Untuk anakanda Angah dan Along yang jauh di mata namun sentiasa di hati.
Jika ada rezki dan panjang usia.....ayahanda, bonda dan adik2 akan pulang bercuti di malaysia di bulan ogos ini. InsyAAllah.
Sekarang pun di sini sungguh panas. Tadi sebagai contohnya suhu menjangkau 40 degree Celcius.
Jika ada rezki.....ayahanda akan bermula dengan tugas baru di syarikat baru bermula September nanti. Perbincangan dengan 'boss' baru telah masuk ke peringkat ke tiga....dan menggalakkan.
Ini berita gembira untuk kita sekeluarga - Alhamdullillah. Ayahanda berharap anakanda2 semua akan sentiasa bersembahyang dan mengingati tanggung jawap kita sebagai Muslimin dan Muslimat. Bersyukur lah bersama bonda dan ayahanda di atas rahmat dan rezki yang telah di kurniakan kepada kita - dengan kesihatan, kebahgiaan, kejayaan, dan keimanan.
Buat dua hari lepas bonda dan ayahanda telah berusaha mencari sebuah rumah yang sesuai untuk kita sekeluarga. Dan jika ada rezki, bulan Ogos nanti kita akan memasuki rumah baru di sini.
Ayahanda tahu Angah merasai dukacita dengan prestasi peperiksaan tadi - tapi, jangan risaukan sangat apa yang telah berlaku. Tumpukan kepada papers yang akan Angah hadapi besok dan seterusnya. InsyAAllah bonda dan ayahanda sentiasa mendoakan kejayaan Angah.
Ayahanda juga tahu Along sekarang sedang berusaha dan menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya. Ayahanda dan bonda juga sentiasa mendoakan kejayaan Along. InsyAAllah, kita hanya berusaha dan harus redha dengan apa yang telah di aturkan. Jika ada rezki....adalah!
Kami semua di sini sentiasa mengingati Angah dan Along. Achik pun dah naik badan sikit sejak bercuti di sini dalam sebulan ni...hehehe.
Ayahanda sudahi dengan pesan dan doa!
Hingga kini, kita telah di rahmati dengan rezki oleh Allah. Harus kita bersyukur....Alhamdullillah!
wassalam.
Salam, thanks for checking out my pages, Jarang org masuk blog ke-2 saya tu....dia org lepak kat ruang tamu je..:p
ReplyDeleteSaya tgok gambar² ni....saya rindu hijau!
Bro
ReplyDeleteHome is where the heart is...
Aduhs...sedey baca nih. Tetiba rindu mak abah kat kg plak *amek tissue
Hi Idham,
ReplyDeleteCongrats. What a lovely house. Insy one day ada rezki, I dapat visit you and Lil.
You coming back Aug? Yayyy...call ok. Meantime I doa kan semua ok, insy.
Alhamdulillah you dah decide nak pilih tinggal di Dubai.. bermastautin ?? Bagus tu ,kalau lalu-lalu bolehlah transit kat your place.....tapi rasanya dah jarang lalu kat sini nanti.... hehehe.
ReplyDeleteVery good news indeed!! Syukran ... syukran.
ReplyDeletePelik tengok rumah2 kat sana with the flat roofs, but I suppose that is a necessity there. Architecture adapted to local conditions.
Semoga Lil seronok mengdecorate rumah baru nanti. Id jadi tukang keluarkan duit aje ke?
very beautiful house. Can actually feel the warmth already....from the house and weather. Does the car comes with the house? :)
ReplyDeleteAMIN.. Semoga doa abg Id & kak Lil termakbul.
ReplyDeletePelik la tengok umah bumbung leper nie!
Insya Allah ada rezeki uncle, auntie n kids untuk bermastautin di sana...
ReplyDeleteayahanda Idham punya surat mengingatkan anakanda babe pada ayahandanya
ReplyDeleterezki
kebahgiaan
sehat
classic sungguh spelling tu hehehe
and beautiful house! amazing architecture!
Alahai kekanda, syukur kehadrat Allah atas kurniaan yang tak terperi pada kekanda sekeluarga. Adinda di sini doakan semua nya berjalan lancar dan kekanda akan selamat memulakan tugas ditempat yang baru, insyaallah.
ReplyDeleteSalam untuk kekanda LiL serta anakanda kekanda semua..
Psst...best jugak eh..tulis cam ni..
dubai? kewlll ness!
ReplyDeletesemoge lancar segalenye pakcik!
hai Jie....:)
ReplyDeletekan kan...saya juga rindukan hijau dan hujan!
eh itu gambar cute cute tu ..gambar awak ka? ;)
idham
fayrahim....*abg id tambah lagi tisuu...*
ReplyDeletelawa kenin! dan mata jugak...
idham
ruby...:)
ReplyDeleteu hv an open invitation from me and LiL....anytime!!
yea..will be calling u nanti...kita dating lagi di klcc...hehehe...
idham
rina...and u too have an open invitation...pls singgah singgah la ye nanti...:)
ReplyDeleteeh kenapa pulak dah kurang lalu sini?
dah nak pulang ke malaysia ka?
idham
hai queen....:)
ReplyDeletemula2 kami tiba ke sini pun memang terasa ganjil rumah tak de bumbung....hehehe tapi setelah menetap di sini dan hujan turun hanya sekali setahun...baru lah faham...betapa rumah dengan dinding dan bumbung konkrit tebal melindungi dari bahang panas padang pasir...:)
idham
hehehe....minah C...
ReplyDeleteunfortunately no..the car does not come with the house.. but yes, the house will soon be our home, our haven!
iNSyAAllah....
idham
mummy rizq...:) pelik kan....
ReplyDeletebumbung jer leper tau....hidung depa semua mancung2...hehehe
:)
idham
babe....ayahanda idham sudah baca blog anakanda babe...hehehe...cute!!
ReplyDeletekeep writing....
idham
zuha...:) insyAAllah...
ReplyDeletebukan jauh sgt pun...6 jam jer to malaysia...:)
idham
wahai adenda norabella.....semoga denda sekeluarga sehat walafiat selalu hendaknya...
ReplyDeletejika ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
jika ada masa terluang
datang la ...ke rumah kami!
:)
idham
hai jengae...
ReplyDeletehehehehe
cute sungguh cara dia calling calling me 'pakcik' itew...hehehe
lalu anak teruna ku pun bertanya...."ayah ada ka kontek number si jengae itew"
ayah menjawap ..."belum ader...tapi jika anakku teringin, akan ayah ushar kan..."
hehehehe
apa jawapan jengae agaknya?
:)
pakcik .
cantik laaaa rumah abg id..
ReplyDeletehuge....uwaaaaa best!!!
:D
semoga Allah terus memurahkan rezeki abg id sekeluarga. Amin
A house to be called home. Strange architecture (due to not exposed myself to that part of the hemisphere) but nice.
ReplyDeleteCongrats on the latest development you have. Kalau dah benih baik tu ke mana jatuhnya pun tetap menjadi. Jatuh ke laut menjadi pulau. Jatuh ke darat menjadi gunung. Talking about gunung, I am a great admirer of gunung (Do I finish the sentence open-ended?)
Abg Id... alhamdulillahirobbil 'alamin...syukur...Allah memudahkan urusan abg Id dan melapang jalan rezeki abg Id dan Kak LiL... (gembiranya hati mendengar berita baik ini). Semoga abg Id lebih mendapat keberkatan dan sentiasa dirahmati Ilahi...Amin.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteya Allah..moga terus murahkan rezeki bro. Id sekeluarga..
alahai, kalau saya kat tempat along n angah, mesti jeles sbb tak dpt duduk dekat2 ngan ayah bonda. tp itulah pengorbanan dlm pencarian ilmukan..
selamat berpindah ke dubai dna mulakan kehidupan baru. sukalah tgk rumah tu..pandai kak lil n bro. id pilih..kosong lagi ke or dah mmg fully furnished?
kiranya bro. id ni kerja ngan malaysian company yg ada projek kat dubai or mmg kerja ngan syarikat asing? saya terfikir satu, mesti ebrabuk b.arab bro. id ni
leeds....:) tq dan ameeeennnn jugak.
ReplyDeletehappy to see u back to action....
dah selesai ka jalan2 bulan madu? *wink*
abg id
GaB...u r invited anytime...!! at ur leisure bro...:)
ReplyDeleteand yes, ayat gunung tu ayat "Tergantung" hehehee...
idham
hai raden galoh...:)
ReplyDeletetenkiu for ur prayers and greetings...ameeennn...doa seorang mukmin yang ihlas selalu di terima Allah , insyAAllah.
idham
kaklong....:)
ReplyDeleterumah tu dah siap sepenuhnya...tapi kosong kecuali dapur la dah ada kabinet nye semua....
hehehe....actually my arabic is very very sikit sikit...takat tahu ahlan wassalahlan jer...
:)
idham