Kadang2 ada mood. Kadang2 tak der mood. Jika ada mood, semua ok. Habis duit dalam kocek pun tak per dia belanja kawan2 yang dikenali dan sesiapa di meja sebelah yang tidak kenal. Jika tak der mood, mamak penebar roti canai pun kena laser dengan nya jika tersalah tebar~!
Orang lelaki jika terlalu moody - isk, susah! Kita nak berkawan dengan dia pun rasa seram sejuk. Kena sentiasa check temperature. Kalah nelayan nak ke laut - asyek kena check 'mood' dia. Nelayan ke laut pun tak ambil kesah sangat keadaan cuaca. Berkawan dengan orang moody ni, kena check sentiasa.
Apa lagi untuk menjadi kekasih atau ahli keluarga orang 'moody'. Boleh pening di buat nya. Dah elok anak2 dan isteri bersiap menunggu dalam kereta untuk dibawa makan2 di luar - boleh bertukar sekelip mata, hanya kerana tiba2 dia hilang mood. One sms, or one call, boleh membuat mood dia bertukar dari riang ria kepada mendung berguruh dalam sekelip mata. Dia tak peduli perasaan orang lain. Dia tau mood dia jer. Anak2 dan isteri di suruh keluar kereta - batalkan program! Tensen beb kena orang macam ni.
Orang perempuan juga ramai yang moody - terutama di ketika2 bulan mengambang! Kita kaum lelaki dah expect actually yang perempuan ni sensitive, dan boleh flip flop dengan mood mereka. So dah faham lah sikit sebanyak kerenah. Jika perempuan tak moody pun tak best - tak der color lah pulak personality dia kan. Bayangkan kehidupan rumah tangga - di mana isteri tak de mood marah, tak der mood membebel, dan tak der mood manja2. Mana best. Seperti minum air mineral jer kut. Hilang dahaga, tetapi tak der oompphhh. So, I am so very okey jika perempuan2 moody. Cuma biar bertempat lah kan. Maksud saya, jika di rumah waktu siang, lantak lah nak mood apa pun. Jika di luar rumah, harus lah tunjukkan mood yang baik2 jer....control vogue. Jika di bilik tidor waktu malam, jangan lah bawak mood membebel kan. Biarlah waktu tu di selubungi dengan mood manja-manja jer. Apa-apa pun memang suami yang perihatin dan berbakat boleh mencorakkan mood seorang isteri~!
Tuan2 dan puan2 pembaca, ada kah mengenali orang 'moody' seperti ini? Jika tak der - alhamdullillah, bersyukur. Jika ada - kena belajar saikologi 'how to handle moody people'.
Kalau diri sendiri yang 'moody' - then, kena lah ubah perangai tu. Cukup-cukup la tu. Kena peka dengan mood sendiri dan apa effect mood kita ke atas orang2 di sekeliling kita, terutama mereka yang di sayangi. Jangan lah selfish sangat. One rule in life no one should forget is, "We shouldn't punish others for our own choices~!"
Hahahaha.....org lelaki selalu kata org pompuan moody waktu bulan mengambang. Kalau nak tau, mood org pompuan selalunya jadi tak tentu hala disebabkan oleh org lelaki....walaupun waktu bulan kelam...tak caya, cuba tanya semua org pompuan....
ReplyDeleteAnon :-) saya setuju...hehehe.
ReplyDeleteSaya pun begitu...sebenarnya.
salam PP,
ReplyDeletetatau samada PP masih ingat saya ke tidak..hehe...saja nk tanya PP skrg di Dubai or saudi arabia??
best wishes,
Bibi
Salam Bibi...:-) wah dah berada di Kota London...sejak bila? hebat sekali begitu...belajar di sana until when?
ReplyDeleteBaby girl pun dan besar! Congrats...tak tahu pun dah ada anak.
ps: Leeds di mana sekarang? dia pun dah ada anak ka?
pss: ada FB, sila add me please.