Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Sunday, June 26, 2011

This blogger will be on vacation~!

This blogger will be on vacation until 17th July.
There will be no update until then.

29th June
> Appointments dengan Lawyers!
> Pesta makan durian Musang King (Bersama my STARian geng~!)

30th June
> College hunting for Amirul
> Lunch or Dinner dan di mana belum tahu...but we have accepted an invitation from a friend.

1st July
> Ke Property expo di PWTC (Possibly bertemu Yang Arif Dato Yusof, Iskandar, and a few other friends)
> Pampering SPA and massage (Halal version~! hahaha)

2nd July - 8th July
> Family get away (Destination still undecided - we have a few options; Phukett, Bali, Singapore, Pulau Perhentian)

9th July
> Rombongan bertemu bakal mertua Pp hehehe anakanda kami.

10th to 12th July
> Di Negeri Cik Siti Wan Kembang...Jalan2 cari makan~!

13th to 15th July
> Errands and Administrative matters
> Candle light dinner for two with my ex-girl friend before I leave KL back to Saudi~!

16th July
> Flight back to Saudi

Alahai sekejap nya cuti!

Saturday, June 25, 2011

"Tiada Tuhan Melainkan Allah" - Alfredo!

Alfredo Aquilino, se orang berbangsa Filipina, berwatak ceria namun pendiam. Senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya. Sudah lima tahun beliau bekerja di Ladang Udang kami, bertugas sebagai pemandu untuk pengurusan.

Alfredo berugama Kristian Katholik, seperti juga keseluruhan keluarga nya yang di tinggalkan di Filipina. Ada waktu nya dia memandu aku dari Jeddah ke ladang, dan ketika aku memasang CD bacaan Al Quran, aku melihat terkumat kamit bibir nya cuba mengikuti. 
Ada sekali aku bertanya, "You like listening to Quran"
Dia menjawap, "I like, sir"

Itu sahaja perbualan kami kali itu mengenai tajuk tersebut. Aku biarkan dia memandu tanpa gangguan. Sesekali aku menjeling ke arahnya, dan dia begitu khusyuk mendengar bacaan ayat2 suci itu.

Pernah aku hadiri Ceramah Ugama dalam bahsa Inggeris yang di sampai kan oleh se orang Mutawaf jemputan di Mesjid Besar di Ladang. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat Alfredo ada bersama. Aku biarkan tidak menegurnya, kerana aku tidak mahu dia serba salah. Namun di ahir ceramah tersebut, dia datang menghampiri dan bersalam dengan aku.

"Sir, I don't know you are coming. You need any drink?" 

Aku bersalaman dan menepuk bahunya. "Good to see you here!" Kata aku, dan menyambung, "I will have tea, but only if you will come with me to the tea shop and let me buy one for you!"

Dia tersenyum malu2. Tetapi di atas desakan aku, dia mengikuti.

Malam itu aku mengambil peluang bertanya mengenai minat nya kepada Islam.

Mengucap panjang aku apabila dia memberitahu dia sudah empat tahun mempelajari mengenai Islam. Hasratnya, untuk ke Mekah dan Medinah. Sudah empat tahun dia berpuasa dan bersolat sendirian. Namun dia belum memeluk Islam kerana dia menunggu benar2 yakin yang seluruh jiwa raganya bersedia.

"I am ready now, sir!" Alfredo memberi tahu.

Malam itu, di desak rasa malu kerana sering terlupa, aku sendiri membaca beberapa muka surat Al Quran. Begitulah amalan Alfredo sejak empat tahun lalu, dan dia tidak pun seorang Islam. 

Semalam, selepas solat Jumaat aku menerima panggilan telefon dari pengurus H R dari Ladang. 

"We have good news for you. Alfredo has said the Sahadah, and he is now a Muslim!" Kata pegawai   H R berbangsa Saudi dan seorang Mutawaf itu.

"SubhanaAllah, Allah hu Akbar, syukur Alhamdullillah~!" 

"His Islam name is Mohamad Rafiq Abdullah" sambung pegawai H R tadi.

Tanah ini tanah Arab, begitu dekat dengan Tanah Suci Mekah dan Medinah. Hidayah meresapi mereka yang Allah restui. Mereka itu umpama kain putih, bermula dengan pengakuan "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Psuruh Allah" kerana mereka memahami dan ke Islaman mereka berputik dan mekar dari hati!

Malam ini, aku memperbaharui perakuan Sahadah aku sendiri!

Catitan untuk pembaca dan juga diri sendiri:

Dalam kita mengajar anak2 kita mengenai ugama, kita harus meyakinkan mereka tentang WHY juga, bukan setakat the HOW. Betul solat itu wajib...tetapi mengapa? Betul percayakan Qadha dan Qadar itu rukun Islam, tetapi kenapa? Betul sebelum solat wajib berwuduk, tetapi kenapa?


Ajar mereka mengenai KENAPA? Supaya Islam mereka lebih sempurna, mekar dari hati sanubari~!

(Nama asal Mohammad Rafiq bin Abdullah saya telah tukarkan...demi menghormati keluarga beliau dan masih berugama Keristian dan masih belum mengetahui berita ini.)

Thursday, June 23, 2011

Malaysia kita...can be a Better Malaysia~!

I received in my email inbox, the discussion of what are good and what are not so good about our country Malaysia today. To the originators of the discussion I say thank you!
----

There are many things that are good and many things that are not good about Malaysia at the moment. Of course, we should deal with our weaknesses but let's be clear what these are:

---
Pro>> Those who condemn so much about our education system forgot that it is that system that made them who and brought them where they are now...

Con::::The failure of our education system is not shown in the few who have made it but the many who have been left behind...they are our brothers and sisters, too.
---
  Pro >> those who said our transport system is bad forgot that it is that system that commutes 28mill plus people everyday...

Con::::If 28 million people have to go work, school or elsewhere then 28 million will go where they need to regardless of the quality of the system. It is the comfort, speed, convenience and costs that matter most, not numbers.
---

Pro>> Those who said corruption level is un-noticable in their land forgot that it is them who paid our cops a mere RM10 to avoid being fined after being caught speeding at our "not so good a few thousand kilometers highways compared to their few hundred kilometers bitumonized pavements"...

Con::::The yardstick for corruption in Malaysia is not the underpaid cop who takes RM10 but the greedy politician who take billions.

---

Pro>> Those who said the government paid dividends to senior citizen, the poors and such forgot that the majority of "we want change" citizen of malaysia saw that very same move as "vote buying" and "candy giving"...


Con::::The rakyat will be very pleased to get dividends every year but surely the party that only gives during election year and only to people in certain areas is vote-buying.
---

Pro>>> Those who said drugs related problem are almost zero forgot that the largest amount of drug related problems are in their very next door neighbor Johor which makes me wonder where they got the supply from...

Con::::The main problem is not where the supply is coming from -- we know which countries are the biggest producers -- but who are the addicts, how many there are, and why they do drugs.
----

Pro>> Those who said it is much safer and peaceful to walk alone at midnight forgot that midnight is a time best for sleeping not walking...

Con::::A place is unsafe not because people walk alone at midnight but because criminals lurk around at midnight. Sleeping early does not rid the country of criminals.

---

Join this group who call themselves, "For a Better Malaysia" by clicking HERE.

Wednesday, June 22, 2011

Bersih ?

'Bersih' wajib berjalan dengan Bersih —Saya kongsi di sini tulisan dari blog Dr Mohd Asri Zainul Abidin

22 JUN — Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO "Bersih" menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;
Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.
Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa.

Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Setelah saya mendengar taklimat Bersih dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

Maka, saya tidak mempertikaikan Bersih di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan.

Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?".

Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku".

Maka mereka berkata:

"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia".

Dengan sebab itu, jirannya berkata:

"Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi".

(Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan.

Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.

Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.
Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat.

 

Tuesday, June 21, 2011

Pulang dari kerja...tiba rumah terus hilang mood~!


Gambar di ambil dari kereta ketika pulang dari kerja petang tadi. Ketika itu, dua puloh minit sebelum waktu Maghrib.

Sepohon Korma mengingatkan saya masih di Saudi Arabia! Bila teringat kami ini perantau, rasa rindu kepada Malaysia, teringin sangat nak pulang. Terbayang durian, rambutan, teh tarik dan mee mamak, kuey teow kerang, ermm, enak. Terlintas senyuman sanak saudara dan kawan2. Lambaian daun padi dari sawah terbentang di depan rumah. Indah.

Aku singgah di supermarket membeli satu tin rambutan di dalam air sirap. Ermmm, tak dapat yang fresh yang dalam tin pun jadi lah.

Tetapi, apabila di fikirkan di Malaysia ada Utusan Malaysia yang mengganggu minda dan jiwa, ada 'People's paper' (The STAR) yang tiba2 menghilangkan on-line survey mereka apabila the poll result was showing 99% of respondents were in agreement that the BERSIH 2.0 should be allowed - aku rasa gelisah.

Malaysia kami dulu2 sudah semakin punah~!

Tiba di rumah, aku buka emails - ternampak satu email dari seorang sahabat menghantar link youtube seperti di SINI.
Setelah menonton the you-tube hilang sedikit mood. Actually, hebat student tu~! Yang membuat saya hilang mood ialah tajuk dan punca dia bersikap begitu.

Kemudian, kerana ingin mendengar sendiri apa yang telah di kata kan oleh Presiden Perkasa - aku mencari you-tube ucapan beliau. DI SINI

Meluat, kecewa, jijik, macam-macam perasaan aku, semua nya negatif. 
Aku paling lecewa dengan sikap kerajaan yang terlalu jelas berat sebelah.
Jika lah yang berucap itu bukan Pak Brahim, gamaknya dah di kenakan tuduhan menghasut ~!

Terus hilang mood aku!

Besok aku nak buat research pula pasal BERSIH 2.0~! Rasa aku lah - matlamat BERSIH 2.0 tu untuk memulihkan the integrity of the polling system in Malaysia. So kenapa pulak hingga nak declare akan terjadi pertempuran di antara Melayu dan Cina?  Tak faham aku.



Ideas

Reading - is a good way
of stretching the imagination!
Ideas are the best natural resources which have made the most significant impact on humans.

It was an idea by Edison which lighted up the world. Bell made it possible for voices to be transmitted. A certain Steve at Apple created various fun gadgets which can fill a whole i-zone!.
The same goes to the makcik or pakcik who created Budu and cencalok, lempok and tempoyak! Their ideas added ummph to our food!

Ideas should be allowed to flow, and followed through with implementation. Failures shouldn't discourage, conviction is a great a source of motivation and persistence!

Unfortunately, too many ideas got killed too soon and by people who don't have ideas!

Be selective with whom you share your ideas! Don't let anyone pour cold water and distinguish the fire of your passion.

As an example, today, someone tried very hard to discourage me from publishing my book! I made a mistake of sharing my idea, and asking for his ideas on how best to do it!

On the contrary, Luqman, my ten year old son saw a half full glass. He was encouraging me to publish not black and white, but color pages with insertion of pictures from Haziq's amazing collection!
He has ideas!

Ideas should be encourage to flourish. Especially from children!
If not for ideas which have been pursued with single minded passions by some great men and women, we may still be living in caves today! Even then, men used sharpened stones and used them as spears to hunt! Ideas, indeed have been the most effective resources for the survival of mankind.

The most wonderful thing of all - ideas are free!

Sunday, June 19, 2011

"Bcoz you are my daddy~!"

I feel I have done my bit
when I no longer am the tallest in the family
there are my sons towering
and the ladies of my life smiling
and I feel accomplished
not because I can swin upstream
but because we row the 'perahu' together
and I am no longer the anchor!

My sons and daughter - are my all
their heartbeats make me tick
their voices, are my musics
their silence, my wonder
and I want to live a day longer
every time I hear their laughter.

Today I got the 'Father's day' effect
so I sit and begin to reflect
"Could I have made life a little better
have I been as good as I can be, as a father?"

This morning at ten to ten
Luqman called, and he is eleven
"Happy father's day!" He wished me
Then he said, "I am so happy!"
When I asked why, he softly whispered
"Because you are my daddy..."

Dear God and to my dearest wife,
thank you for making me a father
moments like that, I do treasure!

Puji jiran sindir siapa?

Mr Ali, Mr Cameron, Pp, Duta Besar, Konsul Jeneral, Konsul Perdagangan!

Hari ini Pp sebagai salah se orang Pengarah syarikat, menjadi host kepada lawatan resmi His Excellency Duta Besar Indonesia dari Riyadh, Konsul Jeneral dan Konsul2 dari Konsulate Indonesia di Jeddah ke syarikat kami. Ini adalah satu amalan yang sungguh terpuji. Mereka membawa bersama pegawai immigration dari Konsulate untuk kemudahan rakyat mereka memperbaharui passport!

Pp kagum!

Pak Duta Besar dan Tuan Konsul Jeneral beramah mesra tanpa protokol. Mereka berucap memberi kata-kata semangat, berjenaka menghilangkan kerinduan ke kamung halaman, mendengar rintihan dan kegusaran rakyat Indonesia di perantauan, dan mengeratkan sillaratulrahim.

Mereka tidak terlalu sibuk melayan VIP-VIP dari negara yang datang ke Saudi untuk tujuan peribadi membuat Umrah tetapi mengambil kesempatan menggunakan kemudahan tabung kerajaan dengan berpura-pura bertemu rakyat - tetapi rakyat terpaksa bertemu mereka mengikut jadual mereka dan di tempat yang senang untuk mereka, dan mendengar propaganda mereka!
Ia, begitulah kerana mereka pembesar negara!

Berlainan sekali sikap Duta Besar Indonesia yang terbang dari Riyadh, kemudian menaiki kereta selama dua jam untuk ke ladang kami.
Beliau mengikut jadual rakyat, bertemu di tempat kerja rakyat, membawa kemudahan untuk rakyat, dan sesungguhnya berhidmat untuk rakyat!

Di sini, aku memuji Duta Besar, Konsul Jeneral Indonesia, dan pegawai2 kanan mereka. Di sini aku memuji VIP VIP dari Negara Indonesia yang tidak mengambil kesempatan memperkudakan pegawai2 kanan kerajaan di luar negara sebagai tour guide, pemandu, juru bawa barang2 shopping isteri2 mereka sewaktu datang di atas urusan peribadi ke Saudi ini.
Justeru, pegawai2 kawan kerajaan Indonesia di negara ini dapat berhidmat dengan penuh tanggung jawap kepada rakyat mereka di perantauan.

Aku memuji pembesar-pembesar  negara jiran! Tapi kalau ada orang2 besar (dan orang besar2) dari negara ku Malaysia yang terasa, alhamdullilah. Semoga ada perubahan ke arah Bersih, Cekap dan Amanah, yang selama ini menjadi slogan tanpa penghayatan!

Friday, June 17, 2011

suara kecil berkata-kata...

Dubai - 2007.





Tadi ketika aku mengelilingi Kaabah, aku berdoa...semoga Allah pimpin perjalanan ku tidak tergelincir dari landas keimanan, supaya kita akan bahagia bersama dan di jauhi dari fitnah syaitan dan manusia, dan paling penting dari fitnah perasaan sendiri.


Di hening pagi, ketika aku sendirian berkelipan, teringat aku kepada sebuah sajak yang pernah aku tuliskan untuk mu di satu ketika dahulu.


Aku tuliskan sekali lagi di sini.



Suara Kecil berkata-kata

Sayang, memang ada suara kecil 
kata-kata yang sering terpencil
namun datang nya bersama 
dengan penyesalan dan doa 
dengarlah, 
walau pun tidak se indah mana

"Aku paling gembira
apabila mendengar kamu tertawa
aku sering berduka
jika ku tahu hati mu terluka
kamu lah yang aku sayangi
cintai lah aku kembali !"

Lalu izinkan aku berkata 
buat kesekian kalinya
"Aku sayang kamu!"

Sayang, maaf kan aku
kerana sering membuat kamu ragu
setiap kali mahligai kita di sentuhi bayu
datangnya bukan kerana kelemahan cinta kita
tidak sekali-kali kerana kekurangan di mana-mana
tak perlu lah kita selami asal usul fitnah perasaan
cukup buat ku dengan satu kemaafan
lalu izinkan aku sekali lagi berkata
"Maafkan aku!"

Sayang, 
ini bukan janji janji yang belum pasti
tapi janji janji yang di izinkan gerak hati
yang hampir tigapuluh tahun sudah terbukti
walau di goyang taufan, masih kukuh berdiri
tak layu di tangkai, segar di sirami embun pagi
lalu, ingin aku pastikan dengan mengulangi
"Aku akan sentiasa menyayangi"
semoga kamu tidak ragu-ragu lagi!


Ketika pertama kali aku menulis sajak di atas untuk mu, aku menerima satu jawapan balas. Tidak selalu kamu menulis sajak cinta. Jadi, apabila aku menerimanya, ia nya cukup bermakna.


Izinkan aku mengimbas kenangan lama dan menulis di sini sajak yang telah aku terima dari mu.


All I have to give

You're the first thing I think of
each morning when I rise
You're the last thing i think of
each night when I close my eyes.
You're in each thought I have
and every breath I take.
My feelings are growing stronger
with every move I make.
I want to prove I love you
but that's the hardest part
so, I'm giving all I have to give
to you...I give my heart!



(You signed off as  "Your wife, May 31st" And...I can't remember the year, but it doesn't matter. What matters darling, after nearly thirty years we are even happier together~!)


ps: i want you to know. Before Fajr came this morning, I read your words above many times until I could not read anymore. Tears got in the way!

Thursday, June 16, 2011

Mesjidil Haram - 16hb Jun 2011 !

Abang dan Adik~!
Gambar sebaik selesai solat Maghrib tadi ~!

Amirul akan meninggalkan Tanah Arab dalam masa terdekat. Tamat sudah pengajian nya di sini, dan akan menyambung pula di Malaysia. Hari ini kami ke Mesjidil Haram dengan tujuan untuk Amirul melakukan Tawaf Wida'.

Setelah lapan tahun d sini, berahirlah status Amirul sebagai pemastautin Tanah Arab.

Ada iras2 kan?

Se waktu di Mekah tadi, sempat bertemu dengan Yang Arif Dato Yussof Ahmad yang di temani isteri  beliau Datin habsah yang begitu mudah mesra. Dato' merupakan bekas pelajar  STAR from the first batch. It was indeed an honor for me. He was the first Old Boy from the first batch whom I have ever met. Kami bertemu dan berbual2 di DSaji di Al Safwa Tower, dengan rancangan untuk bertemu kembali selepas Isya untuk makan malam bersama.

Namun, oleh kerana sebab2 tertentu rancangan untuk makan malam bersama terpaksa di batal kan di saat2 ahir.

InshaAllah, ada rezki, di lain hari kita dapat bertemu lagi.

Luqman, yours truly,  YA Dato Yusof, Datin Habsah, Aishah.
Luqman - Tawaf~!

Total Eclipse of the Moon - as seen from our roof top~!

We had total eclipse of the Moon last night 15th June 2011.

Haziq captured this photo from our house roof top.


Wednesday, June 15, 2011

Footprints in the sand...


Koleksi Cerpen2 dalam satu buku sulung dari Pp @ Bakpo!
Ada cerita kelakar, sedih, romantis, dan juga cerita ala-ala suspence thriller.
Akan berada di pasaran on-line mulai August ini, InshaAllah.



The book will be available on line soon.
You may buy in print form, as a paper back or hard cover. You may also buy as e-book or PDF download.
A collection of my poems, all in English.

What is your opinion about the picture on the front cover?

I have four options for the title:

a) Footprints in the sand
b) Night whispers
c) Tears of love
d) Will my conscience sleep?

Which one is your preference? 

Shorter is better ~!

Nope! I am definitely not talking about the length of your toes!

I am addressing an important skill for people who wish to climb up the corporate ladder. The ability to be 'Concise'.
Being concise reflect confidence. It also shows a clear mind able to process thoughts and present it in an organized, and concise way. A mind able to do the thinking on behalf of the recipient of the information!

Haven't you noticed that subordinates tend to write lenghty reports and nearly always bosses will cut the report down into a quarter of the original length? Why then the subordinates never learned and present to the boss a shirt concise report?

The answer is in the pschology. Junior employees tend to associate quality to quantity of work. They think, the more the better. Long report shows, in their view, how much hard work they have done.

Unfortunately, bosses think differently. Bosses mind work faster than their ability to read. They find long reports annoying. They expect their subordinates to be able to think like them - leave out the fillers and only present the real important stuff.

So guys and gals who are new to the corporate world, the next time you prepare a report for the boss - bear what I have written above in mind.

In the spirit of being concise, this entry ends here.

Oh by the way, I apologize to anyone who come attracted by the title of the entry, hoping to find some comforting words about your or his short 'toes' .. hahaha.

Tuesday, June 14, 2011

Kerajaan bayar RM1.8juta to set up facebook!

Satu benda yang tak masok akal!

RM1.8 juta... untuk laman Facebook?
Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

"Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

"Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.
Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

__._,_.___
Sent from my BlackBerry® wireless device from STC

Monday, June 13, 2011

Face it, FB can be what you want it to be!

Let us face it. A social network like the Facebook can be what you want it to be. As to the claim in the article below that Facebook and other social forum offer opportunities for men and women to flirt and start relationships which can break their existing legitimate relationships, I will say you can, if that is what you want. 

Below is a true story which I find quite amusing~!

facebookscreen
During a divorce, sometimes people who were once crazy about each other seem to just go crazy in an attempt to gather electronic data to use against each other. Sometimes this is accomplished by cell phone spying, or installing a keylogger, or setting an e-trap on social networking sites. Nowadays it's common for couples battling over custody to use the Internet to dig for e-dirt on their former loved one.

For example, a study by Loyola University warned that Facebook and other social networking sites can quickly damage even a good marriage. This online communication can spiral out of control and lead to "improper use." The study claimed that one in every five marriages are ruined by Facebook. According to American Academy of Matrimonial Lawyers, "Facebook holds the distinction of being the unrivaled leader for online divorce evidence with 66% citing it as the primary source." Over 80% of divorce attorneys reported "an increase in the number of cases using social networking evidence."
The Smoking Gun reported on one such spy vs. spy case that was filled with e-intrigue and makes a great cautionary tale. Angela Voelkert, 29, created a fake Facebook profile, pretending to be a 17-year-old named Jessica Studebaker. She then friended her ex-husband and chatted him up via Facebook messages in order to gather incriminating evidence to be used against him in a custody battle. Since she didn't want him to recognize her "style" of talking, she had a friend do the writing to her ex.
In fact, Angela really thought she had the e-dirt on her ex, David Voelkert, 38, after he confided in her about placing a GPS tracking device on his ex-wife's car so he could track her every move. He told "Jessica" that "you should find someone at your school ... that would put a cap in her a** for $10,000." After he added "With me gone with my kids, the police can't pin anything on me as I will be in another state, so I will be fine," Angela turned her evidence over to the FBI who arrested her ex-husband.
Yet in a surprise twist, in another Smoking Gun report, David had suspected "Jessica" was his ex-wife all along. Shortly after the supposed teenager had friended him, David had gotten a notarized affidavit saying he was lying to gain "positive proof that it is indeed my ex-wife trying to again tamper in my life." David added, "In no way do I have plans to leave with my children or do any harm to Angela Dawn Voelkert or anyone else." He kept one copy and gave a second copy of to a relative. Six days after his sworn affidavit was notarized, David made the "incriminating Facebook messages" to Jessica.
After the FBI arrested David Voelkert, he spent four days in custody. During that time, federal investigators interviewed the bank employee who notarized the affidavit. Then federal prosecutors dropped all charges against him.
TSG noted that the Jessica Studebaker profile with the a photo of an unknown girl remains on Facebook. The profile claims the teenager is employed at Subway and attends James Whitcomb Riley High School in South Bend, Indiana. She has 63 friends, including David Voelkert.

Saturday, June 11, 2011

From behind his lenses...~!

Call me whatever! But the fact is, I am proud of his talents.

Last Friday, he asked me to drive him a particular location not far from our house. I did!
After a few minutes of disappearing behind some building, he re emerged, smiling.
Later in the evening he shared these pictures of an abandoned car which he had 
spotted and went for an impromptu photo-shoot!


Pictures credit to: Haziq (Our 16 year old son)

If you like the pictures, then please visit his facebook  HERE and click 'Like' which will motivate him further. He is now completing his first year IB course, and will be going into his 2nd year in Sept 2011. 
He wants to pursue a profession in Advertising, or 
Creative graphic and design.

If you are interested or knows of anyone who will be interested in his talents, you may contact Haziq directly to discuss  terms and conditions of study sponsorship~!

This is Haziq at his best - being behind the lenses.


Friday, June 10, 2011

"Bangga sebagai rakyat Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru~!"



KEMENANGAN Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagal Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair. 

 Waktu itu, belum pernah berlaku parti-parti pembangkang bergabung dan dapat mengalahkan parti pemerintah (Barisan Nasional) lalu menubuhkan sebuah kerajaan negeri. Inilah yang berlaku di Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah menang untuk berkuasa dalam pilihanraya tersebut. 

Everyone has a plot~!

Disclaimer: **100% fiction, not about anyone dead or alive! hehehe**

 "Kepada warga negara Malaysia kami mengucapkan selamat pulang!" The announcement over the PA system brought smile to Idham's face. 

He missed Malaysia, more than he was willing to admit. Idham was the last one to leave the business class cabin. While the rest of the passengers were already on their feet, he continued to sit. His mind was focused on Kamilia, the air stewardess he had become besotted with during the 9 hours flight from Jeddah. He slept very little during the night journey over the Indian Continent, instead he spent time with Kamilia at the back of upper deck business class cabin. They chatted about a lot of things; but mainly about each other. 

 "Please call me Idham, or Id for short!" He tried to persuade Kamilia to drop the formalities. With a twinkle in her eyes, she said, "Id, is it pronounced like the Eid as in Eidul Fitr!" 

 "Yes, exactly, just like that but not as holy as the Eid as in Eidul Fitr!" Replied Idham. He found Kamilia's humor refreshing, a mix of innocence and wickedness. 

 "You may not be holy, but look like an honourable man to me Mr. Idham, Sir!" 


Thursday, June 9, 2011

OWC, LEMBU and Datin Rosie!

Datin Rosie let go a huge sigh of relief. She had just presided the first meeting for the association. Five hundred over members attended, and they managed to complete all items on the agenda, all within the 2 hours planned. Everyone was very excited to get going with their KERAS assessment for the night, their first night as a member of the new association.

Tuesday, June 7, 2011

"We are on a mission to make your dream holiday in Malaysia come true~!"


Dining - at MyHabitat, where Jalan Ampang meets Jalan Tun Razak.

The Bed - Bangsar South Residence~!
The dream began a couple of years ago. A dream without action, will remain a dream. We are lucky, for there amongst us, is a young man who brings his passion to make it's start a reality.

We know, this is only the beginning.

We are hoping that our eagerness to please will bring people to our 'Holidayhomes Malaysia'. It is inside each one of our holiday home  which we are putting on offer for you to come and stay, that we will endeavour to make your dream holiday comes true~!.

We are on a mission to please you. To provide you with a 'Home away from home' experience, whether you are on holiday, business trips, or you are expats returning for home visits, we are eager to meet your needs.

We may succeed, or we may fail. But we know, unless we dare to dream, we would not be able to bring our eagerness to please ... to you~!

Please download the file below, and help us to spread it to your closest associates.

http://hotfile.com/dl/120121851/c4eafe0/holidayhomes.com.my.pdf.html

We would also appreciate if you can share the facebook we have created for you to share in our passion, below.
http://www.facebook.com/pages/HolidayHomes-Malaysia/192898964095373?sk=wall#!/pages/HolidayHomes-Malaysia/192898964095373

Let us do our bit, to help make your dream holiday comes true~!

Send all your enquiries to general@holidayhomes.com.my
The person who will be replying to you will be Adlil Hafiz, a young man with a passion and on a mission ~!

When NOT to say "I love you!"


1. Don't say it to a stranger~!

2. Don't say it if you don't mean it.

3. Don't say it to someone's wife or husband even if you mean it~!

3. Don't say it to your wife or girl friend when both of you are within one meter of a designer outlet!

4. Don't say it to someone of the same gender, unless you are really into that kind of thing~!

5. Don't say it right after you have discovered about his / her infidelity!

6. Don't say it to your girl-friend's or boy friend's parents during your first meeting with them!

7. Don't say it to one of your child and not to another!

8. Don't say it to yourself, loudly, over and over~!

9. Don't say it as soon as you answer a phone call~! (It could be your boss who is calling!)

10. Don't say it to any Tom, Dick and Harry~!

11. Don't say it to someone on the eve of his/her wedding night, if you are not the bride or the bridegroom~!

12. Don't say it to your old flames, even if the sweet memories come back in a blaze~!

...

..
but always say it to the ones dearest to you~!


Monday, June 6, 2011

'Dissent' is not always bad ~!

(Dissent is defined as "Difference of opinion or feeling; disagreement.", " The refusal to conform to the authority or doctrine", "Refusal to concur with the opinion of a majority")


For far too long, we (Malaysians, and especially Malays) have been taught and conditioned to be obedient! Children have been told to 'Listen!' Our culture has conditioned employees to 'follow' their bosses, and wives to be obedient to their husbands, even if the later are in the wrongs. The youngs who talk back to their elders are considered bad mannered!
Pp says, "It is time to speak up for good reasons~! It is our duty to correct the wrongs, and if we have to speak up in order to do that, then we must!"

The Prophet صلى الله عليه وسلم said: "Whoever saw a Munkar, let him change it by his hand and if he cannot then by his tongue and if he cannot then with his heart and that is the weakest of Imaan."
.

Sunday, June 5, 2011

Orang Islam dan Sex...

Setelah membaca lapuran ahbar di SINI, aku terpanggil untuk menulis reaksi aku sendiri. Di bawah nukilan rasa....

Obedient Wives Club international vice-president Dr Rohaya Mohamad (right)
says women need to fulfill their husbands’ sexual needs to prevent them
from straying.
With her is the club’s Malaysian chapter
 representative Fauziah Ariffin. —
Picture by Clara Chooi
Kerana aku se orang Islam...

Kerana aku  seorang lelaki, aku tersinggung
apabila ada wanita berpelajaran dan bertudung
membuat rumusan, lelaki Melayu tak puas di ranjang
untuk menjinakkan suami, isteri harus menjadi jalang.

Kerana aku seorang suami, aku menyangkal
pendapat begitu, sungguh  kolot dan dangkal
bukankah manusia di beri kelebihan akal
fikir2kan lah...
tentunya mengikuti ajaran agama lebih afdal!
rumah tangga bahagia
dapat pahala, terhindar dari dosa
menjadi contoh terbaik untuk generasi muda.

Kerana aku seorang bapa, aku marah
apabila ada mulut celupar cuba memberi arah
membuat persamaan peranan isteri dengan pelacur
anak-anak mungkin tersalah faham, bangsa akan hancur!

Kita sudah di beri secukupnya
pedoman rumah tangga mengikut ajaran Agama
melayari bahtera suami isteri harus bersama
sudah fitrah berumah tangga, ada nikmatnya.

Kerana aku ada isteri dan anak-anak, maka aku bertegas
abaikan semua pendapat untuk berlaku buas
kerana aku se orang Islam, aku nasihati
wahai anak-anak dan isteri
sebaik-baik ahlak, ajaran Nabi (swt) kita tauladani
dan...juga amat penting
usah terikut2 oleh gelombang melenting
Muhasabah diri sendiri, semoga bahagia kehidupan
Jika ada keraguan...kembali kepada Al Quran,
carilah pedoman.

Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Friday, June 3, 2011

Mesjidil Haram June 3rd 2011




Sementara menunggu waktu
aku berdiri, merenung kebesaran Mu
sungguh kerdil rasa diri
namun bersyukur, kerana aku di sini.

Aku memohon berbagai doa
masih meminta kesenangan dunia
aku hampir terlupa
kepada perkiraan syurga dan neraka
di sana nanti, tempat abadi.


Cerita pasal makan-makan or pasal jam tangan!

Di Restoren Mamak Kerala, The Green City Restaurant, 
di Dubai bersama sahabat2~!
Di dalam gambar: Mushil, Rusdi, Hasnol, 
Aku, Imran, Faisal, dan Firdaus.
Tak nampak dalam gambar: 
Terlupa. Sebab tu lah kita ambil gambar, 
supaya menjadi kenangan.
Malaysians kuat makan. Pagi2 ke warong mamak cari roti canai telor dan teh tarik. Atau ke gerai Mak Cik2, membeli nasi dagang, nasi kerabu, atau nasi berlauk. Sudah tentu ada pilihan untuk makan nasi lemak!

Dinner: June 2nd 2011

Alhamdullillah - kami gembira sebagai hosts, dan semoga sahabat2 juga bergembira sebagai tetamu ~! Semoga pertemuan kita di berkati Allah. Kepada Zarir, Bahrin, Mat Ju, Nassir dan isteri, kami mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima jemputan kami.

Thursday, June 2, 2011

Pertandingan menulis sajak - Poetry writing competition~!

Hadiah2 akan di beri mengikut nilai
yang akan di tetapkan oleh penaja.

What were the motives?


Is it true that having more babies is perceived
as being more virile? More manly?
In attempting to write this entry, I scratched my head, my chin, and a few other bodily parts, trying hard to re-call at what age did I first understood about the 'Birds and the Bees!' I could not. However I recalled that at some early phase in my life, I was made to believe that 'babies' actually came out of bamboo plants. It was however only for a short period, for very soon after, I was told about the 'Birds and the Bees' by the same person who came up with the 'Anak Buluh Betong story'.

So from very early age, I was told, people get married to produce babies!

Wednesday, June 1, 2011

Nak lepas gian, terlepas isteri!

Aku di kejutkan pagi tadi dengan sms dari Omar yang memberitahu beliau akan ke Saudi minggu depan untuk mengerjakan Umrah.

Dari segi usia, Omar sabaya dengan aku. Dia seorang bisness man, dan seperti aku, juga berasal dari Kelantan. Aku mula berkenalan dengan nya, ketika dia datang ke Jeddah untuk menguruskan hal perniagaan nya di sini.

Mungkin ada chemistry di antara kami, atau mungkin aku ni memang ada muka yang boleh dengar cerita yang terpendam dari rakan2. Omar membuka cerita nya....keluh kesah seorang lelaki yang beritseri muda.