Pre amble:
In the summer of 2007, I was made redundant by Unilever Middle East. The entry below was written after my last board meeting as the one of the Directors of the company.
Hari ini ada board meeting. Sepatutnya selesai semua agenda jam 6 petang tapi berlarutan hingga 10 malam. Meeting tadi merupakan kali terahir aku hadir sebagai seorang direktor syarikat. Mulai Julai pengganti aku akan mengambil alih dan aku akan bersamanya sehingga ahir Julai untuk urusan penyerahan tugas.
Bercampur aduk perasaan tadi semasa menyuarat berjalan. Ada rasa sedih kerana aku tidak lagi akan bergelar pengarah syarikat ini. Ada juga rasa bangga kerana banyak juga legasi yang aku akan tinggalkan. Dalam perjalanan pulang, satu perasaan bebas datang mencuit hati ku. Satu perasaan yang aku sendiri kurang mengerti.
Adakah aku sendiri merasai yang aku sudah bersedia untuk berhenti.
Adakah aku sudah bosan dengan dengan cabaran kerja di firma antarabangsa yang padat dan jadual traveling yang begitu memaksa.
Aku rasakan kebebasan yang aku rasai itu satu anugerah Tuhan untuk menghibur hati aku supaya tidak gundah dengan satu perjalanan yang berahir - kerana satu perjalanan yang baru akan bermula.
Kita tidak mengetahui apa yang tertulis untuk kita - yang kita mampu lakukan ialah berdoa untuk yang terbaik untuk diri, keluarga dan ugama kita. Selepas itu, kita berusaha dan berserah.
Malam ini aku berbisik kepada isteri tersayang, " I wish penghujung Julai datang segera...tak sabar rasanya untuk pulang bercuti ke Malaysia".
She smiled......and I know dia juga tertunggu-tunggu!.
No comments:
Post a Comment