Pagi ini, saya dan Sue Ann bertukar mesej di FB. Di ahir kata kami bersetuju dengan satu 'cabaran' suka-suka untuk menulis sajak berjodol AKU, dalam masa 20 minit! Sajak tersebut harus di siarkan di FB masing-masing.
From me.
Aku
Aku tetamu paling istimewa
walau sementara, aku bahagia
dunia, satu persinggahan
sebuah pentas, aku lah pelakon nya
Aku, juga tetamu paling alpa!
Aku yang kamu kenali
Aku sendiri masih mencari
Jawapan nya siapa kah?,
Aku yang kamu mahu
kamu sering membuat aku keliru!
Kadang-kadang aku suka
Wajah dan perasaan yang aku bawa
Ada waktu nya aku curiga
Kenapa aku harus berpura-pura
Mempamirkan kepada dunia
Seorang aku yang bukan aku.
Akan aku biarkan kamu berlalu
Aku akan di sini menunggu
Untuk di pelawa lagi sebagai tetamu
Yang lebih abadi…!
From Sue Ann, di bawah.
Aku
Aku hanya insan biasa,
Aku juga punya rasa suka dan duka,
Aku insan yg punya bicara,
Ada halus, ada manja, ada tertib dan ada lantangnya.
Aku,
Aku juga insan seperti mu,
Ada hari Aku bersorak kemenangan,
Ada ketika Aku menangis keseorangan,
Ada waktu Aku meraung tanpa suara,
Ada masa Aku sedu tanpa tangisan,
Ada tika Aku berjuang sendirian,
Ada malang dan tuah buat diri ku,
Ada hari Aku rebah,
Ada saat Aku tegak berdiri sasa,
Aku manusia yg punya rasa,
Aku tidak kebal di jiwa.
Aku,
Aku juga punya cinta,
Cinta agung aku amat besar dlm sedarhana,
Aku ingin laungkan kpd dunia,
Betapa cinta itu juga sementara,
Sementara menanti...Aku dijemput olehNYA...
minta singgah kat kawe punya blog , jab
ReplyDeleteada kemusykilan yg nak mintak tolong pok payne jawab
kudos to both of u...!!!
ReplyDeletepB :-) singgoh doh..~!
ReplyDeleteMulan :-) tenkiu ~!