
Alhamdullillah, syukur! - 'Jalan Jalan Mencari Mesjid minggu ketiga telah selamat selesai!'
Syukur ke atas nikmat Allah yang telah memberi peluang kepada kami untuk meneruskan 'jalan jalan mencari mesjid' untuk minggu ketiga ke Ras Aal Khaimah. Kami selamat pergi dan pulang, dan di sepanjang perjalanan terbuka hati untuk melihat, mendengar, dan berkongsi bersama - pengajaran dan ilmu2 Allah untuk membawa diri dan hati kami lebih dekat kepadaNya.
Syukur tak terhingga, kerana hari ini sepanjang hari aku tidak diserang penyakit pening2 seperti tiga hari sebelumnya.
.
Hari ini ingatan aku kepada kedua ibu dan ayah begitu kuat sekali. Masih nyata di ingatan bagaimana ibu semasa hayatnya begitu sabar dan tidak jemu2 mengingatkan aku supaya jangan sekali2 meninggalkan Solat dan jangan berbuat perkara2 Mungkar yang di larang Allah. Peranan ibubapa dalam mendidik anak2 adalah salah satu topik yang kami bincangkan dalam perjalanan.
Bagaimana pula prestasi aku dalam hal ini?
Mungkinkah anak-anak aku dapat merasai kasih sayang dri aku, seperti aku telah merasai kasih sayang dari ibu dan bapa aku dulu?
Bagaimana pula prestasi aku dalam hal ini?
Mungkinkah anak-anak aku dapat merasai kasih sayang dri aku, seperti aku telah merasai kasih sayang dari ibu dan bapa aku dulu?
.
Jika ada satu permintaan dari aku untuk anak2, akan aku gumpalkan permintaan itu merupakan doa untuk mereka, "semoga anak2 ku hidup dan mati mereka di dalam keimanan!"
'Jalan jalan mencari Mesjid' ialah satu idea yang aku cadangkan kepada sahabat2 untuk memenuhi ruang masa setelah isteri dan anak2 pulang bercuti ke Malaysia. Surah 'Al-Asr, Demi Masa..."
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
memberi aku peringatan untuk menggunakan masa hujung minggu yang terluang dengan sebaik mungkin.
.
Syukur Alhamdullillah aku mempunyai sahabat2 yang sehaluan. Begitulah di antara perkara yang dibangkitkan sewaktu Tazkirah kami tadi - 'bagaimana kita menggunakan masa, dan peranan sahabat2 dalam kehidupan kita'.
Sepanjang 'jalan-jalan mencari mesjid' kami singgah di sekurang2nya tujuh mesjid pada setiap hari Jumaat untuk solat sunat, beristiqamah kerana Allah, dan bertazkirah mengingati sesama sendiri. Tujuan kami ialah untuk menziarah kesemua tujuh Emiriyah di UAE.
.
Kata sdr Hasnol, di antara tokoh yang boleh kita tauladani dalam pengisian masa ialah Tuan Guru Nik Aziz yang menjadikan Allah sebagai paksi kepada jadual harian beliau. Pagi2 ada Kuliah subuh, di pejabat pula ada kuliah untuk warga di pejabat, dan masih ada waktu untuk berurusan parti dan urusan rakyat.
.
Tadi kami juga berbincang mengenai 'kematian', dan kata Sdr ZBA - orang yang pandai memang ramai, tetapi orang yang cerdik itu sedikit. Orang pandai sebab mereka belajar di sekolah atau di University. Orang cerdik - ialah mereka yang mengingati kematian, dan memenuhi aktiviti kehidupan membuat persiapan untuk mati!
.
Salah satu tajuk lain yang di ketengahkan ialah mengenai 'prasangka buruk dan bersangka baik'. Kami mengingati diri sendiri untuk sentiasa bersangka baik dengan manusia lain terutama sesama Islam.
.
Alhamdullillah syukur - dua belas jam di hari ketiga kami 'jalan jalan mencari mesjid' semakin mengeratkan hubungan kami sebagai saudara Islam. Tidak lupa kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada abang Amin dan isteri Puan Laila kerana menjamu kami dengan nasi goreng istimewa pagi tadi sebelum kami berangkat. Semoga Allah jua membalas ingatan kasih dari saudara berdua. Aku juga ingin mengucapkan terimakasih kepada sdr Mushil yang telah menyertai kami buat pertama kali dan telah memandu Previa beliau sepanjang perjalanan.
.


Aku di beritahu, harga sebutir peluru lebih kurang limabelas sen! Begitu murah rupanya satu nyawa jika petikan di hujung jari di salah gunakan.....
Panggilan azan dapat di dengar di mana-mana bila tiba waktunya. Berhentikah dari aktiviti kehidupan kita untuk bersolat ? Dan di sini, kita dapat melihat bagaimana Ummah mempermudahkan solat. Mereka bersolat di mana-mana. Buruh kelihatan berjemaah di lokasi kerja, anak2 muda bersolat di bahu2 jalan. Bila kedengaran azan, mereka pun mengambil masa untuk bersolat. Begitulah .....
No comments:
Post a Comment