Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Saturday, April 23, 2011

Hati seorang Orang tua....

Aku sendiri kurang mengerti kenapa bila semakin tua, semakin sensitif pulak hati manusia. Jika aku yang dah tua ni tak faham, apa lagi orang2 muda. Itulah mungkin sebabnya semasa aku muda dulu2 aku kurang arif dalam hal2 mengambil hati ibu dan bapa.
.
Orang tua boleh sensitif dengan perkara remeh temeh. Bila hati terhiris, mereka selalunya berduka. Ada juga orang tua yang berjiwa muda terikut2 dengan rasa marah....tetapi itu tidak kelaziman. Selalunya pengalaman dan kebijaksanaan mengawal perasaan mereka dari bertindak agresif -or as anger management goes, outward explosion. Tapi mereka sering bertindak pasif agresif - internal implosion of anger. Ini bermakna mereka makan hati memendam rasa. Mereka memerlukan jangka waktu yang lebih lama untuk fully recover. Mereka lebih sangsi....dan lebih berhati2. Ini perlu sebagai mekanisma pertahanan diri untuk tidak di lukai lagi. Cara begini mungkin cara semula jadi kerana secara fizikal nya, orang tua tahu mereka tidak berupaya untuk berperang atau terlibat dalam pertempuran.
Pernahkah anda alami di mana orang tua yang anda kenali bersikap dingin? Email dari anda tidak berjawap, panggilan telefon tidak berjawap, dan jika bercakap pun mereka mengalih pandangan seperti tidak sudi bertentang mata!
Saya pernah, dan hanya kini setelah saya sendiri sudah tua barulah saya mengerti....rupa2nya orang tua itu telah berkecik hati.
.
Memujuk orang muda ada caranya. Sejambak bunga, serangkap pantun, boleh menjernihkan yang keruh. Memujuk orang tua.....ermmm.....lebih sukar dari itu. Orang tua mahu di hormati. Kerana tiada lagi yang lebih penting dalam hidup mereka selain dari maruah dan nama. Kata orang pun, 'manusia pergi meninggalkan nama'. Mereka mahu nama mereka di hormati. Justeru itu, sekiranya mereka terasa seolah di hina....mereka mengalami kejutan yang sukar di ubati. Apa lagi jika kata2 kesat seperti 'sial', bahasa perli seperti, 'besar kepala', bahasa kurang ajar seperti 'celaka' di gunakan.
Hati mereka rapuh....sendi mereka lenguh2.....perasaan mereka senang tersentuh....dan sukar untuk sesiapa juga menjernihkan yang telah menjadi keruh.
.
Untuk anak2 aku....dengar pesanan ayah.
- Musuh jangan di cari, rezki jangan di tolak, dan orang tua harus kau hormati!
- Jika lapar makan, jika mengantuk tidur....tapi jangan di usik singa yang lapar dan sedang tidur.
- Jika kau bersalah, mohon maaf pertamanya dengan tuan punya diri, kemudian dengan Allah.
- Jika kau benar, jangan pula kau berlaku sombong....beri ruang untuk yang salah berundur dengan mulia.
- Jika kau berundur, bukan bererti kalah....dan jika menang bukan bererti gagah. Kalah atau menang bukan di ukuran manusia. Yang menang sebenarnya ialah mereka yang mendapat restu Allah.
- Ingat kata nenek moyang, 'terlanjur perahu boleh di undur, terlanjur kata tergadai nama."
- Nowadays you ols dah tak naik perahu - tak per, terlajak ur pajero pun boleh undur gak!You ols cuma perlu tahu guna reverse gear jer!
Orang muda tak perlu bersusah payah berdengki dengan orang tua. Kami mungkin ada harta - itu dah rezki kami lah. Tapi usah menganggap kami ni semuanya besar kepala. Cuma kadang2 jer kami besar perut, maklumlah kamilah penyimpan mohor2 besar kolestrol termashyur! You ols tak yah berprasangka dengan kami. Kami hanya ingin menabur bakti...setakat yang termampu!
Bukan niat di hati ingin melebihi sesiapa. You ols lagi hebat bergaya ....kami berjalan naik tangga pun tak sempurna.
Bukan niat kami untuk menandingi kamu atau sesiapa juga. Kami sudah melepasi zaman itu.
Kami bersyukur dengan apa yang ada....dan ingin mencari sedikit bekal untuk akhirat dengan bakti, dengan amal, dengan persaudaraan yang tulin.
Justeru, you ols yang selalu ralat dengan kerenah kami orang tua , you ols orang2 muda yang berdarah panas...yang berimankan nafsu.....best of luck lah! Kerjakan lawan2 you ols yang muda2 nun di sana.....biarkan kami orang2 tua bersama dunia kami jek.


Oh, belum saya jawap soalan tadi. Bagaimana untuk memujuk orang tua yang merajuk. Sebenarnya saya sendiri tak tahu. I guess, just leave them alone.....and maybe, that way.....the bygones will be bygones!
Ini gambar penulis, yang berhati muda ~! hehehe
Hati ini bukan hati dari keluli
senang dihiris olih kata2 sinis
senang tersentuh bila cakap tak bertapis
hati ini hati seorang orang tua
yang mungkin sudah tidak banyak hari2 nya
degup nya tidak seriang dulu
sendunya mungkin ke ahir waktu.
Perasaan ini tidak sekebal besi
sering hiba bila di sergah
mudah terluka jika di hina
beginilah hakikat seorang orang tua
menghabiskan zaman sebagai penumpang
bertongkatkan pengalaman
berpimpinkan secebis harapan
untuk hidup penuh aman
untuk mati dalam iman.
Jika kamu masih ingin berlari
masih mendidih nafsu nafsi
Kami ini, tak perlu di dekati
Bukan kerana harus di takuti
cuma masing2 ada haluan sendiri
biarkanlah orang tua kerepot ini
damai menghitung hari2
yang berbaki!

Jika ingin penawarnya, klik di sini.

28 comments:

  1. Pak Payne...jangan lah merajuk... selalunya orang tua ni kalu merajuk, buruk rupanya!!! Masa arwah mak saya ada dulu, selalu benar dia merajuk... dan dia akan ketawa bila adik bongsu saya mengajuk dia... pakai serkup kepala dia, pakai spek mata atas hidung dan pegang kitab dia... tersenyum simpul mak tengok dia dan hilang rajuknya.... ehem...

    ReplyDelete
  2. Merajuk ni kadang2 ada baiknya jugak PP, tgk keadaan...

    ReplyDelete
  3. sbb syg sgt pd anak3 la kita merajuk...kalo x syg, x gunanya nak tarik muka, nak tangis hiba.

    sedih lak baca entry abg ipin kali ni, ntah mcmanan pulak nasib saya kelak dgn anak3...hmmmmm....

    ReplyDelete
  4. suria :-) hehehe...pakpayne tulis mengenai orang tua merajuk, tak semestiny pakpayne juga merajuk....sekadar berkongsi cerita mengenai hati seorang orang tua.

    -
    rusdi :-)

    mungkin juga kan...ada kebaikannya. setelah berfikir, saya rasa semua perkara yang berlaku itu ada kebaikannya...jika kita ingin mengerti!

    --

    Qimy..:-)

    errrr puan Qimy....bukannnnnn, saya bukan merajuk! Tidak sekali2 dgn anak2. errrr, anak2 saya ok...pandai mereka bersopan santun menghormati orang2 tua, bukan saja menghormati ibu bapa.
    alhamdullillah, hati mereka lembut dan terang ...setakat ini.

    hehehe....jgn sedih ye!
    pakpayne ok ni!!

    --

    pp

    ReplyDelete
  5. hehehe masa baca entry tu aje sedih..pas logout, tgk muka anak terus ceria..manade sedddiiiihhhh kuikuikui...

    ReplyDelete
  6. eh kenapa ek? saya mushkil.. sejak dua menjak ni lain sangat bunyi entry abang id ni ya!.. ermmm... pelik.. merajuk ke? orang kata kalau merajuk lekas tua. tapi kalau orang yang tua merajuk jadik apa pulak ya?

    :)

    have a nice day!

    ReplyDelete
  7. sokmo ...

    lali doh kadae kadae ...

    tapi ....

    hmmmm ....

    ReplyDelete
  8. qimy :-) hehehe , betul la kan...anak2 menceriakan! bagaimana agaknya mereka yang tidak ada anak...ermmm, mungkin ini another entry.

    ---

    ummi :-)

    hehehe, bila orang tua merajuk...mereka ni macam biasa jer...cuma dengan orang2 tertentu yang mereka merajuk tu mereka kira lebih suka menjauhkan diri....
    mereka ni dah malas nak layan drama swasta manusia yang tak tahu jaga kesopanan dalam persahabatan.
    maklumlah bila dah tua, mereka lebih suka kan keadaan yang aman damai.

    hehehe, bunyi lain macam ka entry saya lately nie....

    ini suka saya buat press conference - I am ok. Bahkan very ok di bulan ramadan ini, sempat menambah amal ibadat, berdoa, mengucap syukur, dan sikit sebanyak berbakti kepada masyarakat di dubai.
    But u know me.....jika ada yg terbuku di hati, i write about them. dan semoga ada yang mengerti...

    end of press conference.

    --

    PB ..:P

    SOKMO Doh gappo tu Pb..hehehe...kirim salae ko tokma deh. Jaga hati tokma tu deh...:-)

    --
    Pp

    ReplyDelete
  9. PP, I ni dah ambang 40s belum 50s pun dah start mudah tersentuh..kekadang rasa, awat la aku ni sensitip bebenor..but I pernah baca, bila umur meningkat 'otak will shrink'. so ada kena mengena dgn kita punya internal mood...gamaknye ler...P.P merajuk ke?..hi..hi..

    ReplyDelete
  10. very nice words. semoga hati yang marah, menjadi lembut. Semoga dan ada ruang di hati untuk memaafkan dan brave enough untuk mengaku kesalahan.

    life is too short to be angry eh?

    ReplyDelete
  11. Salaam PP dan semua. Samada yang sedang tua atau akan "menua" (betul ka menua ni?)

    Semua akan mengalami saat2 tua (kalau Allah izinkan), jadi bagi saya yang setengah tua ni juga tersentuh hati dgn Entry PP kali ini.

    Jika semasa kecil/muda kita tidak tahu menghormati orang yang lebih tua, Allah Yang Maha Adil akan membalas perbuatan kita itu samada setelah kita tua atau setelah kita ke alam barzakh atau kedua-duanya.

    Entry ini telah memberi keinsafan kepada saya.

    Thanks PP.

    ReplyDelete
  12. PP,
    Saya seronok baca entry PP sebab PP menulis dari hati. Seperti juga sesorang yang berceramah dari hati yg ihklas akan sampai direct ke hati yang mendengar, penulisan PP akan sampai kpd pembaca. Saya rasa, saya pun berjiwa sensitif.
    Namun semua hati perlu sensitif, sebab itu adalah natural state of the creation. Cuma adakah kita akan sensitif kepada isu yang yang di tuntut atau hanya sensitif kepada isu berkaitan hati kita semata2. Saya sendiri sensitif bila orang memperlakukan sesuatu di luar penerimaan hati, tetapi kurang sensitif bila Imam menceritakan betapa dasyatnya balasan api neraka. Kita tidak sesensitif para sahabat2 Nabi saw yang bergegar hati mereka bila mendengar nama Allah dan menangis membayangkan azab api neraka...semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita di bulan yg mulia ini...amin.

    ReplyDelete
  13. jes...:-) according to that theory, my otak dah shrink lebih dari urs lah kan..?? mungkin juga otak yang belum shrink tu terlalu besar hingga tak de rasa sensitive yang boleh membeza kesopanan dari kebiadaban? apa2 pun, saya akan buat scanning ...hehehehe...supaya tak lah sampai tahap critical.

    or, mungkin juga otak tu sama jer besarnya, tapi kepala yang semakin besar! justeru kita rasakan otak kita kecil...

    WallahhuAklqam, saya pun bukan pakar otak...

    --

    Lollies ..:) thank you. My nice words were complemented by your profound insights.....thanks!

    --

    Insurance 3rd party :-)


    semua akan melalui tua jika di izinkan Allah....tapi sudah pasti semua akan bertemu mati. hehehe

    --

    ZBA :)

    InsyAAllah...semoga saudara ZBA mencapai tahap sensitive yang membawa keinsafan dan membawa kita sujud kepada kebesaran Allah.

    seperti ZBA cakap lah, semua nya dari hati! Soal hati....sememang sukar di mengerti.

    WaLLah hu Aklam.

    ReplyDelete
  14. ayahanda..

    mengapakah? =) hehehe

    ReplyDelete
  15. Salam PP,
    Sungguh tepat sekali apa yang di tulis.Boleh saya linkkan supaya anak2 boleh membacanya juga/

    ReplyDelete
  16. saya yg belum 40 ni pun sokmo2 sensitif.. camno tu..?

    ReplyDelete
  17. Ad...:-) hehehe....nanti bila kita jumpa, kita talk talk la....hehehe....no alarm!

    --

    zabs...silakan. kita tempuhi dulu, nanti anak2 kita pula bakal menyusul...:-)

    --

    mulan :-)

    hehehe, sensitif jugak naa Mulan. Selalu makan hati ka?

    baca penawar tu...:P

    -

    Pp

    ReplyDelete
  18. kebetulan hati ini tgh merajuk,terjumpa pula artikel ini,tersenyum sendiri membacanya. tetapi rajuknya hati ini sukar untuk di ubati :(

    ReplyDelete
  19. salam pak payne,
    saya orang baru mengjengah ke blog pak payne, baru beberapakali namun sudah ketagih pada perkongsian2 pak payne.
    I'm enjoying your englighting and entertaining writtings. keep sharing, there will be a lot(I'm sure) for me to learn from you!.. ryaha, FoCo,CO.

    ReplyDelete
  20. salam Pp

    saya ni pun dah tua..tahun depan dah masuk 1/2 abad...selalu gak berkecil hati..kadang kadang dengan anak anak dan selalu nya dengan my other half tu laa..
    My other half tu pun lagi 2 tahun lagi masuk pencen..tapi sejak kebelakangan ni mulut macam murai pulak...bende kecik pun jadi besar, yang remeh di perbesar kan...sesekali macam nak lari je saya ni...tapi tu lah...itu lah dia...

    tapi bila usia meningkat ni..hati kita mudah tersentuh...lama nak baik...agak nya macam tu lah mak abah saya dulu...
    kena kat diri sendiri baru faham..

    tak sambung lagi ke cerita rumah ni?

    ReplyDelete
  21. Anon 11:04 :-) semoga hati yg merajuk ...akan ceria kembali ...

    -

    Anon Ryaha :-) terima kasih kerana mengunjungi dan meninggalkan komen. much appreciated.

    ReplyDelete
  22. Ezza :-) Semoga perkahwinan dan persahabatan puan dengan suami berbahgia bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat nanti.

    Cerita 'Rumah' - akan saya sambung, inshaallah, satu persatu, sebagai catitan sejarah untuk kenangan keluarga.

    ReplyDelete
  23. abah mama sya are at that stage, senang terusik hati. i guess it comes with age & pride. sya selalu ingatkan adik2 & diri sendiri, as much as they age, they're never obsolete. masih boleh dirujuk kerana asam garam yg diaorg makan jauh lagi byk dari kita yg muda ni.

    ReplyDelete
  24. Sya...:-) rasanya fenomena sensitivity hati orang tua ini adalah satau fenomena antarabangsa...cuma hati Melayu kita, especially hati Kelatae, ada terlebih sikit di atas tahap sensitip nya.

    ReplyDelete
  25. kalo mummy i mrajuk,i kena diam seketika & cari kesukaan dia...shopping handbag so either ajak dia kata tman i jap mak or trus blikan...bawak lek cium pp dia spuas ati & tunjuk that handbag, mesti dia snyum balik...heheh lapang dada kalo x risau nk mati sbb malikat pun paling muka kt kita tau bla ati org tua kita tluka tau...

    ReplyDelete
  26. betul kata Pp.

    skrg masa diaorg, tak lama lagi comes my turn.

    ReplyDelete
  27. M Khir :-) wow...pandai u ambik hati ibu...semoga sejuk hati ibu dan semoga beroleh syurga nanti...
    cool~!

    --

    Sya :-)
    yea....every one yg panjang usia akan merasa~!

    ReplyDelete
  28. pp,
    hati ini masih lagi merajuk dan terluka.tetapi saya telankan saja perasaan tu semua demi kebahagiaan semua orang. adakah saya terlalu lembik,patutkah saya stand my ground,kerana saya adalah mangsa,bukan saya yg melukai....

    ReplyDelete