Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Saturday, May 7, 2011

"Pongoh!"


Cili, jika di makan mesti lah terasa pedaasnya~!
Baik lah makan tomato dan nenas tu jika tak tahan pedas~!

'Pongoh' is Kelantan speak for  'Panas Baran' or 'Hot tempered'.

Orang Kelantan dulu2 ramai yang 'Pongoh'. Di sertai pula dengan sikap  'Gedebe', or 'Berani, Come what may', lalu timbullah satu reputation orang Kelantan sebagai 'Pongoh dan Suka bergaduh!'


Tidak semua begitu.

Ramai orang Kelantan yang penyabar, lemah lembut bersopan santun.

Saya pun, dulu seorang yang 'Pongoh'. Jadi sedikit pun tak heran dengan orang2 muda yang tidak hormati orang tua atau tua tetapi perasan muda yang masih nak tunjuk sikap panas baran mereka. Sudah lama saya bertukar menjadi seorang penyabar. Mungkin faktor usia menjadikan kita lebih bijaksana mengawal perasaan.

Tetapi sesekali apabila rasa diri di cabar, masih menyirap darah ke telinga. Bezanya, jika dulu akan buka langkah silat untuk berperang, sekarang tidak lagi begitu. Boleh beristighfar, kawal emosi, dan abaikan saja provokasi. Alhamdullillah...



Terjemahan :


Ya Allah, engkaulah Tuhanku. Tidak ada tuhan selain Engkau Engkaulah yang menjadikan aku,sedang aku adalah hamba-Mu,dan aku berjanji setia kepada-Mu sekuat mampuku.Aku berlindung kepada-Mu dari akibat buruk apa yang aku lakukan.Ku kembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan kepadaku dan aku kembali kepada-Mu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

Doa istighfar sumbangan  Puan Rokiah (Fak. Ekonomi). Tetapi tiada pautan kepada Puan Rokiah, so tak tahu lah Fak Ekonomi Universiti mana?

8 comments:

  1. Salam PP...
    Cakap orang Utara, Pongoh ni Progoih. Saya mmg percaya ramai ore Kelate ni Pongoh, tapi tak semua. Ramai juga yang baik hati. Contohnya PP sendiri. hehe (p/s: ni ikhlas ni. Bukan nak bodek mintak udang, sbb saya dah kurang makan udang, takut kena gout....hehe)

    ReplyDelete
  2. Riz :-) lupa hari tu nak cakap - udang kami tidak menyebab kan ghout atau kolestrol....in fact our prawn bagus untuk menurunkan kolestrol. Ini sudah di buat kajian.

    sesiapa alergic gatal2 pun jika makan udang kami, tak jadi gatal.

    Tetapi kalau 'gatal menggatal' tu kami tak boleh bantu lah.....sbb bila makan udang kami, ransangan nya untuk menggatal semakin kuat! hahaha

    ReplyDelete
  3. arwah my grandma buleh tahe jugok pongohnyo.. kalau angin naik, apa ditangan dibalingnya, so much so i became adept at 'mengelak' daripada kena baling terompah.. hehehe

    kawe maso muda pongoh... sekarang dah banyak kurang..

    ReplyDelete
  4. oh pak payne, lupa nak cakap. sebenarnya perkataan 'pongoh' tu is the corruption of the word "perengus'.

    ReplyDelete
  5. Puteri Kama :-) kadang2, kalau ibu atau bapa baling (Orang Kelantan kata 'Tang') kat kita, lebih selamat tidak mengelak. Sebab memang mereka 'aim' supaya tidak terkena! silap haribulan sebab kita mengelak terkena pulak...hehehe.

    Saya dulu selalu kena 'Tang dengan selipar jepung' jugak apabila saya cuba 'ambil' buah jambu dari pohon sorang Datok di kampung...hahaha.

    Oh ye ka...Pongoh berasal dari Perengus~! now i know...
    mungkin seperti perkataan, 'GOMO' tu berasal dari 'GO MORE' hehehe.

    ReplyDelete
  6. My mother pun pongoh jugak. i pon kdg2. tp tak tunjuk kat semua org. only selected people yang biasa merasa. terutamanya org yg rapat... hehehehe semakin tua semakin relax la skit...

    ReplyDelete
  7. Chika :-) betul tu...semakin berusia semakin relax...mungkin fizikal pun dah tak larat! nanti kalau terus pongoh, kena jentik oleh orang2 yang lebih kuat jer nanti hahaha

    ReplyDelete
  8. PP, i like i like... kalau macam tu.... boleh lah bungkus lagi bnyk2.... PP hensem PP hensem.... haha. Ni baru bodek betul betul...hehe

    ReplyDelete