Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Wednesday, March 23, 2011

Bercakap pasal mati...

Kita tidak tahu bila kita akan mati!

Persoalan.
"Sekiranya kita tahu kita akan mati besok hari. Apakah yang akan kita lakukan dari sekarang hingga saat itu?"
"Siapa kah yang akan kita hubungi?"
>  Orang yang kita berhutang kah atau orang yang ada hutang dengan kita?
>  Kawan kita kah, atau mereka yang kita musuhi?

"Apa kah yang akan kita ucapkan kepada orang yang paling kita sayangi?"
> Mohon maaf kah, atau memaafkan?
> Mengucapkan kasih sayang dari hati kah, atau mengungkit kasih sayang yang tak pernah di rasai?

"Bagaimanakah kita menggunakan masa ?"
> Mengira wang dan harta kah, atau mengira pahala dan dosa?
> Memohon keampunan Allah kah, atau memohon Allah supaya panjangkan usia?
> Menyapu airmata kah, atau menyapu air untuk menyucikan anggota (dengan wuduk)?
> Menutup akaun FB kah atau meninggalkan kata-kata terahir di Wall FB kita?

"Bagaimana agaknya perasaan kita?"
> Menyesal?
> Takut?
> Bersyukur dan Redha?
> Atau.....?

Betul, kita tidak tahu bila kita akan mati.
Tetapi kita tahu, kita pasti mati!
Sesekali, elok lah juga jika kita mengingati tentang mati...
semoga sempat bertaubat!
Bukan 'mati' itu sendiri yang harus kita takuti...kerana mati itu pasti. Pernahkah kita merasa takut untuk bertemu 'Boss' di pejabat kerana kita telah membuat kesalahan atau tidak membuat apa yang sepatutnya di lakukan?
Kenapa, jarang benar kita merasai takut terhadap kemurkaan Allah, seksaan kubur, dan neraka jahannam?
Pernah kah, kita bersengkang mata untuk menggembirakan seseorang? 'Bos?', 'Kekasih?', 'Pelanggan?'
Kenapa pula terlalu jarang benar kita bersengkang mata untuk menggembirakan Allah?

Tanyalah....persoalan dari hati sendiri.
Dan carilah jawapan nya ketika masih boleh berdiri.


4 comments:

  1. Pp, kalau kita dah mati....mana kita tau siapa yang nak uruskan semua yang kita tinggalkan? Penat nak pikirkan...so, kepada yg kita tinggalkan, kita kata kat mereka "lu pikirlah sendiri..."

    Eh, jom makan rojak Mamak? Ada jual cendol sekali.... saya dok sorang2 dalam bilik pejabat yang sejuk ini tak de orang nak ajak makan...saya pulak ajak Pp...boleh?

    ReplyDelete
  2. Anonymous :-) saya teringin nak makan cendol dan rojak mamak...hhhehehe. tapi i don't go out with strangers...hehehe. Boleh kenalkan diri?

    ReplyDelete
  3. Pp, saya malu nak kenalkan diri saya. Kita minum cendol dan makan rojak mamak di alam siber je lah.... Sebab kita memang terpisah beribu batu... huhu.

    ReplyDelete
  4. Anon :-) it is ok. thank you for visiting my blog.

    ReplyDelete