Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Sunday, June 19, 2011

Puji jiran sindir siapa?

Mr Ali, Mr Cameron, Pp, Duta Besar, Konsul Jeneral, Konsul Perdagangan!

Hari ini Pp sebagai salah se orang Pengarah syarikat, menjadi host kepada lawatan resmi His Excellency Duta Besar Indonesia dari Riyadh, Konsul Jeneral dan Konsul2 dari Konsulate Indonesia di Jeddah ke syarikat kami. Ini adalah satu amalan yang sungguh terpuji. Mereka membawa bersama pegawai immigration dari Konsulate untuk kemudahan rakyat mereka memperbaharui passport!

Pp kagum!

Pak Duta Besar dan Tuan Konsul Jeneral beramah mesra tanpa protokol. Mereka berucap memberi kata-kata semangat, berjenaka menghilangkan kerinduan ke kamung halaman, mendengar rintihan dan kegusaran rakyat Indonesia di perantauan, dan mengeratkan sillaratulrahim.

Mereka tidak terlalu sibuk melayan VIP-VIP dari negara yang datang ke Saudi untuk tujuan peribadi membuat Umrah tetapi mengambil kesempatan menggunakan kemudahan tabung kerajaan dengan berpura-pura bertemu rakyat - tetapi rakyat terpaksa bertemu mereka mengikut jadual mereka dan di tempat yang senang untuk mereka, dan mendengar propaganda mereka!
Ia, begitulah kerana mereka pembesar negara!

Berlainan sekali sikap Duta Besar Indonesia yang terbang dari Riyadh, kemudian menaiki kereta selama dua jam untuk ke ladang kami.
Beliau mengikut jadual rakyat, bertemu di tempat kerja rakyat, membawa kemudahan untuk rakyat, dan sesungguhnya berhidmat untuk rakyat!

Di sini, aku memuji Duta Besar, Konsul Jeneral Indonesia, dan pegawai2 kanan mereka. Di sini aku memuji VIP VIP dari Negara Indonesia yang tidak mengambil kesempatan memperkudakan pegawai2 kanan kerajaan di luar negara sebagai tour guide, pemandu, juru bawa barang2 shopping isteri2 mereka sewaktu datang di atas urusan peribadi ke Saudi ini.
Justeru, pegawai2 kawan kerajaan Indonesia di negara ini dapat berhidmat dengan penuh tanggung jawap kepada rakyat mereka di perantauan.

Aku memuji pembesar-pembesar  negara jiran! Tapi kalau ada orang2 besar (dan orang besar2) dari negara ku Malaysia yang terasa, alhamdullilah. Semoga ada perubahan ke arah Bersih, Cekap dan Amanah, yang selama ini menjadi slogan tanpa penghayatan!

3 comments:

  1. we are all equal in the eyes of God...that's for sure

    ReplyDelete
  2. Jul :-) ... equal opportunity to be good, I agree! In the end, we will not be equal in the eyes of God...ad yang lebih baik, dan ada yang kurang amalan mereka.

    ReplyDelete
  3. yup, timbang berat amalan kita akan menentukan sapa yg mendapat pahala dan pastinya juga dosa.

    ReplyDelete