Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Tuesday, May 31, 2011

'Seperti Baru Kawin!"

Dulu kita masak dan makan sama2
Sekarang hilang dari mata
maklum lah isteri  sudah tiba
yang di hidang isteri tentunya
lebih menambah selera~!
(Gambar ada kena mengena sikit2 dengan cerita)

Ada di antara rakan2 saya di Jeddah ini yang hidup dan bekerja di sini sementara anak2 dan isteri berada di Malaysia. Untuk mereka, penantian waktu bertemu merupakan satu penyeksaan. Selalunya, mereka mencari kedamaian dan ketenangan dengan memenuhi masa untuk ke Mekah atau Medinah di hujung minggu. Banyak pahala beribadat!

Minggu ini bermula cuti sekolah di Malaysia. Maka ramailah para isteri datang menemui suami2 mereka, mengambil kesempatan juga untuk menunaikan sunat Umrah. Alhamdullilah. Bertambah lagi pahala!

Jadi jangan hairan jika buat semingu dua ini rakan2 kita yang di kunjungi isteri masing2 kelihatan begitu ceria, dan jarang2 keluar rumah bilik. Itu pun menambahkan pahala dan melega kan pening2 kepala! hahaha

Apabila kita bertanya khabar, "How are you?" pun ada yang tersasul menjawap, "Seperti baru kawin~!" sambil tersenyum meleret2.

Moral of the story: Sayang kan isteri, tinggal2kan!




5 comments:

  1. nak tanya..

    Encik encik ni tak boleh bawak anak isteri ke sana...

    ReplyDelete
  2. Ezza :-) ada encik2 yang bawa isteri...seperti saya sendiri. Ada juga encik2 ini, kerana isteri mereka bekerja di Malaysia, tinggal di sini bersendirian.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Pp. Memang kami ceria. Tapi agak kelam kabut sikit sebab nak pastikan masa selama dua minggu tu dipenuhi dengan aktiviti yang berbaloi dengan kos tiket untuk mereka datang ke Jeddah. Bukan tak keluar rumah, tapi jarang balik rumah, hehehe.

    ReplyDelete
  4. baju belang kuning hitam sian... wife tak dtg yer.



    shiela

    ReplyDelete
  5. Zainal...:-) hehehe, kami faham maksud Tuan Zainal...mesti ada ROI dari kos tiket...biar berbaloi...hehehe. Penuhilah masa sewajarnya, tak per, kami memahami. hehehe

    --

    Shiela :-)

    aha lah...kesian dia, jejaka berbaju belang kuning hitam itu...

    Bila shiela nak datang?

    ReplyDelete