22 JUN — Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO "Bersih" menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;
Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.
Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa.
Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
Setelah saya mendengar taklimat Bersih dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.
Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.
Maka, saya tidak mempertikaikan Bersih di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.
Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan.
Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?".
Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku".
Maka mereka berkata:
"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia".
Dengan sebab itu, jirannya berkata:
"Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi".
(Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan.
Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.
Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.
Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.
Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.
Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.
Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat.
Never like politics, tp nak tlg copy paste ttg BERSIH:
ReplyDeleteThe eight demands of BERSIH are:
A thorough review of the electoral roll
Reforms to the postal balloting process
Marking voters who have cast their ballots with indelible ink
A minimum 21 day campaign period
Equitable access to media by participating parties
Strengthen institutions which enforces election laws
Eradicating electoral bribery
Putting a stop to dirty politics
Jul :-) tq.
ReplyDeleteoh begitu.
look like a timely, and necessary, change that BERSIH is looking for.
One of the measures of the integrity of democracy is in its election process ~!
Mungkin banyak tujuan BERSIH yang bersih, tetapi matlamat tidak menghalalkan cara..mengganggu ketenteraman awam dsbnya ada tidak menepati cara..banyak udang di sebalik batu tu..hehe
ReplyDeleteTuan Haji
ReplyDeleteDari kaja TV,polis beri Bersih d adakan d stadium.Puak2 Bersih mahu adakan d premis ikut suka hati tok cak depa.
wawa
Dari Malaysia :-) saya setuju - apa2 usaha pun harus mengikut cara yang baik, dan tidak menyusahkan orang lain.
ReplyDeleteKita harapkan BERSIH nanti tidak di ganggu atau di provoke oleh tear gas atau Puak2 Pak Beraim yang boleh mencetuskan huru hara...
Anon Wawa :-) oh ye ka ada permit di stadium. Bagus dah tu buat demo dalam stadium... tak mengganggu orang ramai.
ReplyDeleteSo di Stadium mana?
Hopefully the BERSIH demo will go peacefully.
Malaysia is in need of a political and admistrative reform~! badly.