
Malam ni saya memarut ubi kayu, ker
ana isteri nak masak kuih Bengkang Ubi~! Sudah lama sungguh saya tidak memarut ubi. Dolu2 semasa masih zaman budak2 selalu lah juga membantu ibu. Sejak dolu2, inilah salah satu kuih tradisional melayu yang paling saya gemari.
Anak2 pun kehairanan melihat saya memarut ubi. Mereka tertawa kecil, lucu agaknya melihat ayah membuat tugas yang selalunya dilakukan ibu. Semoga ada kesinambungan dan anak2 juga nanti akan mencuba untuk memarut ubi...seboleh2nya, jangan lah luput warisan membuat kuih muih tradisional sebegini.
Memanglah isteri saya sungguh gembira kerana saya dengan sukarela meng
ambil alih aktiviti tersebut. Bermakna, beliau boleh membuat aktiviti lain di dapur. Seronok juga sesekali dapat bekerja sama begini...Untung2 malam Jumaat ni, ada lah bonus! hahaha.
"Dah agak dah, ada udang di sebalik ubi!" Kata isteri apabila saya berseloroh. GGGrrrrrrrr, semakin laju saya memarut! hahaha.
Ah, lenguh2 juga ibu jari dan bahu. Tetapi seronok~! Dan akan terasa lebih nikmatnya, apabila memakan kuih bengkang besok sambil bersantai di tepi kolam renang bersama keluarga ...Itulah rancangan nya, kami akan ber BBQ besok bersama beberapa kawan2 di sini~!
Tetapi itu besok. Malam ini, setelah anak2 masuk ke bilek masing2, hanya saya dan dia~!
"Tolong picit bahu, boleh?" hik hik hik.
Sampling dulu malam ni, sedap wooo, makan panas2 baru keluar dari oven~!

Risipi Bengkang Ubi Kayu:
Bahan-Bahan:
2 kg ubi kayu, dikupas, diparut dan disejat
300 g gula pasir
1 camca teh garamSedikit pewarna kuning, jika perlu
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada 1 biji kelapa
300 g gula pasir
1 camca teh garamSedikit pewarna kuning, jika perlu
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada 1 biji kelapa
Cara:
Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk. Kemudian masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur. Kacau hingga ia sebati. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul. Lengserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya. Bakar ia pada suhu 300'C, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan. Biar ia sejuk sebelum dipotong.
Risipi from mesra.net.
Pakpayne,
ReplyDeleteParut masih cara lama cuma membakarnya moden bab guna ketuhar. Masa saya kecik dulu bakar atas dapur kayu je dan dibakar dalam periuk khas dibuat dari tembaga yang boleh letak bara diatas.
Sedap ye bila kuih dibuat sendiri sebab boleh dimakan sebaik sahaja ia masak.