
Menjadi rendah diri hati.
Ketika kita berada di mercu kejayaan, kita biasanya tidak berfikir tentang situasi sekiranya kita jatuh ke bawah. Kita sering terlupa kepada mereka yang menyumbang ke arah kejayaan kita, terutamanya jika mereka lebih cenderung menyembunyi diri dari 'spotlight'.
Ironisnya tak kala berada di puncak lah kita harus lebih memandang ke bawah, memerhati dan mengambil pengajaran daripada cara "orang2 kecil" memberi perkhidmatan mereka dengan perasaan bersyukur dan rendah hati.
Amalan ini dapat menyedarkan kita dan sentiasa berjejak di bumi nyata. Sekiranya di takdirkan kita menempuhi suasana yang kurang bergemerlapan, dengan menghampiri mereka di bawah ketika kita berada di puncak, mungkin ada di antara mereka yang sudi meminjamkan cahaya harapan dan bantuan ketika kita memerlukan.
Saya mengucapkan 'Selamat Hari Raya Eidil Adha - Maaf Zahir Batin' kepada semua rakan2, pembaca. Semoga amalan dan doa kita di terima Allah.
Salam Pp , Kak Aishah dan family,
ReplyDeleteAzzah8 & family ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha - Maaf Zahir Batin
Semoga Eid Adha ini disambut dalam kesederhanaan .. hari ini hari WUKUF di Arafah... marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini utk bersolat dan berdoa ke hadrat Allah SWT ..
Selamat hari raya Pak Pin and Kak Aishah.
ReplyDeleteMay you reap the benefits of the days of arafah.
Ameen.
Pakpayne,
ReplyDeleteSemasa dipuncaklah kita mesti berhati hati sebab kita dikelilingi oleh jurang yang curam dan dalam. Salah pijak atau letak kaki kita akan terus terhumban kedalam gaung.
Selamat Hari Raya Idul Adha. Berapa ekor unta PP korbankan tahun ini?
selamat hariraya aidil adha dari kama sekeluarga. betapa sayu hati saya mengenangkan saat2 di arafah..
ReplyDeleteAzzah :-) sama juga dari saya dan LiL, mengucapkan selamat hari raya untuk Azzah sekeluarga ...di sini, boleh di katakan semua orang saudi berpuasa pada hari Arafah ..
ReplyDeleteNazrah :-)
thank you for your wishes. Selamat Hari Raya to you too.
Pak Zawi :-) terimakasih di atas ucapan. semoga Pakzawi sentiasa di dalam rahmat Allah bersama family.
ReplyDeletePuteri Kama :-) sungguh! begitulah perasaan ketika membayangkan suasana di padang Arafah. tenang dan damai. begitu dekat kita dengan Allah...para Malaikat menutupi langit turun kebumi melihat ummat berkumpul...di riwayatkan, hingga sehelai rambut pun tidak akan jatuh ke bumi kerana langit di penuhi dengan para Malaikat.
SubhaNallah...
semoga Kama dan famili di dalam rahmat Allah selalu.