'Taqwa - dan kebijaksanan hanyalah milik orang yang bertaqwa', peranan Mesjid - rumah Allah tempat mencari kedamaian, ingatan untuk kami sendiri supaya tingkah laku di dalam dan di luar mesjid haruslah konsisten untuk kita benar2 melakukan ibadah ini dengan kerana Allah. Kami menyentuh peranan dan tanggung jawap penulis, sama ada blog atau pun artikel2 yang di baca umum. Penulis akan di hisab di akhirat kelak dengan apa yang disebarkan melalui penulisan mereka. Justeru itu, sebagai penulis blog yang agak aktif, saya berdoa agar ketangkasan jari saya menaip akan di pandu oleh hati yang beriman.
Ada juga sahabat mengingatkan betapa besarnya fadilat solat sunat Duha (Dhuha), dan menerangkan inti pati doa solat sunat Duha yang memohon kepada Allah dengan berbagai rayuan supaya mendapat keberkatan Allah dan rezki yang halal.
" Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu
kekuasaanmu dan perlindungan ituperlindunganmu .Ya Allah jika rezekiku masih di
atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar
mudahkanlah, jika haram sucikanlah,jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu
duha, keagungan,keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh ."
Kami juga mengingati diri sendiri bahawa solat lima waktu itu - wajib dan tiang segala ibadah. Dan Al Quran itu Kitab Allah yang mempunyai rahsia kehidupan - dan haruslah dibaca dan difahami erti maksudnya. Kami bernasib baik kali ini kerana dapat bersolat Jumaat di mesjid yang khatibnya berkhutbah in English.
Juga bernasib baik - kerana kami berada di salah satu mesjid ketika diadakan solat sunat Gerhana Matahari. Pengalaman pertama untuk kami menunaikan solat itu yang memakan masa 40 minit.
Yang sebenarnya, kami mencari kedamaian di rumah Allah.
Yang sebenarnya, kami melakukan semua ini hanya kerana Allah.
Sememangnya, kami bersyukur kerana terpilih di antara beribu untuk menyertai 'jalan jalan cari mesjid dan keredhaan Allah' sambil sampai menyampai pesanan sesama kami untuk menuju ke arah kebaikan.
Sepanjang perjalanan, ada di antara kami menitiskan airmata keinsafan, ada yang bertafakur panjang merenung dosa dan pahala sendiri, dan semoga kesemua kami mendapat berkat dan bertambah hidayah da takwa.
Setiap minggu ada saja sahabat2 yang bermurah hati menjamu kami makan - kepada semua kami mengucapkan terimakasih dan memanjatkan doa agar Allah jua yang membalasnya. Minggu ini, Haza menjamu kami makan malam.
Sebelah petangnya, kami singgah di rumah Haji Faisal untuk minum teh bersama juadah yang di sediakan isteri beliau.
Kami mengucapkan banyak2 terimakasih kepada keluarga Haza dan Hj Faisal.
Program JJCM musim panas kali ini mungkin berahir dengan siri ke lima ini, namun kami telah menanam azam di hati untuk terus menjejaki bumi Allah ini demi mencari keredhaan dan kedamaian sejati - sebagai persiapan menuju abadi. InsyAAllah....
Saya, sebagai penulis memohon maaf sekiranya ada yang di kongsikan melalui catitan JJCM ini tidak menyenangkan tuan puan pembaca, itu menunjukkan kelemahan saya sebagai insan. Sekiranya ada yang menyukai, maka puji2 itu hanya milik Allah....
. (Peringatan: ada lima muka surat untuk tafsiran ini, sila klik pages di bawah muka surat pertama)
TAFSIR PENUH SURAH AD-DHUHA DI SINI
cantiknya masjid2 di dubai..ruang solatnya pon luas..
ReplyDeleteteringat saya masa solat Jumaat buat pertama kalinya di sini, walaupon ruangnya terhad dan masjidnya tidak seindah mana, tp saya terkejut dgn betapa ramainya umat Islam di Tucson ni..especially bila kita jrg2 nampak mereka ditmpt2 lain...
semoga dirahmati Allah, dan adakan program3 sebegini akan dtg, bleh share2 ngan kita pembaca...;)