Sudah lima hari Rosman terlantar di atas katil di dalam kamar SJ08, hospital swasta lima bintang itu. SJ08, ialah bilik ke-lapan untuk Sakit Jantung. Kesemuanya ada sepuloh bilik. Lagi dua kosong. Ke dua penghuni sudah pulang, tetapi bukan ke rumah masing2. Mereka pulang ke Rahmatullah. Seorang malam tadi selepas maghrib, dan se orang lagi awal pagi tadi.
Tidak sempat mereka menyambut Ramadan tahun ini!
Jam di dinding di hujung kaki menunjukkan jam 1 tengah hari. Waktu makan tengah hari, fikir Rosman. Begitu lah resamnya, dia terlupa hari itu untuk ke Mesjid menunaikan fardhu Jumaat. Sebaliknya waktu-waktu begini Rosman mengambil peluang bertemu Laily, kekasih gelapnya. Waktu rehat tengah hari yang panjang, memberi ruang untuk kedua mereka menyelinap ke studio apartment berhampiran Mid Valley. Studio apartment yang di sewa khas oleh Rosman untuk tujuan mereka memadu kasih haram. Rosman dan Laily, dua pasangan yang sudah berkahwin tetapi bukan suamii isteri. Suhaila isteri kepada pegawai pemasaran di syarikat kepunyaan Rosman. Seorang pegawai yang sering di hantar untuk mencari pelanggan di seberang laut!
Sejak lima hari terlantar, Laily hanya datang sekali menziarahnya. "Takutlah nanti ter serempak dengan bini awak tu!" Jawap Laily apabila Rosman bertanya kenapa dia tidak datang!
Isterinya Suraya, menggunakan setiap waktu terluang datang ke sisi suaminya.
"Tak perlu lah datang selalu sangat!" Kata Rosman, ada udang di sebalik batu!
"Kenapa pulak. Saya risau lah tengok abang ni. Nanti dah baik, berhenti lah merokok tu!" Jawap Suraya.
Setahu Suraya, satu2 nya tabiat buruk suaminya ialah merokok. Itu saja yang dia tahu. Jika lah dia tahu apa yang dia tidak tahu, mungkin masa itu juga dia pengsan!
"Bila kita mula berpuasa?" Tanya Rosman lagi, apabila Suraya mendiamkan diri memerhati skrin Holter
yang mempamirkan degup jantung di sisi katil.
"Mungkin Isnin!" jawap Suraya. Selama ini Rosman tidak pernah berpuasa, semoga dengan kejutan serangan jantung ini dia insaf, doa Suraya di dalam hati.
Suraya minta izin untuk pulang, kerana terpaksa memandukan anak lelaki mereka ke Mesjid untuk Solat Jumaat. Sudah begitu lazimnya tugas nya. Didikan ugama anak tunggal mereka, Imran, tidak di abaikan.
"Mama, kenapa abah tak solat?" Pernah Imran yang berusia tujuh tahun itu bertanya.
Terkedu Suraya mendengar pertanyaan itu. Pada malamnya, ketika mula melayari bahtera asmara, ketika Rosman membelai rambutnya, Suraya berbisik memberitahu Rosman mengenai pertanyaan Imran tadi. Terus bertukar mood romantik di kamar tidur mereka. Rosman bingkas, mengenakan kembali kain pelikat, dan keluar dari bilik. Suraya juga bangun, dan mencari baju tidur yang sudah tercampak ke lantai. Tergendala adegan asmara mereka gejala satu pertanyaan yang di tanya di salah masa dan di salah tempat.
Sejak itu, Suraya memainkan peranan sebagi pendidik ugama kepada anak mereka, tanpa lagi mengharapkan lagi sumbangan dari Rosman. Sudah berbuih mulut meminta, dan memujuk lebih baiklah biarkan saja dari asyek bergaduh kerana it! Begitulah mengadu Suraya kepada kawan rapatnya di pejabat.
Setelah Suraya meninggalkan nya, Rosman terus mencapai telefon bimbit dan mendial kan nombor Laily
"Sila tinggal pesan, I will call back as soon as I can!" Kata perakam suara dari telefon Laily.
Satu perasaan yang tidak pernah muncul sebelum ini datang mencuit hatinya. Cemburu dan prasangka.
Dia mula cemburukan Laily. Meragui di mana kekasih gelap nya itu berada? Dengan siapa?
Dia menalifon suami Laily.
"Shukri di sini!" Jawap Pegawai pemasaran itu.
"Shukri, ini Rosman. How are you? is every thing okey!"
"Yes, every thing okey Encik Rosman. Saya di Singapore bertemu client!" Kata Shukri.
"Bagus lah kalau begitu...see you when you come back then" Kata Rosman dan menutup telefon.
Rosman ingin bertanya mengenai Laily, tetapi terpaksa di batalkan niat itu. Tidak ada sebab untuk bertanya dengan tiba-tiba.
Perasaan cemburu dan prasangka terhadap Laily membuak2. Mungkin kah dia dengan lelaki lain? Memang itu lah yang di lakukan Laily setiap kali Shukri outstation, Laily mencari nya. Kali ini dia terlantar sakit, siapa pula sebagai pengganti?
Tidak pernah sekali pun dia merasa cemburu atau ber prasangka begitu terhadap Suraya.
Terasa sakit di dadanya. Nafas nya sesak. Dia menoleh ke arah skrin Holter. Degup jantungnya, turun naik tanpa rentak. Tercungap2 Rosman mencari nafas.
Wajah anaknya Imran menerpa di mata. Soalan yang pernah di bisikkan isterinya di satu malam dulu, "Kenapa abah tidak solat?" bergema!
Wajah Suraya yang sering bagai menyembunyikan perasaan di hati menjelma dengan tiba-tiba. Tangisan tanpa air mata seorang isteri yang cuba memahami suami dan bapa yang masih belum bersedia menjalankan tanggung jawap dengan sempurna walaupun berpangkat tinggi dan mampu mengendalikan syarikat besar.
Wajah Laily dan wajah Shukri datang serempak menari-nari di depan matanya. Semakin sesak nafas. Dadanya bagai di tindih, berat dan padat. Tiba-tiba siren berbunyi dan jururawat bertugas bergegas masuk. Beberapa saat kemudian datang pula Doktor pakar Sakit Jantung.
"Cardiac arrest!" Doktor terus memberi arahan kepada Jururawat, "Apply Electrical shock!"
----
Rosman mendengar suara isterinya membaca Al Quran di sisinya. Namun masih belum boleh membuka matanya. Kesan ubat yang di beri Doktor supaya dia tidor untuk menenangkan perasaan dan jantungnya masih berkuasa.
Rosman memerah segala tenaga untuk mengukir senyuman apabila dia dapat merasai tangan Suraya menggenggam tangannya.
Senyuman Rosman membuat Suraya berhenti membaca, dan tunduk untuk mengucup dahi suaminya.
"Saya sayang abang, bersyukur abang selamat" bisik Suraya.
Rosman tidak menjawap. Airmata bergenang di kelopak matanya. Bibirnya bergerak-gerak. Suraya mendekatkan pipinya ke mulut Rosman untuk mendengar apa yang ingin di katakan.
"Abang, minta maaf..." Bisik Rosman perlahan, sekali gus airmata meleleh ke pipinya.
Ketika itu juga Shukri memberi salam. Dia berhenti sejenak di pintu, seolah-olah meminta izin untuk masok.
Beberapa saat kemudian Shukri berjalan menghampiri Rosman, bos nya, yang juga kekasih gelap isterinya sendiri yang tidak di kenalinya selama ini.
"Assalamualaikum Tuan, alhamdullillah tuan selamat!" Kata Shukri.
"Dia masih belum cukup pulih lagi...tapi dia boleh dengar" Jawap Suraya. Kemudian menyambung, "Encik Shukri apa khabar, Laily juga apa khabar?"
"Saya sihat...alhamdullillah. Laily...ermmm...puan tak tahu ka?" Jawap Shukri.
"Tahu apa?" Tanya Suraya.
"Dia tu di tangkap basah dua malam lepas dengan Mamat Hitam dari Afrika !" Jawap Shukri, bernada marah.
Tiba-tiba siren berbunyi! Jururawat bergegas masok ke kamar SJ08. Dia meminta Suraya dan Shukri untuk keluar. Doktor menyusul beberapa saat kemudian.
Di luar kamar, Suraya memekup muka menangis di atas sofa di ruang menunggu. Shukri terus ke bawah mencari ruang menghisap rokok. Resah dan rasa bersalah kerana meninggikan suara tadi di sisi Rosman.
--
Doktor keluar dari kamar SJ08, sugul. Dia menghampiri Suraya, yang terus menangis teresak-esak.
"Sabar lah puan, Allah lebih menyayangi suami puan" Kata Doktor.
Suraya bangun dan berlari ke kamar SJ08. Di dalam dia terus memeluk sekujur tubuh Rosman.
"Saya maaf kan abang...saya maaf kan!" bisik nya berulang kali.
----
Tamat.
Moral of the story: What goes around comes around. Wanita yang berlaku jahat dengan kamu, akan terus berlaku jahat juga dengan orang lain. Isteri seperti Suraya sering tidak di sanjung kerana kurang 'excitement' tetapi terlebih excitement can kill too ~!
Inikah realiti kehidupan warga kota zaman kini? So apa ending cerita ni? Ada part 2 ke?
ReplyDelete~esum~
Selamat Bersahur , Abe Arippp
ReplyDeleteado sambungae' kor nie???
Cik / Puan Esum,
ReplyDeletesudah gaharu cendana pula...~! no part 2, cerita tamat~!
--
pB :-)
Terimakasih Da....dop tau demo ado baco blog kawae...:-) maghi pulop deh.
tak dop sambongae doh...
Like!
ReplyDelete