Malam tadi aku kesempatan berbuka puasa di rumah Hj Fendi di Ajman. Meriah majlis berbuka dengan layanan mesra Fendi sekeluarga. Ramai rakan2 hadir sama, pertemuan pertama setelah perpisahan sementara musim cuti baru2 ini. Aku rasakan seperti a re-union of family members - terubat kerinduan kepada teman2 yang telah pun aku anggap saudara sendiri.
Kami solat berjemaah Isya dan seterusnya Terawih yang di Imamkan olih saudara Yusree. Di atas permintaan tuan rumah, sdr Yusree telah memberi Tazkirah ringkas ....Inti patinya aku ingin catitkan di sini, untuk renungan aku dan keluarga dan juga pembaca blog ini.
Sebelum terlupa, aku mengucapkan terimakasih kepada Hj Fendi sekeluarga sebagai tuan rumah kerana memberi peluang kami mengeratkan talian persaudaraan, dan terimakasih kepada Yusree di atas kata2 mutiara!
.
Telah bercerita sahabat Rasullullah(pbuh), pada suatu hari di bulan Ramadhan ketika Rasullullah menaiki tiga anak tangga mimbar untuk menyampaikan Khutbah Jumaat - telah di dengari Rasullullah (pbuh) berkata "Aminnnnnn" pada setiap anak tangga! Maka setelah tamat Solat jumaat, sahabat bertanya, "Ya Rasullullah, kenapakah telah kamu berkata Aminnn sebentar tadi?" Jawapan Rasullullah (pbuh) haruslah menjadi peringatan kepada kita bersama....
Kata Rasullullah(saw)......
1. Sewaktu aku memijak anak tangga pertama, telah berkata Malaikat kepada ku, "Cilaka lah mereka umat mu yang apabila mereka bertemu ibu bapa mereka tetapi tidak menggembirakan hati ibu dan bapa mereka itu!"
Aku ......katakan, "Aminnnnnnn"
2. Ketika aku memijak anak tangga kedua, telah berkata pula Malaikat, "Cilakalah umat mu yang apabila mereka mendengar nama mu, mereka tidak berkata 'Peace be Upon him!' / Sallallahu Alaihi Wassallam".
Aku katakan, "Amiinnnnnnn".
3. Ketika aku menaiki anak tangga ketiga, teah berkata Malaikat, "Cilaka lah umat mu Muhammad apabila mereka berada di dalam bulan Ramadhan....mereka tidak beribadat untuk melepaskan dari api Neraka!"
Dan aku katakan....."Amiiiinnnn"
- Wallah Hu Aklam!
.
Aku terfikir sejenak merenungi ketiga2 perkara di atas.
a. Bagaimana pula aku...sebagai seorang bapa yang mungkin ada masanya terasa dukacita atau kecil hati ku dengan perbuatan atau perkataan anak2 ku! Inginkah aku melihat anak ku di dalam kerugian?? Bagaimana kah agaknya harus aku perbaiki hati ku ini supaya sentiasa gembira dengan anak2 ku?
.
b. sombong nya aku setiap kali aku tidak menyahut nama Rasullullah dengan ucapan Peace be upon him, or Sallallahu Alaihi Wassalam.
.
c. Bagaimana kah aku memanafaatkan Bulan yang mulia dan Berkat ini?
.
Mahukah anak2 aku mengetahui bagaimana untuk menggembirakan hati aku? Ini soalan bonus....jawapannya terlalu luas dan terpulang juga kepada keadaan dan masa.
Tapi, yang pasti - aku gembira bila anak2 aku sempurna mengerjakan solat lima waktu, bersungguh2 dalam membuat sesuatu termasuk dalam belajar, dan sentiasa berbaik2 dan penuh kasih sayang di antara mereka dan sanak keluarga.
Tak susah kan!!!
Dear Pendita..thanks for the link to the mstar news! yes, bazaar ramadan di sini semalam sungguh meriah...
ReplyDeletepakpayne
Salam PP,
ReplyDeleteSatu usaha yang sungguh bermakna. PP ada berjualan juga ke?
Bagi ibu/bapa pula, jika anak2 telah patuh sepenuhnya kepada perintah Allah s.w.t, bagi saya itu sungguh membahagiakan. Anak2 begini sudah tentu pula akan dapat menggembirakan ibu/bapanya dalam hal yang lain pula. InsyaAllah.
Selamat berpuasa.
moga2 kita dan anak2 kita tidak termasuk dalam golongan yang 3 itu kan...Amiinnn...
ReplyDeletezabs...:-) saya pun berfikir begitu...
ReplyDelete--
maklang :-)
aminnnnnn.
-
Pp