Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Tuesday, April 12, 2011

Rumah Pertama!

Ogos 1983 - Sekembali dari UK dengan ijazah aku bernasib baik kerana terus mendapat kerja di Texas Instruments Ulu Kelang. Aku menyewa di rumah bujang di AU2 Taman Keramat. Memang convenient. Hanya 20 minit berjalan kaki ke tempat bekerja. Rumah itu ada empat bilik, dan ada empat penyewa. Semua nya bujang, dan semua nya dari Kelantan. Semuanya juga ada girl friend. Aku yang paling handsome muda. Sesekali memang kami menjemput girl friend kami datang ke rumah untuk sama2 masak2 dan makan2, dan bermain scrabble bukan raba2. Beberapa bulan setelah aku bekerja, girl friend aku tu dah jadi ex-girl friend! Tak tahan aku nak bergirl friend lama-lama.


Ada satu pantang larang yang kami patuhi. Rumah tersebut berdekatan dengan sebuah Surau, jadi jika ada tetamu perempuan kami akan membiarkan pintu rumah terbuka dan tidak sama sekali hanya berdua. Maksudnya, akan di pastikan ada berteman dengan kawan2 serumah atau girl friend kami itu akan di iringi oleh teman perempuan mereka.
Aku hanya tinggal di rumah bujang itu selama 3 bulan sahaja, kerana aku membujang pun hanya untuk tempuh tu.
.
Bulan November di tahun yang sama, aku mendirikan rumah tangga dengan ex GF aku tu (LiL lah siapa lagi...), dan berpindah ke rumah kami yang pertama. Rumah pertama kami sempit jer. Di panggil pun sewa 'pintu'. Rumah itu terletak di Jalan Haji Zam Zam, Kampung Pasir Hulu Kelang, tidak jauh dari rumah seniman Jins Samsudin. Seorang Pakcik di kampung itu membuat tambahan di bahagian belakang rumah bungalow beliau. Ada empat 'pintu' semua nya, dua di atas dan dua di bawah. Kami menyewa salah satu dari 'pintu' di bawah. Sewa RM300 sebulan. Mahal lah juga untuk ketika itu, di tahun 1983. Ada dua bilik tidur, satu bahagian memasak yang di gunakan juga sebagai ruang menjemur kain baju makan, dan ruang tamu kecil.

Kami tidak membeli sebarang furniture, selain dari satu tilam yang berkualiti (maklumlah baru kahwin!), sebuah meja makan jenis formica top saja, dua sofa rotan yang paling murah, sebuah TV 16" colour, sebuah peti sejuk kecil dan gas cooker yang jenis mudah alih. Cukup simple, tak jauh berbedza dari rumah orang bujang.

LiL juga bekerja. Memang jarang makan di rumah. Malam, apabila balek dari kerja pun penat - penat melayan kerenah jiran2 aku!. Nantilah aku ceritakan kenapa. Aku ke Texas Instruments menaiki bas mini. Isteri memandu kereta Nissan Sunny 130Y (masih ingat plet ber number BBY 8249) ke pejabat di Bukit Mahkamah. Ada ketikanya aku memandu menghantar isteri di sebelah pagi dan dia mengambil bas mini untuk pulang. Begitulah kami bertolak ansur.

Ketika itu, di kawasan Kampung Pasir masih suasana perkampungan. Ada masanya, monyet2 dari hutan berdekatan akan datang mencuri apa2 makanan yang terletak terlalu hampir dengan jendela. Pernah juga bonet dan bumbung kereta 'Datsun Sunny brand new' aku di penuhi dengan kesan2 tapak kaki monyet2 yang menumpang beristirehat. Di hujung minggu pula, jika aku sadaikan kereta tu di bawah bayang pohon kelapa, akan bertempek2 lah dengan tahi ayam bumbung kereta aku tu! Memang ayam2 jantan suka bertenggek di atas kereta untuk berkokok! Kononnya, nak eksyen dengan ayam betina lah tu yang dia ada kereta! "Hawau!" Kata Mak Mertua aku, orang melaka, setiap kali dia menghalau ayam2 tu.

Kokok ayam memang berderai apabila waktu pagi. Kadang2 ada juga bunyi 'lain' sebelum atau selepas subuh. Rumah kami sewa tu ada satu masaalah...masaalah bunyi!
.
Rumah tu, tidak sound proof! Terutama waktu malam atau dinihari, apabila suasana keliling hening dan sunyi sepi. Bukan setakat hentakan katil yang dapat kami dengar, tetapi bisikan manja jiran pun dapat di dengar! Aku dapat tahu contohnya, yang isteri jiran aku tu akan ketawa dengan riangnya setiap kali suaminya kentut! Aku agak lah yang kentut tu suami nya, dan bukan si isteri. Setahu aku perempuan tak kentut! Tak de masaalah sangat untuk aku, tetapi teruja lah juga sesekali apabila kami sudah selesai al-kisah hajat kami dan bersiap sedia nak tidur, di waktu itu lah terdengar 'aktiviti' dari rumah atas bermula. Adegan2 begini selalu juga terjadi! Elok2 nak tidur, terbeliak balek biji mata, darah mengalir laju dan al kisah, maka aku pun berpeluh lagi!

Yang paling aku suka apabila terdengar dialog lebih kurang begini,
"Ayang Dah?"
"Belum!"
"Abang dah!"
"Ayang belum! Abang tu cepat sangat!"

Naik ego aku! Bukan seperti memandu bas, dalam hal 'Al Kisah' ni si isteri selalu suka slow and steady, bukan laju2 hingga kan belum pun keluar garaj sudah kehabisan minyak! Apa kes? Hahaha.
Aku terasa bagaikan jaguh. Tak perlu lah aku detail kan...nanti di tuduh mengangkat kain bakul sendiri. hahaha.

.
Dua bulan setelah berkahwin isteri aku di sahkan mengandung! Apa tidaknya, asyek berlawan2 di antara jiran2, di sebelah dan di atas! Tapi kami gembira tak terkata lah...Syukur Alhamdullillah, terselamat ego aku sebagai lelaki dapat menghasilkan zuriat! Begitulah perasaan ketika itu, berusia 26 tahun!
.
Setelah beberapa bulan begitu, barulah kami terfikir - mungkin mereka memulakan aktiviti kerana terdengar 'al-kisah aktiviti' kami lantas memulakan 'aktiviti' mereka...yang kemudiannya kami terdengar, lantas berulang al kisah...dan seterusnya! Sejak hari itu, kami telah 'mute'kan sound system. Guna bahasa isyarat sahaja! Berbahasa isyarat di dalam gelap can be quite romantic. Cubalah! hahaha.

Apa-apa pun hubungan kami dengan jiran2 sebelah dan jiran2 di tingkat atas memang malu2 kucing lah. Aku rasa, masing2 tahu-sama-tahu, tetapi buat2 tak tahu! Apabila kami 'mute' buat beberapa ketika, mereka bagaikan curiga.
"Semua okey kah? Sihat?" Tanya jiran yang nurse tu ketika dia dan LiL menyidai kain di ampaian.
"Sihat!" Aku dengar LiL menjawap.
"Tak boleh sembahyang ka, nampak jemur kain telekung tu?" Tanya si Nurse.
"Boleh. Ada telekung spare!" LiL saja menambahkan misteri.

Jiran yang directly di atas rumah kami ialah staff Malaysia Airline. Suami isteri kedua2nya. Pagi2 ada van MAS datang mengambil mereka dan sebelah petang pula di hantar. Malaupun mereka sentiasa beruniform MAS, aku tidak pasti sama ada mereka ground staff atau flight crew.
Jiran di sebelah aku pula nurse dan suaminya bekerja pejabat di Hospital yang sama. Nurse tu pula ada kegemaran yang membuat aku isteri aku kurang senang - dia suka sangat memakai hot-pants yang betul2 pendek dan hot apabila keluar dari rumah! Teruk betul, menyeksa~!
.
Setelah enam bulan kami berpindah!
Timbul perasaan malu sebenarnya. Tidak ada privacy. Semua boleh dengar. Kentut pun boleh dengar. Bunyi siulan cerek dengan air mendidih pun sampai. Kata orang terkilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Kami pulak, dari bunyi deruan pancutan air, dapat tahu isteri atau suami nya di bilik air itu. Hingga ke situ pun boleh dengar! Haram! Mana best ! Memang ada design atau engineering problem lah rumah2 tu...! Yang menyewa pula semua pasangan muda2 belaka. Memang bergegarlah...~!
.
Tidak banyak kenangan di rumah pertama kecuali kenangan kami sebagai pasangan yang baru berkahwin. Banyak kenangan manis berbulan madu tercipta di rumah di belakang bungalow di Kg Pasir itu. Di situlah aku mengulang kaji muka surat Kamasutra dan mula memahami erti tanggung jawap berumah tangga. Salah satunya ialah tanggung jawap untuk menyediakan rumah yang sesuai untuk keluarga. Jelas sekali rumah sewa pertama kami itu tidak sesuai! Mungkin telah di takdirkan kami ke situ sebaik saja berkahwin untuk mendapat ilmu sampingan kaedah hubungan suami isteri melalui suara2 bisikan dan rengetan jiran2 seperjuangan yang menyelinap masuk dari celah2 daun tingkap. Terpaksa aku akui, walaupun malu kerana tidak ada privacy, di masa yang sama memang teransang dengan imaginasi liar dari mendengar rentak bunyi dan bisikan mereka berbicara.

Walaubagaimana pun kami memang sedia maklum bahawa tidak akan kekal lama di situ. Ianya hanya merupakan persinggahan sementara kami menemui rumah yang lebih sesuai!
.
Rumah ke dua di temui di Taman Melawati.
Tapi ada juga rasa ingin tahu, di mana dan apa khabar agaknya jiran2 aku dulu itu....

9 comments:

  1. Kalau ada pertandingan essay writing ..boleh menang ni.. gerenti..!!hehe

    .. saing hok dok Kg Mata Ayer..

    ReplyDelete
  2. Suria :-) Hehehe.

    Saing Mata Ayer :-) bakpo guno namo samarae tuh? hahaha. Takut Cikgu Besar tahu korr?

    ReplyDelete
  3. Yang Ariff,

    Cikgu saya dulu silap ni!!

    Dia bagitau "Rumah dah siap, Pahat berbunyi"
    tapi makna nye lain. Versi ni "Lain"!

    he..he

    Ahj

    ReplyDelete
  4. Ahj...:-) hehehe, yang ni 'pahat'nya Lain...hehehe.

    ReplyDelete
  5. Pp reading this entry made my day today...very entertaining ! Dah lama tak baca blog ni..almost a year. keep up more real stories like this..hehe

    ReplyDelete
  6. best citer ni PP... nak lagi nak lagi....

    ReplyDelete
  7. Pak Man :-) hehehe...nakaaa sikit2 jah

    --

    Samsulfaiz :-)

    oh, tenkiu lah sbb meluangkan masa...

    --

    Riz :-)

    nak lagi ka? heheheh...sedap nya sekali jer!

    --

    ReplyDelete