Masa muda2 dulu ada juga dengar pesan orang2 yang lebih tua, "Jika masuk kedai bunga kita akan berbau harun juga....jika kita masuk kedai ikan, badan yang wangi pun terlekat bau ikan"
Aku ni dari dulu hingga kini, ada masuk kedai bunga dan juga ada masuk kedai ikan. Ada waktu tu, 'ter'masuk kedai ikan pekasam - mak aiii bau!! Tapi paling seronok sebenarnya setiap kali masuk kedai dan taman bunga lah.....tenang, wangi, dan selalunya bertemu pun dengan orang2 yang wangi belaka!
But but .... this entry is not about kedai bunga! It is about 'geng' kami jalan jalan ke Abu Dhabi dan singgah singgah di mesjid. Sempat lah juga kami bersolat, bertazkirah sesama sendiri, dan menikmati suasana nyaman di dalam mesjid2 di Abu Dhabi. Rata-rata, keadaan di dalam mesjid di sini sungguh terjaga dan di hiasi mewah dengan permaidani dan hiasan chandeliers.
Pada aku, inilah cara terbaik memenuhi waktu terluang di musim panas ini, dapat bersama kawan2 dan anakanda Adi menjelajah pelusuk UAE, singgah singgah di mesjid mesjid mencari keredhaanNya.

Di antara pengajaran yang aku dapat dari Tazkirah kali ini ialah:
- Amalan kita di dunia merupakan 'resume' kita untuk akhirat. Jika amalan kita bagus - kita di janjikan 'package' best kat sana nanti.
- Kita umat Islam memang bertuah. Banyak nikmat yang kita dapat jika kita mengambil masa untuk mengucap syukur. The fact that we can duduk bersila tnpa sakit sebab tak de bisul pun satu rahmat! Tak percaya cuba tanya kepada sesiapa yang ada bisul...adoiilaa!!
- Sebagaimana kita menumpukan prestasi di tempat kerja, kita perlu mengambil masa untuk membuat 'personal performance review' dalam tanggung jawap kita as a Muslim, as a father, and as a husband. Adakah kita sudah berusaha sebaik mungkin....?
- Jika kita kejar harta dan kekayaan, kita akan sentiasa nampak kepada harta dan kekayaan. Kita mungkin dapat apa yang kita kejar. Namun jika hanya itu yang kita kejar tanpa memberi perhatian kepada hubungan dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga, dan hubungan dengan Allah, pengejaran kita mungkin berahir dengan bank akaun yang penuh tapi hati yang kosong! Errrr, banyak mana la gamaknya akaun amalan aku? huhuhu
Next week, kami akan ke RAK! Siapa mahu ikut sila contact saya dan rakan2.
Salam Ariff...
ReplyDeleteboleh hantar gambar2 masjid kat umie...?? utk simpanan... buat koleksi,,, menarik tu..
Salam PakPayne,
ReplyDeleteWe hope you guys enjoyed the food...
Kenang kami dalam doa kalian..
Next trip bekpes nasik goreng cina al-attar..OK ka?? :-)