Tripoli, Libya
Alhamdulillah saya n keluarga tiba di airport dubai mlm td . tgn sudah berhenti menggigil, tp hati ini masih terasa pilu..beribu2 org masih terdampar di airport Tripoli dlm kesejukan n kelaparan. Keluarga embassy, ranhill n ACM masih gagal mendapatkan flight utk mereka pulang. Dgrnya harini tidak ada plane luar dibenarkan mendarat di Libya.
Keadaan di Tripoli semakin buruk. Jet pejuang n helicopter tentera MG ada di ruang udara. Tentera ada di mana dan sesiapa yg dirasakan perlu utk ditembak mereka akan tembak begitu aje. Keadaan amat tidak selamat selepas asar. Ramai org awam telah bersenjata selepas mereka membakar balai2 polis di Tripoli. Yg amat membahayakan MG mempunyai askar upahan luar utk membunuh rakyatnya, kerana army Libya sudah tidak sanggup membunuh sesame sendiri. Bunyi tembakan kedengangan amat jelas dr medina Tripoli pd waktu malam.
Company tempat suami berkerja, berjaya mendapatkan tiket utk 66 pekerkanya di Tripoli pulang negara masing sehingga keadaan aman kembali melalui offnya di cairo. Amat sukar utk berhubung sesama sendiri..line tel down sejak beberapa hari yg lps. Hill mengarahkan pekerja2nya utk ke airport pagi semlm, 24 hours sebelum flight kerana takut xdpt masuk..ramai org yg terlepas flight kerana semua pintu masuk telah di block oleh ribuan manusia yg telah berkampung ntah sejak bila. Airport Tripoli telah tidak beroperasi, oleh itu tidak ramai pekerja yg ada. Nak sampai kea airport juga kami terpaksa berjalan jauh dgn beg2 kerana tiada kenderaan dibenarkan masuk. Semakin beransur ptg semakin ramai..sgt ramai...kebanyakan mereka adalah egyption, Turkish n Tunisia.. 4.2bil eyption ada di Libya...hampir menyamai jumlah rakyat Libya itu sendiri. Mereka tidak ada tiket n dtg ke airport menunggu flight dr negara masing2.
Saya n anak2 juga tidak dpt masuk kedlm...mencari kwn2 lain juga ntah di mana..nak tel pun xbole...kami duduk di tepi jln menunggu hari esok. Selepas jam 7 mlm cuaca semakin sejuk n kami mula menggigil. Saya xdpt nak membayangkan ketika itu bagaimana nak bermalam ditgh ribuan manusia yg setiap minit semakin ramai. Cuaca di Tripoli pd mlm hari masih below than 10’c. Alhamdulillah jam 8am ada seorang petugas airport ingin membantu kami masuk kedlm..punyalah terkial2 mengangkat beg2 n anak2 melalui blok manusia n beg2 yg terdampar siap utk tidur agaknya. seperti yg dijangka itu bukan khidmad percuma.. 200usd !! . Xpelah itu rezeki dia yg penting kami dpt masuk n dilm lebih selamat. Airport Tripoli jauh lebih kecil dr KLIA..ketika itu separuh ruang sudah dipenuhi org...dgn kepulan asap rokok berkepul2 di ruang udara. Org2 north Africa amat kuat merokok.
Terasa sungguh lambat masa berlalu mlm itu..mata sgt mengantuk tp mendengar kanak2 n bayi menangis di luar terasa sungguh sebak..bagaimana mereka kesejukan dlm hujan renyai2...mereka tidak ada tiket hanya menunggu kemungkinan yg tidak pasti...n mereka akan berada disitu terus menunggu bersama anak2 n beg2 yg byk. Tidak ada restoran utk mkn n kemudahan toilet yg teruk. Saya wuduk disebelah najis2 yg berserakan...jam 6 pagi sudah tidak ada ruang utk bergerak...payahnya nak check in..berhimpit2..anak2 saya ntah berapa kali terkepit ditgh2 beg...keadaan tolak menolak amat mendebarkan.
Hampir 3 jam check-in..terasa sungguh lega..perut dah berkeroncong dr semlm xmkn. Kena tunggu lama plak baru gate bukak..xsabar nak bfast dlm plane..selepas dpt duduk terasa syukur tp terbayang2 wajah2 penuh harapan ribuan yg masih di luar. Hampir 2 jam baru flight...n terkebil2 bila dimaklumkan xde mknan dlm our flight..agaknya sbb airportpun dah tutup..5 jam Tripoli to dubai. Mkn angin ajelah...Selagi xkeluar dr ruang udara Libya terasa seram aje memandangkan ada jet pejuang di mana2....mendarat di dubai jam 8mlm.. kerana delay punyalah lama di Tripoli so we miss our flight to KL.
Mlm td tidur plak kat airport dubai..masih menunggu urusan tiket..jgnlah kena tidur disini lg mlm ni..kami diberikan lounge n mkn sepanjang di sini oleh afriqiyah airlines..pertama kali saya tidak gembira utk pulang ke mal..tidak terbayang goreng pisang yg menunggu seperti sebelum ini.. asyik terfikir bagaimana jutaan manusia termasuk 100++ rakyat mal termasuk org2 kedutaan yg masih tidak tahu bagaimana utk menghubungi mereka.
Mlm td tidur plak kat airport dubai..masih menunggu urusan tiket..jgnlah kena tidur disini lg mlm ni..kami diberikan lounge n mkn sepanjang di sini oleh afriqiyah airlines..pertama kali saya tidak gembira utk pulang ke mal..tidak terbayang goreng pisang yg menunggu seperti sebelum ini.. asyik terfikir bagaimana jutaan manusia termasuk 100++ rakyat mal termasuk org2 kedutaan yg masih tidak tahu bagaimana utk menghubungi mereka.
Setakat hari ini rusuhan sudah mengorbankan lebih 1000 org..terasa sungguh letih setelah 2 hari tidak tidur..tp itu semua amat kecil berbanding kesukaran org lain yg masih tiada harapan utk keluar..seluruh warga Libya yg berdepan dgn peperangan berdarah..semoga Allah memberikan kemudahan n pengakhiran yg baik utk semua yg berlaku ini...terima kasih kpd kawan2 yg mendokan keselamatan kami..saya masih di airport dubai bersama seorang rakan yg hampir bersalin bila2 masa...
(Tuan punya blog mendoakan penulis, Puan Mawar dan keluarga supaya selamat dan di lindungi Allah. Terimakasih kerana berkongsi pengalaman ini. Marilah kita sama2 berdoa agar Muslimin dan Muslimah di Libya selamat dari malapetaka manusia puaka ini. Ya Allah, makbulkanlah setiap doa dari pembaca blog ini...ameeeennnnn!)
(Tuan punya blog mendoakan penulis, Puan Mawar dan keluarga supaya selamat dan di lindungi Allah. Terimakasih kerana berkongsi pengalaman ini. Marilah kita sama2 berdoa agar Muslimin dan Muslimah di Libya selamat dari malapetaka manusia puaka ini. Ya Allah, makbulkanlah setiap doa dari pembaca blog ini...ameeeennnnn!)
ameen!
ReplyDeleteAmeen..
ReplyDelete