Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Sunday, July 31, 2011

Malam pertama~!


Malam ini malam pertama solat Jemaah Teraawih untuk tahun ini. Mesjid besar di ladang udang kami hanya satu pertiga penuh. Tidak ramai hadir ke Mesjid utama kerana besoknya hari kerja dan di ladang ini ada 17 Mussolah kesemuanya.

Aku di saf ke lima dari hadapan. Di sebelah kanan, seorang saudara dari Indonesia dan di sebelah kiri seorang dari India. Kelihatan wajah-wajah yang lazimnya aku hanya bertemu ketika waktu kerja, malam ini aku terharu bertemu mereka di dalam saf. Mereka kelihatan kemas dengan pekaian berseterika, sama ada berpelikat atau berseluar, atau berjubah lazim rakan2 dari negara Arab.

Imam Azman, seorang Hafiz, membaca Al Quran begitu merdu sekali suara, dan baik sekali lagu dan tajwid nya. Aku hampir terlupa membaca Al Fatihah kerana asyek mendengar bacaan beliau.

Selepas Terawih, aku bagaikan hilang punca seketika. Tercari kedai mamak, tiada! Tiba di bilik kediaman, aku ke dapur mencari buah melaka atau pun pengat pisang. Tiada!Aku di sedarkan dari lamunan dengan ketibaan Zuraimi, seorang sahabat senegara, "Pak Pin, ni kawae bawop icecream dan  susu Laban, kita morehhh~!"

Alhamdullillah, tersebut di dalam hati rasa keyukuran kerana mempunyai rakan2 yang sama2 berkelana. Kami berbual membuat perancangan untuk ke Mekah di dalam minggu ini, dengan harapan untuk berbuka puasa, dan solat terawih serta membuat ibadah Umrah. InshaAllah.

Tadi, isteri sempat bertanya, "Malam ini abang sahur makan apa?" Walaupun sudah membuat perancangan untuk bersahur dengan Mee segera Maggie, tidak sampai hati untuk memberitahu begitu.
Lantas, aku menjawap, "Sahur di kantin...belum tahu apa menu nya tahun ini!"
Semoga isteri yang berada jauh di Malaysia tidak lah terlalu risau memikirkan suaminya di sini.

Satu perkara penting untuk kami di Saudi ialah meminum air yang mencukupi di waktu malam. Suhu panas sekarang boleh mencapai 47 darjah Celsius di waktu siang. Air sangat penting...

Malam pertama, mesjid tidak penuh. Semoga semakin ramai jemaah pada malam-malam berikutnya. Bukan seperti kebiasaan di Malaysia, mesjid penuh pada minggu pertama, dan kedai kopi penuh pada minggu2 berikutnya.

2 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadhan Pp...Semoga Pp beroleh kesihatan yang baik dan diberi kemudahan sepanjang bersendirian di sana.....

    ReplyDelete