Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Tuesday, June 14, 2011

Kerajaan bayar RM1.8juta to set up facebook!

Satu benda yang tak masok akal!

RM1.8 juta... untuk laman Facebook?
Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

"Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

"Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

__._,_.___
Sent from my BlackBerry® wireless device from STC

5 comments:

  1. gosh....!!!

    kalo buat bangunan penempatan/kilang kecik utk org miskin/ibu tunggal yang masih ada kudrat, boleh jadikan pusat perusahaan makanan etc..

    give me the money laa...

    ok pp, lets bukak farm udang.. jom mintak duit tu.. ramai org boleh keje, dapat income etc.. bukannya rm180, rm1,800, rm 18,000.... but rm1.8j..????

    ini pendapat saya yg tak pandai & tak cerdik laa..

    ReplyDelete
  2. Kementerian BODOH-bagi projek kat kroni.

    ReplyDelete
  3. Mulan :-) saya rasa pendapat Mulan sungguh cerdik! jauh lebih cerdik dari menteri yang bayar rm1.8 juta itu.
    kalau lah duit sendiri, agaknya dia buat tak?

    --

    Pak zawi :-)

    harus di tangkap masokkan dalam lokap.

    --

    anon :-)

    tau tak per !

    ReplyDelete
  4. selagi boleh sapu kasi sapu cukup-cukup la.... itu pasal la org suruh tukar... Change Now!!! Enuff of BN...!!!

    ReplyDelete