Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Wednesday, February 27, 2008

Sembang STAROBA'75!


"Bila kita sudah menjadi seorang datuk yang bercucu, kita pasti berubah" Kata kawan lama yang baru tadi aku hubungi.
"Berubah macam mana maksud mu" Tanya aku.

Terasa kembali mesra setelah mendengar suaranya. Walaupun sudah bertahun-tahun tidak bertemu atau berhubung, suara itu aku tetap akan mengenali walau di mana pun berada. Riang, tenang dan teratur.

"Kita lebih terasa kebesaran Allah!" Ringkas jawapnya dan dia diam seketika. Bagaikan menyebut nama Allah itu sendiri memberi kesan yang menakutkan kepadanya. Yang pasti, aku sendiri terdiam - memikirkan.
"Syukur, kamu sudah bercucu. Boleh ceritakan lagi maksudmu mengenai perubahan itu. Mungkinkah juga perubahan itu sebab kita bertambah usia - bukan kerana cucu sebenarnya?"
Inilah jadinya bila dua sahabat yang berpelajaran tinggi berbual, timbul berbagai kemungkinan. Sahabat aku itu berpangkat Ir. - Seorang jurutera professional. Aku pula walaupun hanya ijazah biasa, namun banyak juga terhimpun pengalaman dari perjalanan hidup merentasi benua dan usia.

"Mungkin juga. Namun pada aku, kita memberi perhatian dan tumpuan kepada cucu lebih dari kepada anak kita sewaktu usianya serupa dulu. Kita semakin berilmu - belajar dari kesilapan sendiri dan ingin memanafaatkan cucu kita melalui anak dan menantu" Suara sahabatku tenang memberi penjelasan dari pengalaman beliau sendiri. Salah satu sifatnya yang aku cukup hormati ialah kebolehan berhujah dengan tenang, tidak cepat melatah dan tidak pula membuat pihak lagi satu terasa seperti kebodohan. Tinggi budi bahasanya!

Di antara kawan-kawan sekolahku memang sudah ada belasan juga yang bercucu. Aku sendiri belum bertemu secara berdepan dengan seorang pun cucu mereka. Ingin juga rasanya untuk sama menimang cucu, walaupun sekadar cucu-cucu rakan-rakan seperjuangan. Mungkin keinginan sebenar aku ialah untuk bertemu semula kawan lama di zaman usia emas ini - kerana yang masih dalam ingatan aku mereka ialah remaja penuh kenakalan. Berubahkah mereka, dan apa pula pandangan mereka tentang aku?

Di STAR dulu aku boleh dikatakan sebagai seorang yang senang berkawan, baik dengan kumpulan ulat-buku dan juga dengan kumpulan ulat-bulu. Aku sendiri mungkin lebih cenderung kepada ulat-yang-kedua itu. Ada juga kawan2 aku yang memberi maklum balas yang aku belum berubah. Tersenyum aku memikirkan - kerana mana mungkin tidak berubah! Usia sudah melewati senja. Kata orang, dunia kata pergi - kubur kata mari. Kata aku, sudah peringkat daun-daun yang akan diganti dengan tunas-tunas baru.

"Ramai kah kamu bertemu kawan-kawan kita?" Aku bagaikan cemburu, kerana terasa terasing setelah lapan tahun merantau.
"Ada juga, semalam aku jumpa Prof Kimi" Rupanya dia juga tidak bertemu dengan ramai. Masa, yang paling mencemburui kita. teringat aku surah Al Asr, "Demi masa...".
"Jika mahu ke London nanti, transit lah di Dubai, boleh menjadi tetamu kami. Isteriku juga mengenali isterimu. Mereka juga dari satu sekolah dulu"

Aku bukan sahaja mempelawa ayam, tapi lebih kepada mendesak di dorong keinginan bertemu yang membuak.

"Kami terbang bersama anak dan menantu, dan pastinya bersama cucu. Tidak mungkin berpisah dalam perjalanan. Aku juga ingin sekali ke sana. Bila waktu yang sesuai?"

Jelas sekali bahawa cucunya mendapat prioriti di tampuk tertinggi! Aku tersenyum sendirian mendengar suara seorang datuk yang melalui perubahan didalam perjalanan kehidupan dengan penuh kesyukuran dan keimanan. Perasaan bangga juga ada - kerana aku mengenali dia!
Dan dari persepsi mata dan hatiku, dia seorang yang berjaya.....semoga terus mendapat kedamaian menongkah arus masa yang pastinya semakin laju setelah senja usia semakin menjelma. Di waktu inilah, kita saling memerlukan - untuk sama-sama menungkatkan jasad dengan bekal amalan, mengingati dan memberi erti - hidup ini sebenarnya untuk apa dan untuk siapa?

Salam untukmu, untuk isterimu dan untuk anak-anak dan cucumu!
Jika kau masih ragu-ragu,
aku memang rindu
saat dan ketika dulu-dulu....
di sebuah sekolah,
ada berbagai warna rumah
hitam, kuning, putih,biru, hijau dan merah.
Kita dari desa berbedza,
sama-sama belajar menjadi remaja kota,
tangisan dan berderai tawa - penuh suka,
ada sedikit duka - semuanya menjadikan kita, kita!
STAROBA.

16 comments:

  1. I agree...grandparents will always, ALWAYS manjakan the cucu. I guess maybe mengusik jiwa and naluri nostalgia masa their kids were small. Yang best nye kekadang mak bapak budak tu yang kena marah kalau ada yang tak kena di mata mereka :) You'll go through this yourself one day...Hint hint le kat Along tu ;P

    Dahsyat ye semangat alumni certain colleges like MCKK, STAR, TKC...I got few good friends too masa A-Levels but then with time and distance we've grown apart but I found new good friends here.

    Daun-daun kering memang diganti dengan tunas baru tapi daun kering itu lah yang akan membaja tunas itu membesar menjadi daun hijau.

    Masing-masing melalui jalan kehidupan tersendiri and semua ada pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Every good bit of experience is worth knowing.

    ReplyDelete
  2. Hmm.. abang Id dah buat dah..along cepat lah sikit along ooi.. ayah mu tu dah teringin..

    Kena panggil Uncle Id baliklah sebab perasaan menimang tu dah adakan..he he he. jangan marah ya gurau je.

    Seronok ya ikatan kawan tu masih kuat. Macam ayah jugaklah kuat betul group MCKK dia..

    Ummi tak gi boarding school..tak pandai sangat.. sekolah kampung je..uhuk uhuk..

    ReplyDelete
  3. hmm i think i know which ulat my pak anjang was haha.

    u are not doing too bad urself tentang "berubah" tu. u have definitely invented urself many times over and the latest "you" is thus far the best yet. jadik presiden kelab foto yang tak tidur. haha.

    ReplyDelete
  4. hu.. hu.. segala galanya terarah pada cucu. apa yang anak buat, dulu, pasti dimarahi. tapi kalau cucu buat perkara yang sama.. semua dipandang baik..

    kenapa la erk!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum warahmatullah,

    Berbicara tentang usia emas dan kehadiran si kecil yang memanggil “TokWan” mahupun “Neena” memberi satu kesan pada diri ini. Tiada irama semerdu sebutan yang keluar dari bibir mungil selain daripada panggilan itu. Saat cemas menunggu ketika lahirnya ia…. dan kemudiannya menerima berita gembira… Sudah pasti tidak mungkin akan dapat dilupakan..

    Kesibukan semasa usia muda dan menguruskan seribu satu pekara membuatkan kita sentiasa terkejar-kejar sehingga tidak sedar yang anak-anak sudah membesar dan kitapun telah beransur lanjut usia. Kehadiran satu lagi generasi membuatkan kita menyoal banyak perkara dan meletakkan nilai kepada kebahagiaan. Adakah kebahagian itu berupa harta yang berlimpah ruah? Pangkat dan kesenangan hidup yang dikejar selama ini? Atau apakah yang lebih utama? Kita akan kembali menganalisa diri..

    Kasih sayang adalah kurniaan Allah. Dan kita harus sentiasa berusaha dan berdoa supaya Allah sentiasa memelihara kasih sayang anugerahNya ini dan sentiasa bersyukur kepadaNya. Kasih sayang ini jugalah yang menambah tautkan hati kami berdua di usia senja...

    Begitulah juga kasih yang tertumpah pada saat pandangan pertama ke wajah suci itu. Sehingga tercetusnya ilham dan lahirnya novel pertama saya, yang namanya diabadikan pada tajuk karya itu, “Dafodil Untuk Insyirah”.

    Sama-sama kita doakan..

    “Ya Allah! Kurniakanlah kami pewaris yang terdiri daripada mereka yang berbakti dan menjadi pejuang agamaMu. Cucurilah kami akan nikmat berkasih sayang ini sehingga ke akhir hayat kami. Panjangkanlah umur kami dan berikanlah kesempatan bagi kami, rakan-rakan, sahabat-sahabat dan kaum Muslimin sekalian sehingga dapat terus merasai nikmat kurniaanMu ini di saki baki usia kami yang ada ini, Ya Allah…Amin Ya Rabbul Alamin..”

    Wasalam…

    ReplyDelete
  6. Cucu? tak tahu lah apa perasaan dapat cucu.. tapi yang pastinya memang excited kot. My parents dulu masa nak dapat cucu pertama (my daughter), tak habis habis call. Bila nak bersalin, berapa hari lagi. Bila dah bersalin, yang lebih tido dengan my daughter tu ialah atok dan nenek.. jadi ummi dia.. banyak rehat aje.. heheeee

    ReplyDelete
  7. Bab cucu hari ni.. dapat menantu pun dah gembira teramat sangat nikan pulak dapat cucu... I pun kalau ada rezeki dalam tahun ni jadi opah... tak sabar dah rasanya :)

    Dulu masa sekolah di Ipoh kalau ada majlis kat STAR ramai betul gang ulat-bulu yang 'sambut' kami.. memang 'berbulu 'kami.. hehehe.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Mengutip citer kawan2 ku yg dah bercucu... ada yang kata... tak boleh nak berenggang dgn cucu... dalam masa 2 atau 3 hari mesti nak tgk cucu,,, sayangkan cucu melebihi anak, kalau anak kita panjat belakang kita, kita akan marah, tapi kalau cucu panjat belakang kita... kita akan kata, panjat tinggi lagi... sikit pun tak marah...
    huhuhu.. tak ada pengalaman lagi pasal cucu...kita baru nak dapat menantu jer...
    Arif Bila nak bermenantu?? kalau dah menantu akan dpt la cucu dgn izin Tuhan... insyaalah... suruh Adie kawin cepat, jgn maree gurau...hihihi

    ReplyDelete
  9. k.d :-) kita lebih memahami bila kita masuk ke alam itu.
    dulu tak faham kenapa mak ayah selalu tegur itu ini....bila kita jadi parents, kita buat perkara yang sama.
    next phase is - grandparenting....hehehe. I hope I will live long enough to experience that.

    idham

    ReplyDelete
  10. oo..umie...ayah awak mckk ka? hebat tu...
    tawun berapa tu? umie pulak school mana?
    boarding school ka sekolah kampung ka...yang penting nya apa yang kita alami...saya dulu all boys school...so talk gheti nak berkawan dengan pompuan - so bila pompuan senyum jer terus jatuh cinta...sakit wooooo...

    idham

    ReplyDelete
  11. nazrah ....*oh ye ka?*

    -- hehehe-

    Idham

    ReplyDelete
  12. mummy rizq....:-) cucu, dapat amnesty dari grandparent....can do no wrong...hehehe

    -

    idham

    ReplyDelete
  13. umi kalthum....:-) syahdu nye doa itu...harus di amal selalu...tenkiu for sharing.
    I think, saat menerima cucu sudah tentu akan termasuk dalam senarai life's defining moments. Tapi sebelum melaluinya sendiri, agak susah untuk di bayangkan. Cuma rasanya sudah tentu akan menyentuh jiwa....melihat tunas tunas baru dari rumpun sama...
    Ermm, bila di ingatkan....cukup bersyukur dengan anak2 yang sihat2, dan berjaya di alam persekolahan mereka.

    Umi tahukan siapa yang saya maksud kan dalam entry ini. :-)
    salam saya kepada nya.

    pakpayne

    ReplyDelete
  14. neeza...:-) best kan dapat hadiahkan cucu kepada ibu dan ayah.
    alhamdullillah...

    -
    idham

    ReplyDelete
  15. silversarina...:P sekolah ipoh? yg mana satu? RPS ka? Takyah ka?
    hehehehe
    or jiran kami tu, sek raja chulan?
    woharrrr tahun ini jadi opah.....pasti di tunggu penuh debaran.

    :-)

    idham

    ReplyDelete
  16. umie...:-) eh bila tarih sambut menantu tu? time saya ada KL ka? best tu ....semestinya, bergaya ibu mertua...di samping menantu di sangka rakan kerja...maklumlah ibu mertua menten awet muda!!!

    syyy, along nak kerja dulu. so, no pressure and no hurry!

    arif.

    ReplyDelete