Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Saturday, May 7, 2011

"Ibu siapakah di tangga menunggu?"

Tidak cukup sebenarnya untuk di berikan kepada Ibu dengan bilangan satu hari di dalam setahun. Jika di pintal kesemua waktu-waktu dan detik-detik kita mengingati wanita bernama ibu, masih terlalu pendek tali pintalan itu berbanding kasih sayang yang ibu berikan kepada kita.


Kita terlalu alpa!

Aku pernah melihat se orang ibu mengesat air mata sambil menyembunyikan muka. Bila di tanya, kenapa?
"Anak Mak Cik sudah mendapat kerja di bandar! Mak Cik gembira!" 
Alhamdullillah, kata aku.
"Mak cik juga bersedih. Siapa nanti akan menjaga makan minumnya di sana!" Balas wanita itu.
"Saya akan tolong tengok-tengok kan dia di Bandar sana!" Kata aku, berjanji.

Beberapa tahun selepas itu, sewaktu bercuti aku melewati rumah makcik itu. Aku pula memalingkan muka. Aku malu sendiri, kerana aku telah melupai janji. 
"Pin, nak ke mana tu? Bila kamu balek?" Sapa Mak Cik.
"Saya baru kemarin balek. Nak ke kedai beli surat khabar saja. Mak Cik nak pesan apa2?" Jawap aku. Hati aku sayu. Wajah makcik tidak se ceria dulu. Lesu. Dia di tangga, bagaikan menunggu. Rumah nya kelihatan bertambah usang. 
"Tak apa lah Pin! Kamu ada jumpa anak Mak Cik di Bandar?" Tanya Mak Cik. Soalan yang paling aku takuti ketika itu.
"Mak Cik, tak berjumpa Mak Cik. Apa khabar dia?" Tanya aku, sambil berjalan menghampiri Mak Cik di tangga.
Sekali lagi aku melihat wanita bernama ibu mengalih kan pandangan dan mengesat air mata.
"Entah lah! Dia tak pernah mengirim berita!" Sedunya hiba. 
Aku menaiki anak tangga. Bagaikan ibu aku sendiri, aku memeluk wanita itu. 

"Mak Cik sabar lah. Inshaallah dia sihat di sana!" bisik aku. 

gambar dari google.
Sedu wanita itu semakin reda di bahu ku. Tangan nya menacri tangan ku. Di genggam nya erat. 
"Pin...jika bertemu dia, tolong berikan duit ini kepada nya. Minta tolong dia uruskan jenazah Mak Cik sekiranya Mak Cik mati nanti!" 
Aku terkedu.
Air mata membasahi pipi ku. 

Aku menggenggam duit itu dan memasukkan ke dalam saku. Bertahun dia menunggu di tangga itu untuk di serahkan kepada anaknya. Aku tidak akan kecewakan dia lagi. Kali itu nekad untuk  tunaikan sebuah janji.

Wanita itu, seorang yang bergelar ibu. 
Begitulah...kasih sayang nya hingga ke ahir hayat. Anak tidak pernah di lupai. Bagaimana kita, yang bergelar anak? Terputus kah talian kita? Terlalu sibuk kah kita?

Kepada semua wanita bergelar ibu, aku mengucapkan 'Selamat Hari Ibu', jasa mu akan kami kenang, dan tak terbalas walau di kaut semua buih di laut, dan di himpun semua bintang di langit. Kesemua hari dan kesemua malam - kami menyanjungi mu, ibu!

"I love you mak - May you be peaceful in Heaven - I hope to join you there....one day~!"

8 comments:

  1. Salam PP.

    Pengalaman sedih seorang Ibu. Saya sharekan ye, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. PP, great touching piece from you. The best I have read so far.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Ibu. Sebagai Ibu, saya bersyukur kerana diberi peluang bersahabat dengan Pp yang banyak mengajar saya bagaimana menjadi Ibu yang berguna kepada anak-anak sendiri dan anak bangsa yang lain. Bagaimana saya belajar? Melalui tulisan Pp...Ibu Pp berjaya membesarkan Pp dengan kasih sayang, didikan dan pengorbanan....hingga menjadikan Pp seorang anak yang berjaya.

    ReplyDelete
  4. All my friends, yang bernama Ibu - Selamat Hari Ibu~!
    Terimakasih di atas komen2 di atas...terharu saya dengan reaksi kalian.

    Belaian kasih ibu - kita sering merindui nya, apabila sudah tiada.

    ReplyDelete
  5. Puan Hajah :-) ...saya juga sebak ketika menulis...

    ReplyDelete