Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Sunday, June 5, 2011

Orang Islam dan Sex...

Setelah membaca lapuran ahbar di SINI, aku terpanggil untuk menulis reaksi aku sendiri. Di bawah nukilan rasa....

Obedient Wives Club international vice-president Dr Rohaya Mohamad (right)
says women need to fulfill their husbands’ sexual needs to prevent them
from straying.
With her is the club’s Malaysian chapter
 representative Fauziah Ariffin. —
Picture by Clara Chooi
Kerana aku se orang Islam...

Kerana aku  seorang lelaki, aku tersinggung
apabila ada wanita berpelajaran dan bertudung
membuat rumusan, lelaki Melayu tak puas di ranjang
untuk menjinakkan suami, isteri harus menjadi jalang.

Kerana aku seorang suami, aku menyangkal
pendapat begitu, sungguh  kolot dan dangkal
bukankah manusia di beri kelebihan akal
fikir2kan lah...
tentunya mengikuti ajaran agama lebih afdal!
rumah tangga bahagia
dapat pahala, terhindar dari dosa
menjadi contoh terbaik untuk generasi muda.

Kerana aku seorang bapa, aku marah
apabila ada mulut celupar cuba memberi arah
membuat persamaan peranan isteri dengan pelacur
anak-anak mungkin tersalah faham, bangsa akan hancur!

Kita sudah di beri secukupnya
pedoman rumah tangga mengikut ajaran Agama
melayari bahtera suami isteri harus bersama
sudah fitrah berumah tangga, ada nikmatnya.

Kerana aku ada isteri dan anak-anak, maka aku bertegas
abaikan semua pendapat untuk berlaku buas
kerana aku se orang Islam, aku nasihati
wahai anak-anak dan isteri
sebaik-baik ahlak, ajaran Nabi (swt) kita tauladani
dan...juga amat penting
usah terikut2 oleh gelombang melenting
Muhasabah diri sendiri, semoga bahagia kehidupan
Jika ada keraguan...kembali kepada Al Quran,
carilah pedoman.

Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

16 comments:

  1. Global Ikhwan Sdn Bhd syarikat yg di asaskan oleh bekas anggota al-arqam dulu menubuhkan sebuah kelab yang di panggil OWC obedient wives club.

    Dua tahun lepas,dia ada menubuh kan kelab poligami..

    Bila saya baca, menyirap darah saya...kenapa lah kaum jenis saya yan lebih cerdik dari saya memperkata kan hal hal yang memperendah wanita islam lain..

    Dia baca kitab mana ni..??

    ReplyDelete
  2. I swear to you..I was really2 good in bed but he still left me..kakaka!
    maybe I was better than a whore..haaa geram ni!
    Must tell Dr Rohaya Mohamad I was damn good..hehehe..what say her then? Nak suh demo? :D

    ReplyDelete
  3. ezza :-)saya juga bimbang 'statement' beliau boleh menggalakkan maksiat. Mana lah tahu, ada lelaki yang teruja dan ingin mencuba layanan pelacur setelah membaca kenyataan Dr Rohaya itu.

    dan ada pula perempuan yang merasa kan tidak bersalah menjadi pelacur - kerana salah faham kenyataan beliau itu - sebagai galakan untuk melacur.

    ReplyDelete
  4. mamasita :-)

    i dont know whether u know...ada jenis lelaki yang terasa tercabar jika isteri mereka lagi hebat di ranjang...
    kerana asyek 'kalah' mereka keluar mencari 'pasangan' d luar yang boleh 'berpura2' memberi 'kemenangan' kepada nya...

    lelaki jenis ini, ada complex saikologi yang membuat mereka mencari perempuan luar - untuk regain their self-esteem atau ego kelakian mereka.

    Ini hanya teori dari perspektif saikologi.
    Bukan kena mengenai dengan pengakuan mamasita di atas ~!

    ReplyDelete
  5. Naluri semulajadi manusia, terutamanya lelaki, biasanya maukan lebih drp satu... hanya nilai2 murni, eg, takutkan balasan Tuhan, faktor2 ekonomi, kesihatan, dll, menghalang si suami drp menambah atau cari di luar. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. PP,
    How did she come to the conclusion that a whore is a better performer than a wife that a wife must emulate a whore to satisfy her man? Some men are just mischievous and will go to a whorehouse no matter how many top performing wife he has at home.

    ReplyDelete
  7. moral of the story....ladiesss...lets bring out the whip and the handcuffs!!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. It amazes me that some can go so low..
    this kind of statement (OWC's) makes Islam the laughing stock..
    there seems to be no InsyaAllah..
    It reminds me of Shafie school of thought..
    Usaha tak mendatangkan bekas..
    All thing happens/occurs with bizniLlah..
    All I can conclude is nau'zubilLAH

    ReplyDelete
  10. Well said!!!! sex woker indeed
    Disguised as a doctor im a tudung! Memcemarkan nama
    Ugama je! Am Starting a taat isteri club. Actually we shd ask cik doctor to demo. Asyik salah perempuan je! Sebab buat kerja rumah dan jaga anak la penat! Ade ke samakan dgn pelacur ni nak bayar ke lepas ni! Tsk tsk.

    ReplyDelete
  11. ben...:-) of all the things mentioned, fear of Allah is the most sustainable, in my humble view.

    ReplyDelete
  12. Pak Zawi..:-)

    I am opposed to whole idea of 'submission' by wives to husbands~!

    To me, dignity is a big thing - and it matter not whether one is a wife or a husband, one must not lose one's dignity~!

    ReplyDelete
  13. ANON :-) Hahaha...how about 'hot candles', fresh creams, and some of the other stuffs~!

    ReplyDelete
  14. Wan :-) indeed. entah lah..
    Semoga tidak ramai yang terpengaruh.

    --

    Anon :-)

    Her biggest mistake was to make comparison with a whore~!

    ReplyDelete
  15. Pak Pin yang saya hormati,

    Saya seorang isteri. Saya hormati sentimen Pak Pin di atas. Tetapi saya juga setuju dengan pendapat Dr. Rohaya. Sebagai isteri kita wajib memberi layanan kepada suami. Ugama pun menyeru isteri2 supaya taat kepada suami, lebih dari taat kepada ibu bapa sendiri. Suami2 juga di beri hak untuk menggauli isteri masing2 walaupun di atas belakang unta. Kenapa pula tidak Pak Pin lihat dari persepsi itu?

    Sebagai isteri, saya bersimpati dengan suami2 yang di abaikan isteri masing dengan alasan penat bekerja, tak ada mood, atau lain2 helah.

    Jangan pula salah kan suami jika mereka mencari layanan di luar, jika isteri tidak mengambil berat hal2 emosi, rohani dan jasmani suami mereka dan tidak menunaikan hak suami.

    ReplyDelete
  16. Tuan Haji
    Dr Roy ni prasan dok sindir kpd Dr Wan Mat King Leather.

    wawa

    ReplyDelete