Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Thursday, July 14, 2011

Yang palsu dan yang original ~!

1. Perabut 

Barang2 palsu nampak seperti orginal. Harga pulak jauh lebih murah. Sekali pandang susah nak bedzakan mana yang palsu dan mana yang ori.

Semalam saya masok kedai perabut. Penjaga kedai orang berbangsa Bangladesh fasih berbahasa Melayu. Saya memilih katil, tilam, set meja makan, sofa, dan sofa bed. Setelah negotiation harga, saya berpuas hati, harga bagus. Saya berkali2 tanya, jawapannya serupa, "Made in Malaysia!"
Sebelum membuat pembayaran saya called anak lelaki saya untuk mengesahkan samada katil yang saya pilih itu memenuhi citarasanya. Setelah memberitahu saya d kedai perabut, dan lokasinya, anak saya berkata, "Ayah jangan beli d situ - barang dari Cina, tak ada warranty dan senang rosak!"

Terkejut saya. Tetapi memadai untuk saya membuat pengesahan sekali lagi. Kali ini, saya dapat tahu dengan pasti, memang barang2 tadi dari Cina dan bukan buatan Malaysia seperti yang di beritahu kepada saya saya sebelumnya.

Transaction cancelled!

Seterusnya saya menunggu ketibaan anak dan isteri sebelum pergi ke kedai perabut milik Melayu yang menjual barang2 tulen dari Malaysia. 

2. Manusia

Dalam dua minggu ni saya berurusan dengan ramai manusia - untuk urusan hartanah, pemeriksaan kesihatan diri sendiri, pinjaman bank, insurance, dan sebagainya. 

Ramai yang genuine! Bukan setakat genuine intention tetapi juga professional dalam berurusan. Saya anggap orang2 ini insan hebat! Contohnya, nurses yang merawat dan membuat terapi Ozone ke atas diri saya semalam, mesra dan professional! The real estate agent, Puan Zaha, sungguh cekap, mesra, customer service minded, dan profesional! Saya rekomen beliau kepada sesiapa saja yang ada kepentingan membeli atau menjual rumah terutama d kawasan Shah Alam!

Tetapi ada juga saya bertemu manusia yang berpura2 dan ada muslihat di dalam berurusan. Ada juga yang genuine in intention tetapi tidak professional dalam implementtaion. Saya cuba jauhi insan2 begini, kerana saya anggap mereka membuang masa saya, dan mendekatkan saya kepada dosa, samaada dosa hati yang berprasangka, dosa mulut yang menyumpah dan mengumpat, atau dosa2 perbuatan~!

Hanya segelintir dari insan2 yang saya berurusan saya kekalkan untuk jangka masa panjang. Mereka ini saya anggap sebagai partners yang saya percayai untuk kepentingan bersama. And of course - setiap insan yang berurusan dengan saya juga mempunyai hak yang sama, untuk menilai saya. Semoga setiap urusan dunia kita menjadi bekal yang baik untuk urusan ahirat nanti, inshAAllah.




2 comments:

  1. Katil pun ada palsu...
    hmmm.....

    sebenar nya sekeling kita pun banyak yang palsu...But I tak la gigi palsu or rambut palsu..semua masih ori lagi..heheheh

    Selamat menerima menantu Pp dan isteri...
    saya dah ada 2 dah...I mean menantu..

    ReplyDelete
  2. Pp,
    Mereka akan mengaku apa sahaja asalkan itu yang customer mahu. Itu yang untung guna Bangla kerana kemudian towkey boleh kata'dia tak tahu'.

    ReplyDelete