hadis dan sunnah, tidak kesempatan
menjadi pengajaran.
Nafsu perlumbaan mengaut
segala
mengisi perut
yang seharusnya damai
berpuasa!
berpuasa!
Aku terhenti di pintu Ramadan
malu dengan segala kelakuan
berpura-pura lah kita seangkatan
mendayu-dayu melaungkan azan
memanggil ke arah kejayaan
namun kita tewas dengan
nafsu makan
nafsu dahaga
atau
mungkin berlumba-lumba
dengan tamak, dan haloba
demi dunia!
atau
mungkin berlumba-lumba
dengan tamak, dan haloba
demi dunia!
Sekali pandang
Tadi, petang
bagaikan pesta
berduyun umat ke pasaraya
berkarung di pikul, di jinjing, di bawa
"Untuk apa?" aku bertanya
"Bekal berpuasa!" Jawap mereka.
Sejak bila pula di ajar Nabi
apabila berpuasa harus berpesta begini?
Bukan kah dengan tamar dan zamzam
begitu sunnah Nabi, sudah mencukupi!
Berpuasa itu menahan nafsu
berpuasa itu memahami saudaramu
yang kehidupan mungkin lara
ramai kelaparan dan dahaga!
Marilah kita berpuasa
bukan berpuas-puas
semoga mencapai kemenangan
terhapus dosa, meningkat keimanan!
terhapus dosa, meningkat keimanan!
(Jeddah - Ahad, 31 July)
Moga kita semua dapat saling mengingat diantara satu sama lain. Selamat menjalankan ibadah dibulan Ramadan AlMubarak.
ReplyDelete~Esum~
Kita sering laungkan TRANSFORMASI.
ReplyDeleteKita telah gahkan keseluruh buana ini TRANSFORMASI
Kita mahu sisipkan kesegenap sanubari insani TRANSFORMASI
Kita idamkan setiap denyut nadi hidup dengan TRANSFORMASI
NAMUN
Hati kerdil manakah yang mahu kita transformasikan
Daerah pembangunan manakah yang mahu kita transformasikan
Jiwa mulus manakah yang mahu kita transformasikan
Jalur kehidupan manakah yang mahu kita transformasikan.
KALAU BENAR KAU MAHU TEGAKKAN TRANSFORMASI
Di Ramadan ini kita semaikan benih transformasi
pada relung hati mu dan hati ku sendiri
Di Ramadan ini kita suburkan tunas transformasi
menjadi wadi subur pada sahara hati mu dan hati ku yang lama gersang
Di Ramadan ini kita mekarkan kuntum transformasi
yang berkudup pada taman sanubari kita yang berzaman layu dan suram
AYUH
Pada Ramadan ini mari kita transformasikan puasa awam yang sejak berzaman membelantara dipenjuru hati
agar menjadi puasa khusus yang lebih tinggi nilainya ditimbangan Illahi
Atau kita lonjakkan menjadi khususul khusus warisan para nabi.
Di Ramadan ini mari kita empangi nafsu yang meninggi agar mudah kita tunduk kepada tuntutan suci sunnah rasul Illahi
Di Ramadan ini mari kita gembirakan hati para mustadhafin dan jauhkan pembaziran mustakbirin
Marilah sama-sama kita suapkan sebutir kurma ke mulut insan yang serba tiada kerana telah lama benar kita sumbatkan tembolok kita dengan baryani dan pizza.
Sambarlah keberkatan Ramadan yang menjelma
Janganlah dibiarkan keberkatan berlalu sia-sia
nice picture
ReplyDeleteCik Esum :-) saya suka nama Esum ni...seperti nama gadis sunti dari desa...bersopan dan malu2 berbicara...ada kah Esum begitu? Ya...selamat berpuasa.
ReplyDelete--
Abang Ya...
terimakasih kerana memilih ruang di blog saya melakarkan kata2 bersemangant dan penuh bermakna...! Sebutir Korma, se gelas zam zam, mari lah...kita sama2 menghulur.
Kebetulan, baru saya menerima paggilan telefon dari ketua eksekutif syarikat...memberitahu supya memulakan kertas kerja untuk membuat kerja amal di negara Afrika, dengan menghidupkan industri pertanian, perikanan, untuk mereka. Ini kerja2 bukan untuk keuntungan dunia katanya, tetapi saham ahirat! Alhamdullillah....sudah kah kita tanam sayuran atau buahan atau menternak ayam khusus untuk di derma kepada yang kurang mampu di sekitar kita?
---
Jul :-)picture dari google. nanti saya bagi credit kepada tuan empunya.
Adik ku Pin , Bang Ya bersyukur kerana dipertemukan seorang adik yang memiliki fikrah murabbi. Sentiasa melangkah dan menapak menuju mardhotillah. Semoga Allah berkati seluruh hidup adik ku ini : Umurnya, jiwanya , familinya . keturunannya. hartanya dan amalnya sentiasa ditatang malaikat di bawah payung Rahmat Allah
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Pp
ReplyDeleteMohon izin singgah. Saya temui blog ini melalui blog Pak Zawi. Indahnya blog Pp!
Entri kali ini memang satu paparan yg amat wajar. Bulan Ramadhan & Syawal telah secara tradisinya menjadi bulan pesta orang-orang kita. Memang berasa terkilan di hati, apa lagi bila teringat ramainya sdra seagama menderita di mana-mana. Selamat menjalani ibadah puasa.
Bang Ya...:-) sungguh tinggi abang Ya letakkan saya...puji2an kepada Allah, MashaAllah!
ReplyDeleteAmeen kepada doa abang Ya...
sebaik2 pemberian untuk sahabat2 kita ialah doa yang di makbulkan!
--
Temuk, sungguh saya alu-alukan kehadiran Temuk.
saya sendiri berazam untuk makan dan minum ala kadar...supaya mendapat zat puasa...inshaallah.
Tuan pP, saya hanyalah seorang wanita yang masih tercari-cari realiti diri ini, kadang-kadang saya manis & malu seperti gadis pingitan, di lain masa, sayalah pengoda, sayalah inspirasi.
ReplyDelete~esum~
salam pak payne,
ReplyDeletesuch a beautiful and meaningful poem. I hope you wouldn't mind I'm sharing it with my FB friends. may Allah bless you n the family.
ryaha.