Tempias menerjah masuk ke beranda. Nenek Pidah berkisut ke tepi pintu. Berkiuuk bunyi daun pintu yang cuba di tutup, tak ubah bagai bunyi dari lutut Tok Ayah setiap kali dia bangun dari duduk. Tok Ayah, lazimnya duduk bersila berkain pelikat, bersinglet dan menggunakan serban usang menutup badan.
Nenek Pidah pula berkain sarung batik, berbaju usang berbunga halus. Ke uzuran mereka berdua begitu ketara – dan kesejukan musim tengkujuh Januari menggigit tulang dan sendi – menyiksa badan yang sudah di makan usia.
Nenek Pidah menolak daun pintu – tapi angin dari luar lebih kuat dari kudratnya. Dia merenung kearah Tok ayah – bagaikan meminta pertolongan. Sebaik mata mereka bertemu – kedua-duanya menguntum senyum menyeringai menampakkan gusi. Yang berbedza cuma senyuman Tok Ayah di iringi linangan air mata yang bagaikan curahan hujan di luar – menerjah ke pipi berkedut seribu terus ke atas riba lipatan silanya.
Sayu hati Tok Ayah kerana walaupun dia ingin seribu daya untuk menolong Nenek Pidah – lipatan lututnya bagaikan di belenggu, tak terdaya dia membuat gerakan.
Nenek Pidah berkisut ke belakang pintu. Dengan kudrat yang tersisa menolak daun pintu dengan sandaran badan yang mungkin lebih ringan dari baldi yang menadah air mencurah2 dari hujung saluran atap. Tulang bersalutkan kulit yang kendur dan kecut. Sendi-sendi yang lebih besar dari lain-lain anggota badan. Hampir separuh daun pintu tertutup. Nenek Pidah memandang lagi ke arah Tok Ayah yang masih tersenyum, dan dengan anggukan kepala menyokong usaha isteri tersayang dan teman hidupnya dari usia lapan belas tahun hingga sekarang. Perjalanan hidup yang terlalu lama untuk di hitung namun terlalu dekat ke penghujung. Tiba-tiba, satu deruan angin yang kuat di sertai dentuman guruh dan panahan Halilintar – menerpa persekitaran pondok usang mereka. Nenek Pidah terpelanting di tolak terjahan angin. Celepuk! Jatuhnya tidak jauh dari ribaan Tok Ayah. Tok Ayah, mendengus, berkisut dan memanjangkan huluran tangan untuk mengusap muka Nenek Pidah. Mata Nenek Pidah terbuka, sayu dan lesu …..namun tidak berkelipan. Senyuman di bibirnya bersemadi…..bagaikan terus menghulur kasih untuk suami tersayang. Tok Ayah lah satu2nya lelaki yang dia berikan segala jiwa dan raga. Hanya Tok Ayah yang mencuit, mencuri dan menyimpan hatinya.
Tok Ayah, membaringkan badan di samping jasad kaku isteri. Dia membisikkan sesuatu….pesanan untuk mengingati Allah. Satu kucupan ke dahi dan pipi Nenek Pidah – merupakan kucupan terahir dari dua insan yang saling menyintai – hingga ke ahir hayat – hidup mati bersama. Runtunan hati kesunyian menyebabkan Tok Ayah menyusul isteri tak lama kemudian - waktu masih merah tanah perkuburun.
Imam kampung menceritakan bagaimana detik-detik ahir kehidupan mereka kepada Sudin dan isteri. Sudin, anak Tok Ayah dan Nenek Pidah. Isteri Sudin orang dari seberang – berpakai mendedah atas dan bawah. Bibir bergincu gelap, dan rambut berwarna perang. Sudin pulang untuk menagih pusaka. Isteri Sudin, terus berdiri – lantai rumah Imam kampong terlalu berdebu untuk pakaiannya. Sudin, tidak ingin tahu – namun Imam menceritakan sekadar memberi imbasan dengan harapan ada keinsafan.
Sebaik Sudin dan isteri beredar, Imam mengurut janggut dan mengurut dada. Sebak rasa dalam hatinya. Imam cukup mengenali Tok Ayah dan Nenek Pidah, dan dalam kehidupan mereka yang serba keperitan belum sekali mereka merungut tentang anak mereka Sudin.
Pernah Imam terdengar doa Tok Ayah selepas bersolat Jemaah – dalam waktu waktu terahir dia bertenaga untuk berpimpin ke surau kampung – Doa nya memohon supaya Sudin hidup dan mati dalam keimanan. Supaya anak-anak Sudin akan menyayangi Sudin lebih dari Sudin menyayanginya.
Imam baru saja mengambil wuduk untuk Solat Asar, bila ada basikal bagaikan ribut di kayuh ke perkarangan Surau.
“Pak Imam – ada kemalangan di simpang jalan keluar. Kereta Mewah langgar pokok – dua2 drebar dan penumpang mati”. Budak itu termengah-mengah.
“Tak sempat dia menyambut Tahun Baru Hijrah. Dari Mu kami datang dan kepada Mu kami pulang !” Bisik Pak Imam.
......
Lakunan dan sendiwara di Dunia mungkin memberikan inbuhan yang cepat.
Soal hidup dan mati – itu urusan diri, hati dan budi. Minda di beri untuk berfikir. Hati diberi untuk merasa. Renungkan ibadah diri dengan ibu bapa, dan orang tua!
Mungkin Tok Ayah dan Nenek Pidah anda masih bertenaga. Bahkan mungkin hidup mewah berkereta. Namun mungkin ada kemiskinan dalam kehidupan mereka – kemiskinan kasih sayang anak-anak yang di rindui. Anak-anak yang jarang pulang, tidak bertanya khabar, dan berkirim salam jauh sekali.
Syukur Alhamdullilah - kita masih di panjangkan usia untuk menyambut Tahun Baru Islam - Maal Hijrah ke 1429.
Semoga hidup kita di berkati........Ameeeennn!!
excellent. boleh jadi tear jerking. bagus bagus. bolehlah kasi skrip ini kat rashid sibir. tajuk teratak buruk pulak.
ReplyDelete"dua2 drebar dan pemandu mati" : macamana tu? he he
Dear uncle n family,
ReplyDeleteSelamat menyambut maal hijrah 1429
-zuha-
Spotted ayat sama macam lollies...dua drebar dalam satu kereta sbb tu langgar pokok!
ReplyDelete2 words to compliment:
"Cukup Mengesankan"
nice story!
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah
LoLLIES....
ReplyDeleteDAN cik MILAH....
:-) Thanks. Dah buat correction hehehe
saya tulis tu puin tergesa2 sbb malam tadi nak gi camping....it wassss sooo nice!!!
more abt that later.
Idham
WanZuha....thanks..same to u! :-)
ReplyDelete--
Anggerik...
Thanks :-) ada mesej tu kan...;)
salam maal hijrah!
--
Idham
salam maal hijrah dr sg....continue writing:)
ReplyDeleteYa Allah! Perkayakanlah saudaraku yang baik ini dengan keimanan dan keilmuan, hiasilah hatinya dengan kesabaran, muliakanlah wajahnya dgn ketaqwaan dan perindahkanlah fizikalnya dgn kesihatan serta terimalah amal ibadah dan qurbannya dgn melipatgandakan kerana hanya Engkau Dzat Yang Maha Berkuasa... Amin Ya Robbal'Alamin...
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah 1429 buat Abg Arif dan keluarga...
Salam Ma'al Hijriah Pak Payne,
ReplyDeleteCerita yang sungguh mengusik kalbu dan penuh pengajaran. Terima kasih kerana tauladan yang diberikan. Semoga kita dapat terus berbakti kepada orang tua kita, walau sudah tiada, Doa ikhlas dari kita InyaAllah sampai jua kepada mereka.
kak elle....:) selamat juga untuk teman di spore...
ReplyDelete--
RADEN GALOH...TERIMA KASIH...ameeennn kepada doa itu....:-)
--
Pak Zabs...:-)
itulah...yang hanya dapat saya berikan...secara menyelit mesej2 untuk anak-anak yang remaja...dan kawan2 yang mungkin terlupa...
:-)
--
Idham