Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Friday, May 27, 2011

(PG-Rated) - Satu kisah di satu malam, di sebuah rumah!

June, di lahir kan pada 15 june 1981, dan di namakan oleh ibunya June Elisa. Dari mana datangnya Elisa tidak pula pernah di ceritakan. Dua lagi adik-adik perempuan June, bernama April Elisa, dan May Elisa. Hebat ibu bapa mereka, ada cara sendiri untuk mengingati tarik hari lahir anak-anak dara mereka.

Dara? Ketiga-tiga anak perempuan Puan Epal dan Encik Waja belum berkahwin. Nak di katakan tak laku, tidak pula begitu. Mereka sering bertukar-tukar teman lelaki. Laku lah tu. Pada hemat aku, mungkin ada salah laku, sebab itu lah teman-teman lelaki mereka tidak bertahan.

Puan Epal memang sudah berkenan sangat dengan teman lelaki June yang bernama Wan aWang itu. Ada rupa, ada kereta, dan ada Wang pada nama! Encik Waja pun sudah berangan-angan nak upgrade, best juga apabila kawan-kawannya nanti akan panggil dia Encik Camry pulak. Sudah lama dia cemburu dengan Encik Camry sebelah rumah, dan Encik Harrier di depan rumah. Mereka mengeluh panjang apabila satu malam June pulang dari berpesta dengan muka bagaikan mempelam jeruk, memberitahu, "Wan aWang nak break up!"

"Kenapa?" soalan bodoh Puan Epal. Maklum lah dia sedang ringan-ringan dengan suaminya di atas sofa ketika June masuk. Dalam keadaan terkejut dan belum sempat membetulkan baju Kaftan Kelawar yang terselak di atas peha, itu jer yang sempat dia tanya, "Kenapa?"

Encik Waja menutup dengan cushion bahagian kain pelikat nya yang bagaikan khemah majlis perkahwinan, tegak berdiri. Isk, budak2 zaman sekarang masok pintu tak bagi salam! Dalam keadaan terkejut dan potong stim, dia juga hanya mampu bertanya, "Ya, Kenapa?"

"What do you mean kenapa!?" Bentak June. Walaupun dia tahu ibu bapa nya bukan tahu sangat berbahasa Inggeris, apabila dalam keadaan stress, June lebih senang berbahasa campur begitu?

"Kenapa dia nak break?" Tanya puan Epal, serentak dengan Encik Mazda yang berkata, "Kenapa tak ketuk pintu!"

Puan Epal menjeling suaminya, sambil membetulkan Baju Kelawar menutupi peha yang di mata suaminya, putih gebu dan menggiurkan. 

"Dia nak break up lah. Tak der chemistry katanya!" Kata June.

"Huh chemistry? Dah buat experiment ka??" Tanya Encik Mazda, yang memang bertugas sebagai pembantu makmal.  Puan Epal mencubit peha suaminya, katanya "Apa lah awak tanya macam tu?"

"Dah!" Jawap June selamba, sambil merenung karpet.

"Dah!!!" Serentak ibu dan bapa bersuara. Terkejut pun mereka berdua! Ha, itu lah, tanya lagi! Tidak pula mereka seperti ramai ibu bapa sekarang, buat donno jer, takut bertanya, sebab takut nak tahu jawapan atau takut anak2 berbohong.

"Iye lah. Habis tu, tak kan nak tengok siling jer bila berdua-dua dalam bilik!" Rungut June.

"Hisk...yang kamu masuk bilik dengan dia tu buat hapa?" Puan June pula bersuara.

"Habis, jika tak masuk bilik nanti kena tangkap! Tak kan nak buat dalam kereta tepi jalan jer. Mak kan pesan, jaga keselamatan, dan jaga imej!" Lurus bendol ka apa si June tu kita tidak di beritahu. Tetapi memang lah skema jawapan dia.

"Dah! Pergi mandi, buang dosa kamu tu!" kata Puan Epal.

Amboi! Senang nya nak buang dosa. Boleh pula nasihatkan anak suruh mandi jer untuk buang dosa! Si Encik Waja yang berangan nak kan Camry tu pun sama - dayus! Ada kah dia boleh buat2 bisu dan tuli jer mendengar pengakuan berani dan bodoh anak 'bukan dara' lagi mereka itu. Sekurang-kurangnya kita expect lah kan, dia bangun dan penampar sebiji dua!

June bangun dari sofa. Sebelum melangkah ke tangga, dia berhenti dan menoleh kepada ibu dan bapa nya dan dengan suara perlahan membisikkan, "June pregnant!"

Puan Epal dan Encik Waja terkebil2, tanpa kata. Waktu itu lah kami masok menyerbu rumah mereka. Elisa Wong dan Encik Buhari bersedudukan hampir suku abad tanpa nikah yang sah. Elisa Wong, perempuan kabaret yang telah jatuh cinta dengan Buhari bin Ramli berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama bagaikan suami isteri.

Puan Epal memberitahu yang dia mengandung ketika dia dan Buhari terlanjur di satu malam di tepi laut di Batu Feringhi. Kerana itulah dia sanggup meninggalkan ugamanya, keluarganya, dan namanya, demi mengikuti Buhari ke KL, untuk membina kehidupan baru, dengan nama baru - Epal. Nama yang di ilhamkan oleh sebiji epal yang sedang di makannya ketika di tanya apakah nama baru pilihannya.

(Cerita di atas adalah dari catitan dari seorang ahli pencegah maksiat rekaan)

10 comments:

  1. Bak kata budak2 sekarang.. Tak boleh bla.. Title pun dah mengundang byk persoalan. X-rated!! Pasti panassss. Byk pengajaran juga..menamakan anak ikut bulan di lahirkan supaya senang ingat, masuk rumah perlu beri salam (iye lah kan!), mak ayah jgn ringan2 kat lounge kang kena terjah midway.
    Hahaha hilarious gila. Please continue the cerama (cerpen/drama).. not to be confused with ceramaH.

    ReplyDelete
  2. Irene :-) i hv changed to rating to PG...hehehe. satu pengajaran, parents yang mengajar anak mengikuti hukum dunia, 'Jangan kena tangkap!' tetapi tidak explain hukum Allah, 'Zina itu haram!'.

    ReplyDelete
  3. Nourizz :-) hehehe. kenapa ek?

    ReplyDelete
  4. Malu... & terdiam!! [Parents: Buat-buat tak tau, atau mmg sungguh, tak tau?!] Memperlekehkan hukum! Mudahnya, membasuh dosa... Ermm...

    ReplyDelete
  5. Nourizz :-) ramai parents tahu tetapi tidak menitik berat ajaran Ugama untuk anak2...mungkin kerana kesuntukan masa, mungkin kerana tahu tetapi sendiri pun tidak amalkan~!

    tekanan kehidupan oleh kerana kos yang tinggi, pendapatan rendah, membuat ibu bapa terpaksa menumpukan hal2 keduniaan.
    Itu rasa saya lah...

    ReplyDelete
  6. Salam Pp..satu lagi cerpen yang menghiburkan sambil bermakna..hehehe..ek eleh!

    ReplyDelete
  7. Btw Pp, my mom's nickname is Epol (ejaan dulu lah) becos of her rosy cheeks.

    ReplyDelete
  8. mamasita :-) ... makna? terpulang lah kepada pembaca kan...

    --

    Irene :-)

    saya suka buah epol....orang kelantan dulu2 panggil buah topoh...hehehe

    ReplyDelete
  9. Pok Ping. Assalamualaikum wbt.
    Hahahaha. Mung nih suko sangat cerito blues nih. ado sokmo unsur2 dewase dalang cerite PokPing. Tapi ambe setuju lah dengang mesej tersirat tue. Natang sungguh ado mok bapok dop gheti baser lagu tue!

    Perantau Kemamang.

    ReplyDelete