Terdesak dengan keadaan rumah sewa di Kg Pasir Hulu Kelang yang kurang selesa, kami meluangkan masa di hujung minggu memandu keliling taman-taman perumahan di kawasan berdekatan. Matlamat, mencari rumah untuk di sewa dalam budget maksima RM300 sebulan.
Ahirnya kami menemui sebuah rumah terrace jenis compact, di no 44* Jalan J6, Fasa 6, Taman Melawati. Rumah ini kecil, mempunyai dua bilik sahaja, dan ruang tamu bersambung dengan ruang dapur dan ruang makan. Lebar buka hanya 14 kaki! Bayangkan, memang lah sempit berbanding dengan rumah2 yang di bina sekarang. Tapi oleh kerana budget kami kecil, maka yang dapat pun rumah kecil juga lah. Begitulah kata orang2 lama, "Mengukur rumah baju di badan sendiri!"
Tuan punya rumah memberitahu yang dia juga ingin menjual rumah tersebut jika ada pembeli. Tanpa berfikir panjang, saya mengikut gerak rasa dan mula berunding harga jika saya yang membelinya. Ahirnya, walaupun tujuan asal untuk menyewa, kami membeli rumah tersebut dengan harga RM71,000. Motivasi saya membeli ialah kerana pada perkiraan saya, tidak banyak berbedza di antara wang bayaran sewa dengan bayaran pinjaman bank.
Di situ, ternampaklah tanda2 awal personaliti diri dan business temperament yang saya sendiri belum mengetahui sebelumnya:
- Membuat keputusan dengan cepat, mungkin juga secara impulsive
- Membuat keputusan dengan maklumat yang sedikit
- Mengambil risiko dengan hanya berpandukan soalan kepada diri sendiri, "What is the worse thing that can happen if I make this decision?"
Realitinya, ketika membuat keputusan membeli, saya belum pun ada wang pendahuluan 10 peratus yang di perlukan. Setelah membayar deposit tanda jadi, barulah memikirkan bagaimana untuk mendapatkan RM6,500 sebagai baki bayaran pendahuluan. Berpeluh la jugak! Ahirnya, pihak bank membuka jalan untuk saya memohon dua pinjaman; satu pinjaman berjangka pendek sebagai 'personal loan' dan satu lagi pinjaman rumah berjangka panjang.
Jika dapat putar kembali masa ke 27 tahun lampau, saya akan lakukan beberapa perkara ini dahulu sebelum membuat keputusan mengejut begitu:
- Menyewa dahulu, itu matlamat asal dan itulah keperluannya.
-Keputusan melabur membeli rumah harus di asingkan dari keperluan; pelaburan itu an 'option' tetapi tempat kediaman itu keperluan!
- Mengkaji beberapa options hartanah /rumah mengambil kira kemampuan, lokasi, kejiranan, accessibility, future development plan by developer, dan return / appreciation potential.
Januari 1984, kami dengan resminya menjadi penghuni di rumah kedua, bukan lagi sebagai penyewa tetapi sebagai pemilik.
Rumah ber number 44*, Jalan J6, terletak berhampiran dengan pagar belakang Zoo Negara. Sering juga, ketika waktu malam dan dinihari kami dapat mendengar suara penghuni Zoo, terutamanya Harimau yang mengaum dan Gajah yang bertempik. Aku lebih cenderung mendengar suara2 penghuni Zoo dari bunyi2 dari atas dan sebelah rumah sewa ku dulu di Kg Pasir.
Jalan J6 berdekatan dengan tanda A di dalam peta di bawah.
Lihat betapa hampir nya rumah kami dengan pagar Zoo Negara!
Kandungan LiL semakin membesar. Sebagai persediaan untuk menerima anak pertama, kami mengubah suai rumah no 44* di Jln J6 dengan membina bahagian dapur memenuhi halaman kosong d belakang rumah. Kami tidak mencatat kos perbelanjaan renovation termasuk kitchen cabinet itu, tapi dari ingatan kami telah membelanjakan lebih kurang RM7,000. **On hindsight, I should have started a log-book for each on my properties, recording all crucial expenses and dates**
LiL melahirkan anak sulong kami di Melaka. Ibu dan bapa mertua telah bersetuju untuk menjaga dan kami berulang ke Melaka pada setiap hujung minggu. Begitulah berterusan sehingga kami mendapat tiga anak. Apabila anak sulong berusia enam tahun dah bersedia untuk ke sekolah rendah, kami membuat perancangan untuk membawa ketiga2 anak kami yang berusia 6, 5, 3 tahun ketika itu untuk tinggal bersama kami. Rumah number 44*, Jalan J6 tidak sesuai lagi!
1991, kami berpindah ke rumah ke tiga - menyewa di rumah empat bilik di Jalan A9, Taman Melawati.
Kami menyewakan rumah Jln J6 kepada pelajar Kolej MIA. Satu pengalaman sebagai 'Landlord'! Banyak kerenahnya. Sewa lewat di bayar. Penghuni bertukar ganti tanpa kami mengetahui siapa yang keluar dan siapa yang masuk mengganti. Keadaan rumah yang tidak terjaga. **On hindsight, I should have tighter control over the tenants, and sign up proper tenancy agreement. We rented it out without a tenancy agreement.**
Setelah terlalu banyak masaalah dengan penyewa, dan di sebabkan krisis ekonomi di tahun 1991 dengan tercetus nya perang Teluk Farsi, kami mengambil keputusan menjual rumah di Jln J6. Kami meletakkan papan tanda "For Sale" di pagar rumah. Setelah beberapa bulan, kami menerima satu panggilan dari bakal pembeli. Tawarannya hanya lah RM67,000!
Modal asal RM71,000 + Ubah Suai RM7,000 + Interest + Kos of Sales and Purchase + Inflation = lebih kurang RM 100,000!
Kerugian sebanyak RM 30,000!
Itu perkiraan sekarang setelah menambah pengalaman dan on hindsight! Di waktu itu, aku tidak mengambil kira semua kos. Aku tidak menganggap jual beli itu sebagai bisness. Satu kesilapan yang memberi pengajaran!
Hakikatnya, every transaction involving money is a business transaction!
Sambungan akan di tulis mengenai rumah sewa di Jalan A9, di entry seterusnya.
Boleh buat buku Pin..
ReplyDelete-- saing Kg Mata Ayer
Pp,
ReplyDeleteHahaha....tak ada bunyi jiran sebelah dan atas.....tapi projek tetap jalan......jalan terus!
oh??? A9? saya tinggal kat situ sekarang? hehe..
ReplyDeletewhat a small world!
Anon Saing Mata Ayer :-) nanti lah...bila pencen saya mmg bercita2 nak tulis buku...
ReplyDelete--
Pak Man :-) aha...melekap juga telingan di dinding, tapi satu bunyi pun tak dengar...hahaha. lepas tu kami sendiri pun tak 'mute' lah...
--
Konot :-) indeed such a small world....nanti pulang saya datang cari konot...hehehe~!