Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Wednesday, June 1, 2011

Nak lepas gian, terlepas isteri!

Aku di kejutkan pagi tadi dengan sms dari Omar yang memberitahu beliau akan ke Saudi minggu depan untuk mengerjakan Umrah.

Dari segi usia, Omar sabaya dengan aku. Dia seorang bisness man, dan seperti aku, juga berasal dari Kelantan. Aku mula berkenalan dengan nya, ketika dia datang ke Jeddah untuk menguruskan hal perniagaan nya di sini.

Mungkin ada chemistry di antara kami, atau mungkin aku ni memang ada muka yang boleh dengar cerita yang terpendam dari rakan2. Omar membuka cerita nya....keluh kesah seorang lelaki yang beritseri muda.

"Pin, dulu dengan isteri pertama, i never bangun malam untuk tukar lampin anak2 atau buat susu untuk anak2. Lapan orang anak tak der masaalah langsung. Isteri buat semua!" Kata Omar. Aku mengesani ada yang terbuku di hati Omar.


"Now, baru sorang anak dengan isteri muda, tiap2 malam kena bangun buat susu! Pening jugak Pin! Jika balek dari pasar, isteri muda terus masok rumah, saya sendiri yang kena tutup pintu pagar, dan kena bawa barang2 dari boot kereta ke dalam rumah!" Sedih bunyi nada suara.

"Di jadi kan hamba pulak rasa nya!" Keluh nya lagi.

Isteri muda Omar berusia lewat dua puluhan. Perkahwinan pertama, kerana Omar lah lelaki pertama yang meniduri nya. Nasib mereka pada suatu malam kurang baik. Sebaik mereka memulakan adegan berkasih sayang di dalam bilik hotel di bandar Kota Baru, pintu hotel di ketuk oleh penjegah maksiat.
Mereka di tangkap basah, walaupun mereka bersungguh mengatakan mereka masih kering dan belum membuat apa2, tetapi ustaz2 penjegah maksiat berkata, "Jangan nak tegakkan benang basah, kamu memang dah di tangkap basah!"

Justeru itu, Omar bertanggung jawap dan mereka segera menikah di sempadan Negara Jiran. Isteri pertama angkat kaki, dan meninggalkan rumah perkahwinan mereka. No fuss, no gaduh2. She just left!

Aku kesian juga mendengar cerita Omar. Untuk lebih memahami, aku bertanya, "Kenapa kamu memula kan affair dengan perempuan lain sedangkan anak2 dah besar dan kamu juga sudah bahagia!"

Omar menghembus asap rokok nya perlahan2. Bagaikan dia melayari kembali kesah silam yang berlaku hampir tiga tahun lepas.

"Di rumah, waktu dengan isteri pertama dulu tu, memang nampak bahagia. Tetapi Pin, saya terasa kurang kasih sayang. Isteri pertama sering abaikan keperluan kelakian saya. Itu lah sebab tercari-cari benda tu di luar!"

Bukan pertama kali aku mendengar rungutan lelaki begitu. Terutama nya lelaki yang melewati usia empat puluhan. Keluhan isteri tidak memberi mereka layan batin dengan kemesraan yang mencukupi. Ini membuat aku berkongsi pendapat dengan mereka.

"Oh. Kenapa agaknya, isteri pertama bersikap dingin?" Tanya aku, memancing pengakuan dari Omar.

"Dia kata dia penat. Dia kata dah tua-2 ni tak ada mood!" Jawap Omar. Dari suaranya, aku tahu dia menyalahkan isterinya seratus peratus. Begitu mudah lelaki membuat justification untuk mereka mencari di luar!

"Penat? Dia bekerja?" Tanya aku.

"Dia Guru Sekolah!" jawap Omar.

"Tak der mood? Maaf tanya, tetapi apa yang Omar sendiri lakukan untuk merangsangkan mood isteri?" Aku yang sudah berhenti merokok meminta sebatang rokok dari Omar.

"Errrrmm...dah tua2 ni Pin, nak buat apa? Bila nak, saya cuit2 lah dia minta buka baju!" Jawap Omar.

"Oh. Apa pula Omar buat dengan girl friend sebelum bersama? Cuit2 jer ka?" Tanya saya, sambil menghembus asap rokok.

"Ermmm. Mesti lah banyak ringan2 dulu!" Jawap Omar, menjeling saya tajam. Dia mula terasa yang saya menjeratnya.

Here lies the real issue. Ada bezanya di antara kasih sayang, tanggung jawap dan nafsu! 'Making Love' is not termed as such for nothing. It is an active continuous verb! And it is so different from 'Lepas Gian!'

Couples have to work together in keeping the flame of passion in marriages. If there is love still shared, and if there is friendship still bonding two people together, then it becomes a joined responsibility for both to keep the love boat sailing! Little storms should not be a reason to jump from the boat into little sexy dinghy!

In Omar's case, both Omar and his first wife failed in their responsibilities. Perhaps, there was no more love left afterall, in which case, then a separation was too long overdue.

The latest I heard, Omar is still putting up a happy and brave front while suffering inside. His first wife, and joined custodians of their eight grown up children, has moved on in life, and has found a new love in the form of a retired teacher who lost his wife through breast cancer.

Moral of the story: Perkahwinan itu tanggung jawap bersama. Suami dan isteri ada peranan masing2. Sebaik2 pedoman ialah Sunah dari Rasullullah (swt). Isteri ada tanggung jawap untuk menggembirakan suami, dan suami ada tanggung jawap terhadap isteri. Perceraian ialah perkara Halal yang paling di benci Allah.

(Omar - bukan nama sebenar, dan cerita telah di olah supaya identiti sebenar akan terus menjadi rahsia)

13 comments:

  1. Ehemmm....

    tapi saya sangat setuju dengan moral of the story Pp...

    ezza(bukan nama sebenar)

    ReplyDelete
  2. Ezza? You bukan Ezza? Nanti I tanya Aziz!:D

    Ahhh Pp..men!
    Always menyalahkan the women to menjustifikasikan their lust..but it's okay.Sakit jiwa sekejap jer.
    We understand. Some matured men just nak new trophies..old trophy dah tak berkilat and malas dikilatkan..just tengok jer trophy sukan kita yang lama2..berdebu!
    But women boleh cari ganti..bukan tak mahu..cuma it's a matter of nak taknak jer..:D

    ReplyDelete
  3. Ezza :-) saya pun rasa ramai yg setuju dengan moral of the story itu....cuma ramai yg tidak praktikkannya...

    ReplyDelete
  4. Mamasita :-) trofi wife pun tak lama sinarnya...dseperti 'Omar', apabila hilang the novelty - mula di ingatkan dengan tanggung jawap, mula lah menyesal. Isteri pertama sentiasa memahami kerenah 'Omar' dan bertolak ansur...maklum sama2 susah satu ketika dulu...

    ReplyDelete
  5. Salams,
    Wife nombor 1 sering abaikan keperluan nafsu Omar.8 orang anak,Xpuas2 ker?

    wawa

    ReplyDelete
  6. Wawa :-) well spotted! yes, after lapan anak masih belum puas....dasar lelaki mmg buas!

    ReplyDelete
  7. saya tak puas hati dengan apa yang PP tulis. kenapa nak salah kan perempuan saja. lelaki yang gatal tak boleh kawal nafsu dan tak tahu jaga badan. sepatutnya u salahkan lelaki seratus peratus bukan perempuan. sebagai isteri, kami hanya boleh jadi baik jika suami itu baik. jika suami mandi pun malas, selekeh, masok bilik tidor dengan bau rokok, bagaimana isteri nak ada mood.

    eeeee geram saya lah dengan PP!

    next time tulis satu artikel kasi ajar sikit kaum suami tu supaya pandai menaikkan mood isteri!

    saya yang benar,
    Isteri Cantik bersuami selekeh.

    ReplyDelete
  8. In marriage,whether new or old, both husband and wife must never take things for granted. InsyaAllah, bahagialah rumahtangga.

    ReplyDelete
  9. Isteri Cantik :-)

    Pertamanya, biar saya beri pendapat saya mengenai kecantikan...Kecantikan wanita, terutamanya isteri, ialah pada budi bahasa dan kasih sayang yang di tunjuk. Bukannya yang menunjuk-nunjuk.

    Saya bukan menyalah kan lelaki atau perempuan melalui tulisan saya. Cuba lah puan baca sekali lagi...dengan tenang...mungkin akan dapat lebih memahami.

    bertenang ya puan:-) hehehe.

    Jangan marah ye.

    ReplyDelete
  10. Yellow Rabbit :-) InshaALLAH...semoga aman damai dan bahagia selalu :-)

    ReplyDelete
  11. to me ..moral of the story...bila hubby cuit cuit jangan terus bukak baju.hahaha

    ReplyDelete
  12. Anon 8:03 :-) hahaha...saya setuju~! satu satu let the baju terbuka sendiri...

    ReplyDelete
  13. PP,

    saya lebih rela menjanda dari terus dengan 'Omar'.
    'Omar' saya pun lebh kurang sama dengan 'omar' dalam cerita PP.
    Yang berbeza, 'omar' saya tak kena tangkap basah, tetapi dia gentlemen pergi meminang anak perempuan orang, tetapi di luar pengetahun saya.
    Apabila saya dapat tahu, dia buat bodoh saja, dan beri saya pilihan, 'Bermadu atau cerai'.

    Saya pilih cerai.
    Dan saya tidak menyesal.

    Janda happy.

    ReplyDelete