
Peserta: Adlil, Khairul Affendi, Urs truly, Yusree, Hasnol, Imran, Lutfi, dan Mushil (not in above picture)
Mushil bersiap untuk berlepas.
Setelah dua kali bersama dalam program jalan jalan ke Fujeirah dan Ras Al Khaimah, ketiadaan sdr Zuhairi amat di rasai. Tapi faham. Beliau kesibukan bersiap sedia untuk penghijrahan ke Bahrain....baca di sini.
Mesjid mesjid di Al Ain banyak yang tutup dan berkunci. Jalan raya dan bandar nya juga agak lengang. Suhu kepanasan di paras 46degree memang menyengat kulit kepala. Ahirnya, bila sudah hampir waktu Solat Fardu Jumaat, kami dapat singgah di dua Mesjid yang mengizinkan pengunjung. Sempat juga kami berkongsi ilmu setakat yang ada dalam tazkirah ringkas.
Selepas solat Jumaat dan selepas makan tengah hari, kami terus mencari Mesjid, namun setiap mesjid yang kami singgah berkunci. Ahirnya, bila sudah hampir waktu Asar barulah ada sebuah mesjid yang dapat kami singgah. Tazkirah ringkas kedua kami fokus kepada kepimpinan dalam Islam, mengambil banyak pengajaran dari Rasullullah sendiri dan juga para sahabat.
Kami juga berkesempatan ke Jabel Hafeet - di paras 1240 metres above sea level. Ramai juga pengunjung lain walaupun suhu memang panas dan memeritkan. Dapat di bayangkan keindahan pemandangan yang dapat di lihat .....jauh hingga ke negara Oman, sekiranya tiada jerubu. Di kaki Jabel Hafeet, ada taman hijau yang agak menakjubkan. Sememangnya Al Ain is a lot greener than other Emirates. Bahkan sepanjang lebuh raya dari Dubai ke Al Ain sudah dapat di lihat rimbunan tumbuhan yang di tanam dan di suburkan dengan sistem pengairan bawah tanah. Taman hijau di kaki bukit Jabel Hafeet - satu destinasi ziarah menarik untuk ahli keluarga apabila musim panas memberi laluan kepada musim sejuk nanti.
Hari ini minggu ke empat kami jalan jaan cari mesjid. Bagaikan memberi dorongan dan sokongan, Puan Hartini pula menjemput kumpulan kami ke kediaman beliau untuk makan-makan bersama beberapa kenalan beliau yang lain.
Alhamdullilah, kami menghargai budi Puan. Semoga bertambah2 rezki....
Minggu depan - jalan jalan cari mesjid menutup tirai dengan perjalanan di sekitar Dubai dan Sharjah.
Sebelum itu - hari Khamis 31hb Julai akan di adakan satu majlis Isra' Mi'raj berlokasi di kediaman kami di Arabian Ranches. Semua yang berminat di jemput hadir beramai2 menghayati pengajaran dari peristiwa ini. Sila sms / or call / or mail to register your participation so that we *the organisers* can do the necessary preparation.
Salam PakPayne,
ReplyDeleteSetakat ini dah berapa buah mesjid di ziarah? Harap dapat catit mesjid yang ke 40.
boleh jual kat tv3 ni heheee..
ReplyDeletebagus mcm ni kan.
ada masa utk ziarah masjid. dapat bnyk pahala lagi solat di masjid...