Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Wednesday, May 25, 2011

Amirul is graduating!


Winning a prize for a look-alike photo contest~! (2006)


Amirul receiving his certificate~! A proud moment...


Amirul and I, 2007, traveling from KL to Kelantan via the Coastal road~!

2010 - just he and I living in Jeddah~! Di jamu nasi kerabu ketika
mendapat jemputan ~!




Malam ini kami akan menghadiri the graduation ceremony for Amirul. He has completed his IB course and after getting the results will be moving on to Tertiary education. He is hoping to study in Australia.


Malam ini kami di minta berpakaian formal, either lounge suit or national dress. I am assuming they meant the Saudi National Dress, so tidak ada peluang lah berbaju Melayu lengkap samping.


Malam ini bermula count down kepada hari di mana Amirul akan meninggalkan "D'Nest"! What started as six, will be left with two, Haziq dan Luqman


Malam ini, kami mengucapkan Congratulations to Amirul Fikri!


Malam tadi, kami tiba di sekolah 15 minit sebelum majlis bermula. Dewan sudah hampir penuh. Semua parents were smartly dressed, yang wanita dengan evening dress or covered with elegant Arbaya dan lelaki dengan suit or jackets. Anak-anak dengan suit dan memakai graduation gowns - kelihatan sungguh anggun dan kacak. Mereka juga kelihatan sungguh intellektual dan bersemangat waja, memang sepadan dengan peranan sebagai pelapis dan barisan muda untuk memastikan this world will be a better place for their generation and the generations after them!


Amirul is considering 'Bio-Tech' as one of the courses for his Bachelors degree. pursue. We know he must have shared this ambition with the school Director, for during his speech, the Director of the school said, "I am proud to know that amongst you here today will be CEOs, Doctors, Accountants, one even wants to be a Grand Prix champion, and yet one of you want to be a Bio-technologist because he wants to genetically modify a cow to produce chocolate flavored milk!" 


Semoga terus sukses, dunia dan ahirat!

9 comments:

  1. Congrats Amirul..Alhamdulillah syukur..
    semoga berjaya dengan cemerlang seterusnya!
    Tahniah pada Pp and Aishah too for being a great drive in contributing to Amirul's success.
    Seorang lagi anak yang membanggakan for you both.
    Tahniah2!!:D

    ReplyDelete
  2. Sdr Pak Payne,

    Salam.

    Saya dapat merasai getaran jiwa bahagia Pak Payne meraikan kejayaan Amirul menamatkan pengajian IBnya.

    Saya juga dapat merasai getaran jiwa duka Pak Payne bila mana Amirul nanti akan meninggalkan 'sarangnya'.

    Ini kerana saya baru saja melalui pengalaman yang serupa. Anak sulung saya, Amirah menamatkan pengajian Ausmat di Kolej Sunway Disember lalu, mengkhusus dalam ekonomi dan perakaunan. Kami gembira tidaklah terkira. Bertambah seronok apabila dia dipilih menerima anugerah Shield of Excellence dan namanya terpahat pada piala pusingan kolej itu bersama-sama penerima tahun-tahun sebelumnya. Dalam senarai itu, hanya ada dua penerima Melayu, termasuk anak saya. Yang lain Cina belaka.

    Please dont get me wrong, ya Pak Payne. Bukan hendak bermegah, sekadar mahu berkongsi kegembiraan.

    Kemudian datang bulan Februari, Amirah meninggalkan kami untuk mencapai cita-citanya. Amirah tidak pernah berpisah dengan kami semenjak lahir sehingga belajar di kolej, tetapi pada 5 Februari 2011 dia terbang menyeberangi lautan sendirian. Kami ada pilihan untuk menemaninya namun suami saya berpegang kepada pendirian, biar dia belajar berdikari, dia tidak akan apa-apa. Di lapangan terbang, saya mengalirkan airmata, suami saya menahan sebak di dada. Ahli keluarga yang lain tidak usah cerita, semuanya hiba. Rakan-rakannya yang turut menghantar pun bersedih juga.

    Alhamdulillah tidak sangka dia berjaya mendaftar pengajian sendiri, menguruskan hal sewa bilik, membuka akaun bank dan mencari talian komunikasi yang boleh dipercayai. Dan semenjak itu juga, belum pernah sehari kami tidak berhubungan sama ada menerusi telefon bimbit, chatting atau video conferencing on skype. Inilah dunia teknologi. Saya beritahu anak saya, bayangkan emak-emak zaman dulu kalau anak belajar di luar negara, berpisahlah mereka selama tempoh pengajian dan 'mendengar suara' hanya menerusi surat yang diterima sekali-sekala.

    Maaflah Pak Payne, panjang pula cerita saya. Lebih panjang daripada entry Pak Payne sendiri nampaknya :)

    Semoga Amirul beroleh kecemerlangan dan sentiasa dilimpahi rahmat dan perlindungan Allah SWT hendaknya di mana pun nanti dia berada. Tahniah juga kepada Pak Payne dan isteri di atas kejayaan Amirul.

    I am your silent reader. And this is the first time I give my take. I hope it is ok with you. Maklumlah baru menghantar komen kali pertama sudah berjela-jela pula.

    Kenanga

    ReplyDelete
  3. mamasita :-) terima kasih di atas ur best wishes itu. Memang kami berbangga, dan bersyukur, alhamdullillah ! Yes, we tried to play our roles, but credit mainly goes to Amirul for his self-motivation and passion for learning~!

    ReplyDelete
  4. Nourizz :-) tenkiu for visiting. I tried to visit ur blog, tapi tak der ye.
    Anyway, thanks Crystal Eyes ~!

    ReplyDelete
  5. Salam Kenanga :-)
    salam hormat saya, dan salam perkenalan juga dari kami sekeluarga. Terimakasih kerana memilih blog saya untuk berkongsi kegembiraan puan...saya rasa sungguh bertuah menerima kunjungan dan coretan puan.

    Anak-anak, begitulah. Jika mereka seriang berkepit kita ingin kan mereka berdikari. Jika mereka mengembangkan sayap, kita pula kuatiri. Namun, anak2 kita mendapat semangat dan DNA kita juga. Alhamdullillah, bersyukur kita dengan Rahmat Allah memberi cahaya keimanan dan tiupan semangat kejayaan di dalam jiwa anak2 kita.

    Bangga saya mendengar kejayaan Amira ( kebetulan hampir sama pula nama nya dengan Amirul ). Seronok saya membaca hubungan taian kasih di antara puan sekluarga dengan Amira walaupun terpisah merentasi lautan.

    Doa saya, semoga puan sekluarga sehat, gembira dan di dalam Rahmat Allah sentiasa.

    Pp

    ReplyDelete
  6. Salam Pp,

    Tahniah Amirul. Tahniah Pp. Tahniah Kak Aisyah.

    Alhamdulillah anak2 yang kita belai, asuh dan didik berjaya dalam mencapai cita-cita mereka. Mudah-mudahan mereka berjaya di dunia dan akhirat.

    Apa lagi yang kita harapkan sebagai ayah dan ibu selain dari yang terbaik buat mereka. Itulah amanah yang Allah beri pada kita dan semoga keredhaan Allah bersama mereka selalu.

    Saya juga bangga dengan Amirul; seperti Pp.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum PakPin.

    Tahniah kepada Amirul dan juga PakPin dan isteri. Saya selalu baca blog Pakpin yang lama, yang secara indirect banyak menceritakan hal-hal mendidik anak2. Saya lebih suka jika Pakpin kembali menulis seperti dulu-dulu, menceritakan kehidupan Pakpin sebagai seorang profesional, seorang suami, dan seorang ayah.

    Izinkan saya juga mengucapkan tahniah kepada KENANGA yang menceritakan kejayaan anak beliau, Amira. Saya tumpang berbangga.

    Haji Ideris

    ReplyDelete
  8. Suria :-) thank you ~! doa2 sahabat2 juga, di samping doa keluarga, membawa berkat kepada kita semua...inshAAllah~!

    --

    Anon Hj Ideris :-)

    ah, terharu saya mengetahui Tuan Haji selalu membaca blog saya yang dulu2. Saya masih menulis juga cerita keluarga, cuma ingin kurangkan dan mencuba menulis hal-hal semasa juga.

    Terima kasih di atas ucapan Tuan.

    ReplyDelete