Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Friday, May 20, 2011

Dah lama kami minta nak mengundi...!

Waktu bertemu Tan Sri, YAB Deputy Prime Minister di Dubai, 2009~!
Sebelum DAP menggesa, kami di perantauan sudah lama meminta Kerajaan membuka ruang untuk kami mengundi - seperti kaki tangan kerajaan di rantauan yang boleh menggunakan undi pos.
Tapi setakat ni, kerajaan masih membisu dalam hal ini~!

Saya bukan ahli DAP pun~! Tetapi, saya suka melihat ada parti politik yang sama2 memikirkan hak rakyat yang merantau untuk mengundi. 


DAP: Beri peluang pada sejuta pengundi di luar negara
20 Mei, 11 5:10pm
DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberikan peluang mengundi kepada hampir 1 juta rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di luar negara.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tiada sebab Malaysia tidak boleh melakukannya kerana negara yang mempunyai pengundi jauh lebih ramai seperti India pun mampu menjalankannya.

"Singapura telah berjaya memberikan hak- hak rakyat untuk mengundi di Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar di luar Negara dan India juga telah melakukannya," katanya.

Dalam kenyataan media hari ini, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, cadangan itu selari dengan peluang yang diberikan kepada anggota keselamatan yang mendapat peluang undi awal sebagai ganti kepada undi pos.


Sent from my BlackBerry® wireless device from STC

5 comments:

  1. Salam Pp..my cousin Farah is married to Tan Sri Muhyiddin's eldest son.
    You nak kirim surat pasal this matter?
    InsyaAllah I boleh jadi postwomen for you..then you all semua dapat chan ngundi..tapi..please, ngundi for BN k..hehehe

    ReplyDelete
  2. mamasita :-) oh ye ka? kiranya u all ni bertalian saudara la ya...
    tak per, masa bertemu di dubai dulu saya sudah bisikkan kpd TSM...sendiri.

    Bila boleh, saya yakin dia akan laksana kan tu...saya ada juga cakap, 'Tan Sri ada gaya jadi PM ~!'

    :-)

    ReplyDelete
  3. Wow, Pp berfoto dengan PM, Oppss bakal PM, hehehe.

    ReplyDelete
  4. zainal :-) ooopsss...bakpo pulop ada oooppss tu? hehehe

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya... Tan Sri yang bergambar dengan bakal PM..itu yang ooopsss... kot!

    ReplyDelete