Aku pulang dari Singapore dengan serta merta setelah mendapat berita ibu sakit tenat. Hari itu hari Isnin. Baru semalam aku meninggalkan ibu, dan berbual2 dengannya.
D antara kata ibu yang sentiasa menjadi kenangan hingga kini, "Pin pergi lah ke Mekah, buat haji. Dah macam2 Allah bagi rezki dan rahmat"
Petang Ahad itu aku berjanji dengan ibu, "Ya mak saya berjanji akan ke Mekah, Inshaallah"
Senyuman ibu, begitu manis dan bersih, meresapi terus ke kalbuku.
Aku terkejut menerima berita ibu tenat. Jam 12 tengah hari aku sudah tiba. Hancur luluh hati ku ketika tiba dan melihat ramai saudara mara berkumpul.
Ibu telah pergi. Rupa2nya perbualan aku sehari sebelum itu merupakan perbualan terahir. Senyuman ibu semalam, hadiahnya yang terahir buat ku, menjadi kenangan dan pengubat rindu.
Feb 2003.
Aku menunaikan janji ku kepada ibu, dan selamat mengerjakan Fardu Haji.
D situlah bermulanya penghijrahan aku ke Saudi.
Selesai fardu Haji aku berdoa untuk dapat bertugas dan terus tinggal d Mekah.
Alhamdullillah, Allah telah kabulkan doa ku, dan tentunya doa ibu!
July 2011.
Aku bersyukur dengan semua rahmat Allah. Kasih sayang ibu yang tak jemu2 mengingatkan aku dan berdoa supaya aku mendekati Allah.
Hari ini aku bertemu dengan pihak sekolah ugama berdekatan dengan rumah arwah ibu dan menyerahkan sebuah rumah yang kami bina d tapak rumah peninggalan ibu, supaya d jadikan asrama buat pelajar2 yatim dan miskin.
Peninggalan secara percuma, dan kami akan menanggung perbelanjaan bil air dan letrik.
Asrama yang d bina boleh menempatkan 25 pelajar secara selesa, dan seorang warden untuk tinggal bersama.
Sekolah tersebut ada 800 pelajar dan 500 merupakan pelajar perempuan. Olih itu pihak sekolah akan menempatkan pelajar perempuan.
Aku bersyukur kerana semua kakak2 aku bersepakat dengan usaha ini. Isteri aku juga turut menyumbang.
Alhamdullillah!
"Jika mak tahu dia tentu gembira" aku berbisik Kepada kakak ku.
Lantas kakak aku menjawap, "Allah tahu, niat kita baik dan ihlas, semoga Allah tempatkan mak dan ayah kita bersama para solihin"
"Ameeeen!" Aku mengalihkan pandangan keluar kereta menyembunyikan air mata yang bergenang.
Sent from my BlackBerry® wireless device from STC
Syukur ada dermawan seperti Pak Pin yang sanggup melakukan semua ini dengan restu ahlu keluarga. Ini adalah pelaburan untuk hari akhirat.
ReplyDeleteSebak I baca... semoga Alah melimpahkan pahala buat kalian semua ..Al fatihah buat ibu PP .
ReplyDeleteVery touching indeed. Moga arwah mak dan ayah Pp ditempatkan bersama org2x yg beriman dan roh mereka dirahmati Allah sentiasa. Ameen.
ReplyDeleteSungguh murni..
ReplyDeleteYang Ariff,
ReplyDeleteAmeen..saham terbaik untuk Tuan sekeluarga dan Arwah2.
Juga tahniah akan mendapat menantu..
Ahj
Semoga sedekah yang barakah ini akan sampai buat arwah ayahnda serta bonda di sana.Ameen.
ReplyDeleteTerima kasih semua di atas ucapan dan doa... ~! Ameeeennn....
ReplyDelete