 |
Gotccha! |
Jodoh.
buta paras rupa
tuli tutur bicara
bisu namun bersuara
jodoh tidak semestinya cinta
cinta, juga ada kalanya
hanya satu fata morgana
hanya hati yang mengetahui
siapakah jodoh, apabila di temui!
datang tanpa di rancang
lebih dekat dari bayang-bayang.
Jodoh
soal hati
adakalanya sukar di mengerti
adakalanya, umpama misteri
tidak lari walau di kejar
tidak ketemu walau di cari
jodoh juga walau sebentar
panjang jodoh membawa ke mati!
Bersyukur lah dengan jodoh sendiri
sudah tersurat dari Azali
usah di selidik atau di kaji
kekurangan yang ada, kita penuhi!
Jangan berputus asa sekiranya
lambat jodoh menjelma
kepadaNya terus berdoa
setiap insan ada pasangannya
itu janji Dia
redha dan pasrah dengan ketentuan
walaupun jodoh seperti tak kesampaian
ada hikmah, dengan setiap suratan!
Tahniah
sesiapa yang telah bertemu
jodoh yang putih, merah atau kelabu
jangan abaikan jodoh d tangan
umpama merpati dia mungkin terbang
jangan nanti tergila bayang
sebelum terlambat
belai dengan kasih dan sayang!
Ajaran ugama jadikan pedoman
jodoh mesti di halalkan
sebelum berlaku perkara sumbang.
.
Ketahuilah
jodoh datang berpasang-pasang
yang baik, untuk yang baik
yang zina, untuk yang zina
dan
yang bersyukur, akan akur
terhadap jodoh yang Allah atur!
Pp: Gembira mendapat berita.
dari Malaysia!