Satu kampung berbangga. Aku tahu sebab mereka memberitahu aku begitu. Aku merupakan anak Kampung Kubang Tembesu yang pertama berjaya ke sekolah asrama penuh!
Kawan2 datang bertemu, mereka gembira bercampur teruja. Gembira kerana aku berjaya untuk masuk ke sekolah asrama penuh, di bandar dan di janjikan dengan berbagai kemudahan. Ada lampu letrik, ada air dari pili, dan ada kipas angin di dalam bilik asrama. Teruja, kerana aku akan merantau. Aku, anak bongsu, dan manja pula. Boleh kah aku berjauhan dari emak? Mereka yang kuatirkan! Teruja juga kerana bandar yang akan aku pergi itu, mereka hanya mampu mengenali melalui Atlas dan buku Ilmu Alam. Bandar yang terkenal dengan bijih timah itu terlalu asing bagi kami di sebuah kampung pendalaman di Kelantan. Mereka juga gusar kerana konon nya tempat itu ramai orang Cina. Terlalu berbeza dengan Kampung kami yang boleh di katakan kesemuanya orang Melayu. Lebih2 lagi peristiwa berdarah 13 May masih menjadi tajuk bualan.
"Tentu seronok Pin kamu boleh naik keretapi!" Kata Wan Mustafa, kawan se permainan dan juga jiran di sebelah rumah aku. Di har2 terahir, kami banyak meluangkan masa bersama.
Itulah pertama kali aku akan menaiki keretapi. Aku sendiri terasa seronok, tetapi bercampur dengan perasaan takut.
"Tentu seronok Pin kamu boleh naik keretapi!" Kata Wan Mustafa, kawan se permainan dan juga jiran di sebelah rumah aku. Di har2 terahir, kami banyak meluangkan masa bersama.
Itulah pertama kali aku akan menaiki keretapi. Aku sendiri terasa seronok, tetapi bercampur dengan perasaan takut.
Bapa dan Ibu saudara aku yang dekat menjemput aku ke rumah mereka untuk makan-makan. Saudara mara yang tinggal berjauhan juga datang membawa buah tangan. Ada yang hadiahkan aku sepatu, ada yang membawa pisang dan ubi dari kebun mereka. Mak Muda yang tinggal di Kampung Hulu Berhala pun pulang ke kampung, walau pun terpaksa menaiki perahu melalui jalan sungai berjam-jam lama nya.
Aku perhatikan emak riang apabila bersama saudara mara dan di depan aku. Apabila dia keseorangan, terutamanya di waktu malam, emak banyak mengaji di sejadah dan sering kelihatan menyapu air mata. Sesekali dia hanya mendiamkan diri, dengan tangan memekup muka yang masih di dalam telekong.
"Mak sedih?" Aku ada bertanya.
Emak hanya mengusap kepala aku dan membisikkan kata-kata semangat. 'Pin belajar biar pandai deh!"
Namun aku tahu dia menangis. Air mata emak menitis ke atas dahi ku.
Namun aku tahu dia menangis. Air mata emak menitis ke atas dahi ku.
Aku juga begitu. Apabila malam dan yakin emak sudah lena, aku juga menitiskan air mata di bawah selimut. Aku memikirkan siapa nanti yang akan menemani emak. Siapa pula yang akan membantu emak menoreh getah. Jika emak lenguh2 sendi, siapa yang emak boleh panggil untuk menolong memijak belakang. Siapa yang akan menemani emak bercakap di waktu malam?
Justeru, apabila Kak Cik dan aku bersendirian, aku meminta kak Cik agar selalu pulang ke rumah emak. Kak Cik yang bersekolah di Kota Baru berjanji dia akan pulang setiap hari minggu.
Emak meminta Pak Ngah supaya menghantar aku ke Ipoh. Perjalanan menaiki keretapi bermula dari stesen Kuala Krai. Pak Ngah sudah biasa naik keretapi, mungkin sebab itulah dia yang akan mengiringi aku.
Ketika hari-hari terahir di kampung, aku teringat kan ayah. Di suatu petang selepas waktu Asar aku ke kubur ayah tanpa di ketahui sesiapa. Sebaik aku melangkah ke tanah perkuburan dan memberi salam kepada ahli-ahli kubur, air mata ku jatuh berderai. Aku duduk bersila di tepi nisan kubur ayah dan membaca Surah Yasin dari buku kecil yang aku bawa. Namun penglihatan aku kabur dan suara aku tersekat-sekat.
Sekira nya ayah aku masih ada, tentunya dia yang akan menemani aku ke Ipoh. Sekira nya dia masih ada, aku tidak lah terlalu sedih untuk meninggal kan emak sendirian. Apabila aku merintih begitu, semakin lebat air mata aku gugur ke pipi terus jatuh ke atas riba ku sendiri.
Sebaik aku selesai membaca doa untuk ayah, aku di tegur oleh salam dari abang ipar aku, Abang Wel.
"Adik Pin jangan sedih. Abang akan jaga mak di sini. Adik Pin pergilah belajar, tentu nya arwah ayah begitu bangga kerana adik berjaya terpilih untuk ke asrama penuh!" Begitu kata-kata abang Wel.
Aku menyapu air mata. Malu kerana abang Wel telah melihat aku menangis. Dia mengajak aku sama-sama membersihkan rumput2 dan rimbunan pohon kapal terbang yang tumbuh di sekitar kubur ayah. Sambil itu dia berkata lagi, "Adik Pin belajar lah rajin-rajin. Apabila berjaya nanti, boleh bantu emak, hantar dia pergi Haji!"
Berdetik di hati aku. Di saat itu aku bagaikan mendapat suntikan semangat dan azam baru. Aku akan berjaya, kerana aku mahu membantu emak untuk pergi ke Mekah!
Berdetik di hati aku. Di saat itu aku bagaikan mendapat suntikan semangat dan azam baru. Aku akan berjaya, kerana aku mahu membantu emak untuk pergi ke Mekah!
Aku mengangguk. Di usia dua belas tahun, dan sebagai anak yatim sejak berusia sepuloh tahun setelah ayah pergi menemui PenciptaNya, abang Wel lah yang aku anggap sebagai pengganti ayah. Walaupun abang ipar, aku anggap dia seperti abang kandung, bahkan sebagai sumber kekuatan semangat untuk ku.
Di malam terahir sebelum aku bertolak ke Ipoh, semua kakak-kakak aku, Kak Cik, Kak Nik dan Mek berkumpul di rumah emak. Pak Ngah yang akan menemai aku menaiki keretapi ke Ipoh juga bermalam di rumah bersama Mak Ngah dan anak mereka, sepupu aku Midah. Bapa2 saudara aku dari sebelah ayah juga ramai yang datang. Abang Wel membawa pulang banyak ikan haruan, keli dan puyu dan di masak gulai untuk di jamu kepada semua yang datang. Ayam-ayam peliharan kami juga di sembelih untuk jamuan. Malam itu emak memastikan tetamu kami mendapat layanan terbaik. Itu lah sifat emak yang membuat sanak saudara begitu mesra dan senang untuk bertandang ke rumah kami. Emak sentiasa menitik berat kan kepentingan sesiapa di samping nya.
Selepas Isha, aku menyertai kaum lelaki bersolat hajat. Sewaktu sujud, aku berdoa sesungguh hati supaya emak selamat sewaktu aku tiada bersamanya. Air mata tergenang dan aku sebak, namun aku tabahkan hati supaya tidak menangis. Aku tidak mahu emak bertambah sedih jika dia melihat aku menangis.
Malam itu, sebenarnya aku tidak lena tidor. Berbagai kemungkinan bermain di kepala. Aku takut. Ipoh terlalu jauh dan terlalu asing. Aku sedih, emak akan keseorangan. Aku risau, bagaimana jika emak sakit. Berbagai persoalan...
Entah jam berapa aku ahirnya terlena, aku tidak pasti. Tetapi aku di kejutkan oleh abang Wel untuk bangun bersolat subuh. Alhamdullillah, aku lihat emak lebih ceria dari malam tadi. Apabila selesai solat dan aku bersalaman dengan nya, dan mengucup tangan nya, dia tersenyum. Senyuman emak yang menjadi penawar dan bekal semangat untuk ku.
"Pin jangan lupa sembahyang deh!" Pesan emak.
Aku memeluk emak. Kami sama-sama menangis, tersedu. Aku tidak mampu berkata-kata, hanya memeluk erat. Begitu juga emak. Di pagi itu, aku rasakan kasih sayang seorang ibu yang aku rindukan hingga ke hari ini.
Itulah satu2 nya pesanan emak sebelum aku meninggalkan rumah.
Salam Pp..satu biografi yang sangat mencuit hati dan amat ikhlas..budak kampung yang masih bercahaya di dalam hati sanubari you.
ReplyDelete* tabik kat you for your very sharp memory*
Kenangan seperti ni jugak akan membawa ke kebahagiaan jiwa yang berkekalan..Ameen.
Your arwah mak memang happy tahu you carried out her precious advice.:D
Satu pesan tapi seribu hikmah.
ReplyDeletetiba tiba saya rindu mak..
analina
sob-sobs.........
ReplyDelete