing-masing sedangkan fungsi masjid amat luas iaitu selain menjadi tempat mendirikan solat ia juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti ceramah, majlis ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.
Hari ini apa yang menjadikan masjid meriah hanyalah jika tiba bulan puasa dan hari raya. Meskipun kedudukan masjid tidak jauh ternyata kita tidak tertarik untuk ke sana. Kata orang, hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi jika hendak ke masjid, meskipun tidak hujan, panas, jauh sekali ribut petir kita tetap tidak pergi ke masjid. Betapa kita menilai bahawa pemberian gaji dan pemberian pahala itu seakan sesuatu yang asing. Kerja untuk dunia dan solat untuk akhirat. Sedangkan kerja juga suatu ibadah yang ganjarannya selain datang dari manusia yang berupa gaji, ia juga datang daripada Allah yang dengan sifat Pemurah-Nya memberikan kita rezeki (melalui kerja tersebut) dan Dia jugalah yang memberikan kita pahala jika kerja itu diniatkan sebagai ibadah yang dilakukan kerana Allah.
Maka kita selaku manusia sewajarnya bersyukur kepadanya dengan datang beramai-ramai ke masjid untuk memakmurkan rumah-Nya yang sekalipun kita tidak diberi gaji untuk itu tetapi yang penting kita dikurniakan pahala dan keberkatan oleh-Nya. Bukankah itu sebaik-baik jalan bagi manusia menuju kesejahteraan hidup memandangkan bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita hanyalah makhluk yang kerdil yang menumpang sementara di atasnya. Justeru hidupkanlah masjid sebagai tempat untuk menunaikan ibadah secara berjemaah selain mendirikannya di rumah secara sendirian ataupun bersama keluarga.
Assalamu'alaikum Pp..*maaf selalu tak bagi salam* tapi oleh kerana postings yang kali ni semua berkenaan dengan masjid,adab memberi salam wajib didulukan.
ReplyDeleteExpedisi Pp dan kawan2 menjelajah dari masjid ke masjid pada tahun 2008 sangat mengkagumkan.
Terima kasih kerana berkongsi dengan kami semua.
p.s. Bilakah lagi expedisi ini akan dianjurkan lagi dan kali ini dimana agaknya InsyaAllah?
waalaikummusalam bakal tetamu Allah :-)
ReplyDeletedi Saudi, sudah menjadi kebiasaan memberi salam. Non Muslim juga memberi salam dan mengatakan 'Ishaallah dan Alhamdullillah'. Sungguh sedap telinga mendengar.
Tak ada pulak orang2 Islam di sini nak sensitif apabila non muslim menyebut Allah.
I like it this way ~!