Gambar2 dari lensa Din.di sini
Assalamualaikum wbt...
Dengan sempurnanya Bazaar Ramadan ke 3 pada hari Jumaat 19/09, berahirlah siri Bazaar Ramadan tahun ini di Dubai. Untuk tiga minggu, Malaysians di UAE sempat merasai satu suasana perkampungan warga Malaysian di rantau ini ; membeli juadah dan bertemu rakan2 dalam suasana Muhibbah dan persaudaraan.
Bagi pihak penganjur, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pengusaha2 gerai dari minggu pertama hingga minggu penamat semalam. Saya tahu anda berbuat demikian bukan di dorong untuk mencari keuntungan sebaliknya lebih kepada niat untuk menyumbang kepada warga Malaysian dan memeriahkan suasana. Thank You!!
Kepada pengunjung2 semua - tanpa sokongan anda Bazaar Ramadan yang kita sedia kan tidak bermakna. Saya tahu anda membeli tanpa mengira sangat tentang harga. Semuanya di lakukan atas semangat setia kawan. Terimakasih dari kami!!!
Tuan Consul General di Dubai, Tuan Syed Mohd Hasrin, memainkan peranan penting dengan galakan, sokongan dan kesudian beliau mengizinkan premis kediaman sebagai tapak Bazaar. Bagi pihak seluruh warga Malaysian di UAE, saya mengucapkan jutaan terimakasih! !!
Tak lupa juga kepada jurukamera2 sukarela, yang setiap minggu tidak pernah jemu berkongsikan gambar2 yang diambil. Gambar2 rakaman suasana telah memeriahkan lagi dan memberi promosi yang baik. Saya mengucapkan terimakasih juga kepada sdr Muin dari BERNAMA kerana membuat liputan Bazaar Ramadan ini.
Penyediaan kemudahan membayar zakat fitrah di lokasi Bazaar semalam mendapat sambutan baik. Kutipan melebihi AED7000.00 telah berjaya di kumpulkan, bermakna ramai di antara kita telah menunaikan satu lagi fardu yang di tuntut!!
Alhamdullilllah.Untuk makluman, Solat Raya anjuran pihak Consul General akan di adakan di foyer MATRADE pada jam 8.30am. Juadah tidak di sediakan.... tetapi jika ada yang ingin membawa sendiri, itu di alu2kan. Kepada yang belum kesempatan membayar zakat fitrah masih boleh melakukannya di hari tersebut sebelum solat Raya bermula.Rumah terbuka di kediaman rasmi Tuan Consul General akan di adakan selepas minggu pertama. Tarikh sebenar akan di maklumkan melalui ruang ini bila di ketahui.
Kesempatan ini juga saya sebagai penganjur, memohon ampun maaf jika ada salah silap terkasar bahasa dan apa jua bentuk kekurangan dalam usaha saya ini.Di lain waktu, di lain majlis kita berjumpa lagi, InsyAAllah.
wassalam,
pakpayne. 050 4570447
pp,
ReplyDeletetima kasih pp n yg lain2..tuan CG. sblm nie jadi penjual.. tapi bila jadi pembeli feeling dia tu..lainlah. saya rasa dekat 100++ jugak yg habis. tapi money doesnt matter yg pentingnya dpt makan:)
pp,
ReplyDeletetima kasih pp n yg lain2..tuan CG. sblm nie jadi penjual.. tapi bila jadi pembeli feeling dia tu..lainlah. saya rasa dekat 100++ jugak yg habis. tapi money doesnt matter yg pentingnya dpt makan:)