Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Sunday, February 6, 2011

Di jangka 9000 Pelajar Malaysia dari Mesir akan di pindahkan ke Saudi!

Setakat hari ini, sudah 2000+ pelajar Malaysia dari Mesir sudah di pindahkan ke Jeddah Saudi Arabia, sebagai langkah penyelamatan oleh kerajaan Malaysia. Ada yang bujang dan ramai juga yang berkeluarga bersama anak2 kecil. Ada yang murung, ada juga yang bersemangat tinggi menceriakan suasana, menyembunyi perasaan di hati - keliru, redha, takut, pasrah bercampur aduk. Terlalu ramai yang datang sehelai sepinggang, tidak berwang.

Di Jeddah ada lebih kurang 800 Malaysians yang berdaftar dengan Consulate.

Alhamdullillah, pihak Consulate dan Tabung Haji, serta Malaysia Airline begitu prihatin bertungkus lumus tidak mengenal penat lelah demi anak bangsa, tanpa mengira parti politik apakah di dokong mereka!
Lebih membanggakan apabila sukarelawan, dan Kelab Malaysian Jeddah (KMJ), turut di barisan hadapan menyalurkan tenaga dan sumbangan material.

Di adakan bilik gerakan di kediaman penempatan sementara, dan jika ada ibu bapa saudara mara ingin hubungi, boleh telefon di number ini.

Bilik Operasi Kompleks Tabung Haji Madinatul Hujjaz, Jeddah, Saudi Arabia


Tel: 00 966 2630 16 38 atau  00 966 5671 55 710

Di beritakan, anggaran pelajar yang akan di pindahkan ke Jeddah akan menyentuh 9000 semuanya.


Persoalan :

Adakah pelajar-pelajar yang dibawa keluar dari Mesir yang berada di Arab Saudi sekarang layak menerima zakat atau tidak?

Jawapan :

1. Dari sudut situasi mereka :

Andai kita melihat kepada situasi mereka yang akan dibawa pulang ke Malaysia dan melakukan transit di Jeddah terlebih dahulu, kita dapati sebahagian besar daripada mereka langsung tidak ada persediaan untuk bermusafir pulang ke Malaysia.

Ini dapat dilihat kerana sebahagian daripada mereka ada yang datang sehelai sepinggang tanpa membawa bekalan kewangan atau pakaian yang cukup.

Ada juga daripada mereka yang bersiap untuk pulang ke Malaysia tetapi kerana terkandas di lapangan terbang Mesir beberapa hari menyebabkan duit poket habis digunakan untuk membeli makanan di lapangan terbang yang harganya melambung tinggi dan ditambah buruk lagi apabila duit tidak dapat diambil melalui mesin ATM.Akibatnya keadaan mereka juga terputus bekalan kewangan untuk pulang ke Malaysia.

2. Melihatkan situasi mereka sebegini adakah ada ruang untuk mereka menerima zakat daripada mereka yang berkemampuan?

Jawabnya YA!

Dalilnya diterangkan oleh Allah Ta'ala dalam surah at Taubah ayat 60:

ﭽ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰﮱ ﯓ ﯔ ﯕﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﭼ التوبة: ٦٠

Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan bekal) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (60)
Antara asnaf lapan atau mereka yang layak menerima zakat ialah lapan golongan, salah satu daripada lapan golongan ini yang disebutkan oleh Allah Ta'ala ialah Ibn Sabil (orang-orang musafir (yang keputusan bekal) dalam perjalanan).

3. Apakah pendapat ulama' dalam menafsirkan ibn Sabil dalam ayat di atas?

 Imam at Tabari dalam tafsirnya Jami' al Bayan menafsirkan Ibn Sabil orang yang bermusafir dari satu Negara ke Negara yang lain.

 Berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya Tafsir al Quran al Azim Ibn Sabil ialah Orang yang merantau dan tidak mempunyai bekalan untuk meneruskan perjalanannya,maka hendaklah diberi zakat dan sedekah kepadanya untuk sampai ke Negara yang berikutnya.

 Syeikh Qardhawi menyebut maksud Ibn Sabil dalam kitabnya Fiqh Zakat: Di sisi Jumhur Ulama, Ibn Sabil ialah orang bermusafir dari satu Negara ke satu Negara.

Dari Ibn Zaid katanya : 'Ibn Sabil ialah orang yang bermusafir sama ada kaya atau miskin, tiba-tiba dalam masa perjalanannya di timpa musibah sama ada kehilangan bekalan,rosak bekalan tersebut atau kehabisan bekalan yang dibawa, maka wajib mereka dibantu dengan zakat dan sedekah.
Kesimpulannya :

Jadi di sini bolehlah kita simpulkan daripada pendapat Ulama' bahawa zakat boleh diberikan kepada pelajar-pelajar Mesir yang berada di Jeddah untuk membantu dari segi kewangan mereka sehinggalah mereka selamat sampai di Malaysia sekali pun mereka tergolong dalam orang yang kaya di tanah air sendiri berdalilkan hadith Rasulullah SAW :

عن أبي سعيد الخدري، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تحل الصدقة لغني إلا لثلاثة: في سبيل الله، أو ابن السبيل، أو رجل كان له جار فتصدق عليه، فأهداها له

Maksudnya : Dari Abi Said al Khudri dari Nabi SAW bersabda : "Tidak halal sedekah(zakat) kepada orang kaya kecuali dalam tiga keadaan : Dalam jihad di jalan Allah atau Ibn Sabil atau seseorang (yang kaya) yang mempunyai jiran lalu ia bersedakah kepada jirannya kemudian jirannya memberi hadiah kepadanya."

Wallah hu aklam!

Latest: Kumpulan pertama 400 pelajar yang di pindahkan ke Jeddah sudah berlepas pulang ke tanah air.

Penghargaan kita kepada Kerajaan Saudi kerana memberi ruang dan bersedia menerima penindahan warga negara Malaysia ke negara ini.

2 comments:

  1. Tahniah kepada para sukarelawan...Mudah2an anda semua dirahmati. Tahniah kepada Pp juga kerana amat prihatin.

    ReplyDelete
  2. moga semuanya selamat.. kudos to all yang ikhlas membantu..

    ReplyDelete