Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Friday, June 3, 2011

Mesjidil Haram June 3rd 2011




Sementara menunggu waktu
aku berdiri, merenung kebesaran Mu
sungguh kerdil rasa diri
namun bersyukur, kerana aku di sini.

Aku memohon berbagai doa
masih meminta kesenangan dunia
aku hampir terlupa
kepada perkiraan syurga dan neraka
di sana nanti, tempat abadi.


Ampun kan aku ya Illahi
sungguh kering rasanya hati
lalu aku mencari keredhaan Mu
rahmat keimanan di dalam hati ku
lalu aku mengucap kesyukuran
di atas segala kesenangan
dan kesihatan tubuh badan.

Berhimpun kami di sini
sebelum melangkah pergi
sudah rindu untuk ke sini lagi.

Pp.. 3hb Jun 2011.
Menunggu Solat Jumaat.

Tadi di Mekah sempat bertemu rakan2 dari zaman persekolahan di STAR dulu.
Alhamdullillah, seronok hati apabila, kesinambungan persaudaraan dari zaman remaja, zaman terpalit dosa dan noda...kini di hari2 tua, bertemu di Tanah Haran, mencari keampunan Allah menyuci rohani memohon kerahmatan dan keimanan~!

Di dalam gambar ada tiga STAR Old Boys: H Jalil, Bahrin, dan yours turly!

Resam 'Budak' STAR, apabila bertemu...bagaikan saudara, senang berkira. Hj Jalil sudi menziarah rumah kami di Jeddah untuk bermalam. Bahrin, Hj Jalil dan aku meluangkan masa melayari kenangan silam, berkongsi pengalaman, kesilapan dahulu di jadikan pengajaran, yang mungkar di jadikan sempadan dan  menguatkan azam - untuk menjadi insan yang lebih beriman~! Syukur alhamdullillah, sungguh seronok apabila sama2 menuju ke Mesjid ketika kedengaran azan~! Semoga talian kita, bukan setakat di dunia!
Nasi Hanizz Kambeng ~!



Bergambar bersama H Jalil ketika pusing2 meninjau Corniche di tepian Laut Merah.
Di belakang, tersergam bangunan Sheraton Jedah.


2 comments:

  1. Tiga sahabat karib ke Masjidil Haram,
    Sembahyang bersama memohon rahmat dan keampunan Illahi..
    Siratulrahim semakin mendalam,
    InsyaAllah, semua yang dihajati akan makbul dan diberkati..Ameen.

    ReplyDelete