Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Saturday, July 9, 2011

Adlil Hafiz dan Rosliza

Salah satu mercu tanda kebahagiaan hidup berkeluarga, apabila anak2 menjadi penyambung warisan, mereka berumah tangga dan memulakan pula keluarga mereka sendiri.

Sebagai seorang ayah, saya paling gembira hari ini dengan sempurnanya majlis menghantar tanda dan menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantu pertama.

Anak sulung kami, Adlil Hafiz dengan resminya menzahirkan hasrat mengambil Rosliza sebagai isteri.


Keluarga Rosliza menetap d Raub Pahang. Kami tiba d rumah bakal besan tepat jam dua petang seperti d janjikan.

Ketibaan kami d sambut mesra, dan terus d hidang makan tengah hari. Salah satu lauk paling special  ia lah rendang daging burung besar hasil pemburuan Tuan Jasmi, ayah kepada Rosliza. Alhamdullillah!



Dalam ucapan ringkas aku mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, kami dapat mengunjungi keluarga Rosliza, dan memulakan pertautan Silaratulrahim d antara kedua keluarga. Aku juga mendoakan ada jodoh mereka, dan kekal bahagia ke ahir hayat.

Sebagai ayah dan juga bagi pihak isteri, aku menyebut juga hasrat kami untuk mempermudahkan urusan duniawi agar matlamat anak2 untuk hidup bersama dapat d percepatkan demi menjaga kepentingan ugama dan keimanan kita semua dan terhindar dari fitnah dunia!


Syukur alhamdullillah, hasrat itu d sambut baik oleh pihak perempuan. Kami bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah dalam masa terdekat, dan upacara majlis perkahwinan meraikan mempelai akan d adakan bulan Disember nanti!

Semoga Adlil Hafiz dan Rosliza akan berbahagia!

Sent from my BlackBerry® wireless device from STC

3 comments:

  1. congrats pp & kak aishah.... alhamdulillah...!!!

    ReplyDelete
  2. Adlil Hafiz,
    Selamat Bertunang.

    ReplyDelete
  3. wow.. masa terdekat tu berapa dekat Pp? (ha ha.. kepoci)

    congratulations. tak boleh bayangkan macamana masa saya nanti.. ungkin menitiskan banyak air mata... emo.. :)

    ReplyDelete