KEMENANGAN Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagal Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair.
Waktu itu, belum pernah berlaku parti-parti pembangkang bergabung dan dapat mengalahkan parti pemerintah (Barisan Nasional) lalu menubuhkan sebuah kerajaan negeri. Inilah yang berlaku di Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah menang untuk berkuasa dalam pilihanraya tersebut.
Angkatan Perpaduan Ummah bukan sahaja telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, malah telah memenangi semua (sapu bersih) kerusi yang dipertandingkan untuk Dewan Undangan Negeri dan untuk parlimen di Kelantan.
Dalam sejarah perlantikan Menteri Besar pula belum ada seorang tok guru yang berserban dan berjubah dilantik sebagai Menteri Besar, selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorangguru agama yang aktif. Beliau pernah berkhidmat sebagaiguru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor, guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka, penyelia Kelas Dewasa (KEMAS) dan guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu yang kesemuanya terletak di Kelantan.
Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
(sumber: http://newpaces.com/forum/topic/837)
(sumber: http://newpaces.com/forum/topic/837)
Assalamualaikum Pakpin, saya baru tahu pakpin sokong PAS.
ReplyDeletesama lah kita. cuma saya tidak boleh buat public announcement sbb suami saya orang fanatik umno. hahaha. tapi dia tak tahu, dia dah dua abad "masok" PAS...hahaha.
ustazah
Yang Ariff,
ReplyDeleteTahniah pada Ustazah..
Atas tarikan sendiri, yang fanatik UMNO dua abad "masuk PAS" tanpa paksaan....he..he
Ahj
oops, dua puluh tahun bukan dua abad!
ReplyDeleteAhj
Anon ustazah :-) hahaha....betol lah tu 'ooops' dari kawan saya Ahj...tak kan dua abad kan?
ReplyDeletetahniah kerana terus menyokong PAS walaupun selalu di serang oleh UMNO hahaha.
jangan marah, gurau jer.
---
Ahj :-)
cepat jer tuan komen jika ada kaitan begitu ya....hahaha