Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Sunday, April 13, 2008

Satu pagi membeli tanah !!!

>>New update 'Education - teach them wisdom' HERE<<
.....
Pagi tadi aku telah ke pejabat salah satu property developer terulung di Dubai untuk menyelesaikan satu kes pembelian hartanah bagi pihak syarikat. Sewaktu di sana tuan punya syarikat aku telah menalifon, "Since you are there, can you go find out from their Sales office for any land we can buy to develop". Begitulah lebih kurang bos aku yang berbangsa Arab itu memberi mandat baru supaya aku membelikan tanah pula sebagai pelaburan.

Jadi setelah selesai urusan pertama tadi, aku terus ke tingkat 8 (siapa yang biasa dengan syarikat hartanah ini akan tahu yang Sales officenya terletak di tingkat 8, Menara 1).
Aku terus ke receptionist yang sungguh jelita keturunan Lebanese agaknya, "I need to see a Sales representative" Kata aku.
She politely asked me sit while she called one of the Sales Managers.

Seorang berbangsa Arab juga, agak aku dari negara Mesir datang - melihat aku dengan sebelah mata dan bertanya kepada Receptionist siapa tadi yang ingin bertemu. The pretty girl tersenyum ke arah aku, sambil memberitahu tuan pengurus bahwa aku lah orangnya.
"Oh, what can I do for you?" Kata sang pengurus jual. Mungkinkah dia fikirkan aku seorang pemandu menuggu bo aku!
"I am looking for land to buy" Jawap aku. Dalam hati aku tercuit-cuit juga melihat sang juru jual berbangsa arab itu terkejut! Mungkin dalam hati dia pula berkata, betulkah mamat ni nak beli hartanah .....mungkin mamat ni di suruh pergi beli tanah untuk berkebun kut!
Aku agak itulah yang di fikirkannya sebab riak mukanya bagaikan tidak percaya. Nada suaranya pun layan tak layan jer. Sememang aku tidak memakai neck-tie jadi tidak sesegak dia lah pagi tadi tu. Tapi aku berbaju kut! Ah....baju kut aku tidak dari jenama terkenal rupanya.
Dia meminta, "Can I have your business card please".
Lalu aku hulurkan. Job title aku di bisness card tu kira okey la jugak.

Setelah melihat business card dia berkata, " Are you from Turkey?" Ah, rupanya nama bapa aku tu seakan nama orang Turkey.

"No, I am Malaysian" Kata aku, yang sudah mula seronok pula melihat reaksi si juru jual yang terkeliru. Maklum lah hartanah di sini di jual dengan harga minima pun aed100mil untuk project development. Lain lah jika tanah untuk berkebun, aed80 pun sudah dapat sekampit. Manalah dia nak percaya ada mamat sesat datang nak labur sebanyak itu. Dah la tu, tidak pula bawa briefcase atau pakai kut Am*rni.

Di pendekkan cerita, dia memberitahu tanah tidak ada untuk dijual. Katanya lagi, kalau nak beli condo atau villa banyaklah. Aku kata, itu pun boleh juga untuk aku consider secara peribadi. Urusan syarikat aku hanya berminat untuk membeli tanah jer!
"What price range are you looking for?" Dia bertanya, masih nada sinis. Gedebe aku pun datang. Oghe Kelate la katakan....pantang terasa di cabar...hehehe....mesti nak mainkan balek.
"I am looking for a penthouse - with private swimming pool and preferably with a heli-pad as well. Oh I am only interested in one with seven bedrooms and with ocean view and view of Burj Dubai."
Dia terus ajak aku masuk ke pajabatnya dan siap panggil office boy dia untuk sediakan aku minuman. Aku refused the offer for tea, "I have another appointment actually to view an office tower in Business Bay". Sebenarnya, aku tak nak lama-lama takut kantoi! Nanti cara minum teh pun salah....tak nampak macam orang yang ada milion-milion.....manalah aku tahu macam mana orang yang ada milion-milion tu minum teh!!

Teruja juru jual tadi. Dia membuka file - dan mencari brochure penthouse. Terjojol biji mata aku melihat harganya!! hehehe. Alahaiiiiii, sungguh menawan. Siap dengan perabut. Katanya , hanya satu yang tinggal. Itu pun sebab ada cancellation dari pembeli Rusia.
"This is exactly what I am looking for!" Kata aku, sebelum menyambung, "When can I view!"
Dia kaget, dan menjawap "Errr this will be ready end of 2010".
"I want one ready to move in. In that case, I better get going" Kata aku sambil berdiri.

Si juru jual menemani aku hingga ke pintu lift.
"Sir, Thank you for coming. I will let you know if there is land for sale soon".

Amboiii, tiba-tiba pula dia panggil aku, "Sir!"

Setelah berada di dalam kereta aku called isteri. Kami gelak sakan!

27 comments:

  1. Tersenyum juga bila baca..nasib baik dia cakap siap in 2010..boleh gak beli alasan..padan muka orang tu.
    Itulah sikap buruk manusia yang memilih manusia untuk dilayan..dan hanya judge di luaran saja...Ingat kisah Rasulullah (saw) yang ditegur Allah kerana tidak melayan seorang yang buta datang bertemunya.(surah Abasa)..sedangkan nilai yang ditetapkan Allah ialah Taqwa..

    ReplyDelete
  2. hmm... diorg layan org double standard juga ye. tp tulah, bak kata pepatah, jgn pandang org sebelah mata, kan?

    ReplyDelete
  3. Hah, tu dia! Baru bertemu buku dengan ruas! Ha ha ha!

    ReplyDelete
  4. PakPayne,

    mmg elok la PakPayne gedebe sikit dgn diaorg ni!!

    hehehe... bukanla kat Dubai je macam ni kan :)

    Kat Malaysia pun ramai yg macam ni... A lady (property negotiator once said lebih kurang begini) - puan, you have to tell me of your budget.. because the owner will only entertain serious buyer with a budget of RM700k!!!!

    hmmm.. senyum baca entry ni :)

    ReplyDelete
  5. ummu asiah...:-) thanks for sharing kisah dan tauladan dari Rasullallah ( swt ) itu.

    Manusia nie ... melihat bukan dari mata hati...;)

    pakpayne

    ReplyDelete
  6. wanzuha...:)

    jika nampak rpa org asia tu...depa pandang sebelah mata la jugak....
    :-)

    tapi jika depa dah tahu malaysia tu ...ok la sikit. Boleh naik 4 tangga...tapi masih di antara anak tangga di bawah lah.

    pakpayne

    ReplyDelete
  7. hahahahaaa!! gelak neeza sambil imagine muka pak arab yg pilih bulu tu.
    Mmg bagus Pakpayne kenakan dia.. lain kali buat lagi ye.. hehehee..

    ReplyDelete
  8. cikmilah :-)

    hehehe....siapa buku siapa ruas tu ek..:P

    pakpayne

    ReplyDelete
  9. little muffins...:-)

    gedebe setakat yg patut jer....hehehe

    pakpayne

    ReplyDelete
  10. shamey shahril...:-)

    errkkk nama baru ..tadi tak berapa changggg......dah klik masuk baru perasan..hehehe...comeyy nye si shahmey!!!

    pakpayne

    ReplyDelete
  11. itu dia ... your gedebeness came out hehehe

    *sigh* anywhere is the same ... people judge by what you wear than showing genuine interest in giving service or sharing information ...

    ReplyDelete
  12. Hehe..funny experience betul ni.

    Had similar experience today.

    Bro ariffin, I was at PTS booth tadi and grabbing the books from the shelves like nobody business.Tak belek-belek terus je tanya, "buku ni suitable tak for boys?" Mind you,my attire memang macam drebar bas dengan berselipar jepun sampaikan ada staff PTS dok bisik dengan kawan dia,

    "Eh brother tu beli buku ribu-ribu CASH!"

    I was running from the shelves to cashier few times and they were so curious and I had to tell them - it's for the library project in Machang.

    Terus dapat diskaun paling 'hebat' dari PTS. Rezeki budak-budak tulah.

    ReplyDelete
  13. walalala.,.....bro Is!

    I am so proud of what u r doing there...!
    my prayers for a stunning suksess dalam project amal yg you usaha kan itu. Semoga Allah jua yg membalas....

    Machang is abt 30 minutes from where i grew up!

    and syabas to PTS - DAN PUAN SIFU - di atas sumbangan diskaun. Smeoga bertambah2 rezki...

    hey, have fun doing what u r doing brother!

    pakpayne

    ReplyDelete
  14. syana...:-)

    they look at what you wear....what you drive....what shade is your skin...

    dah nok buat guano! hehehe

    pakpayne

    ReplyDelete
  15. Queen Of The HouseMonday, April 14, 2008

    I baca pun nak tergelak sakan. Eh, tolong explain 'gedebe' tu exactly maksudnya apa?

    Ni macam case nak tengok rumah di Federal Hill dulu tu lah, kan?

    ReplyDelete
  16. pakpayne...
    everywhere is the same..sume akan jd kawan kalu kite berduit... in the face of adversity,u will know who your friend is..

    tp kalu tgk tokey cina bknnya dressing sgt tp dlm poket ribu raban!!takut kena samun kot..

    kalu keter mercedes berhenti tepi jln nk beli deghoyan, mesti x de can nk nego..sikit2 dptlaaa..

    sometimes,there is the price to pay for just looking rich...

    ReplyDelete
  17. Ketuanan Arab ni memang terserlah kat mana-mana ... elok pun you berlagak macam tu... memang kalau lelaki diaorang ingat buruh/driver, kalau pompuan diaorang ingat maids... my darling orang arab selalu ingat pak syeikh arab, sebab kulit dia cerah and hidung ada sikit gaya arab... selalunya terselamat dari pandangan sinis , dulu kat jordan pernah ada arab datang nak jual barang, dia kata nak cakap dengan madam.. I pun cakap..I'm the madam...terus dia senyap...

    kalaulah you jadi beli penthouse tu, house warming sanggup I terbang ke sana ... bestnya... bahagianya...

    ReplyDelete
  18. queen...:-)

    "gedebe" tu lebih kurang macam samseng la...but not exactly samseng...hehehe. it is more like samseng nakal bukan samseng jahat.

    yes, serupa macam experience federal hill....di federal hill dulu sbb i drove wira cabuk!

    lagi pun my muka ni muka duapuluh sen la kut naa....hehehe....syukurrrr dengan muka ku ini.

    pakpayne

    ReplyDelete
  19. nur...:-)

    kawan time ada duit jer ek...nasib baik la i belum jumpa hehehe
    but but, mungkin belum cukup di test lagi kut.

    memang betul tu..kalau drive merc bel;i doyann tepi jalan....jawapnya, harga special la. tapi kalau dah abwak merc tu.....kasi la tips byk2 patutnye...hehehe

    pakpayne

    ReplyDelete
  20. silverina...:-)

    uhuks, itu penthouse ....kita nak pasang langsir pun rasanya terkapai2 cari duit..hehehe.

    but but, walaupun di villa yg ada ini, kedatangan puan dan keluarga akan dialau2kan.

    bagus juga ek....ur hubby iras2 local di sini...jika tahu berbahasa arab lagi la best!

    pakpayne

    ReplyDelete
  21. hihihi kelakar .. baca entry ni..
    Dah tinggal di dubai ni dah berupa wajah kot.. dah mcm ala2 Turkey...

    *Kirim salam kat aisyah erk Pakpayne

    ReplyDelete
  22. umie@kyong...

    hehehe...ala2 turkish ka? rasa nye lebih kepada ala-ala mongolia...hehehe

    aishah kirim salam kembali. hujung june dia pulang...boleh la umie jumpa2 dia...hehehe

    bila nak hantar jemputan kawen anak tu? saya akan hantar fariz la sebagai wakil...:-)

    pakpayne

    ReplyDelete
  23. Aishah balik dgn anak2 jer ke?? boleh la jumpa2 dia nanti insyaalah...

    Kad jemputan tu umie akan hantar melalui email, sbb hari ni cuti dok kat rumah...

    ReplyDelete
  24. Hehehehee inilah nasib Malaysian dekat UAE ni, lagi2 melayu (muka macam pinoy) tak semena2 org panggil pari! kalau pergi tempat yang kelas skit org tak layan sbb ingat kalau layan kita ni buang masa je. ini lah sikap manusia yang hanya ada otak tapi tiada akal yang waras untuk menilai erti kehidupan, kemanusiaan...

    Dulu rasa marah jugak bila org panggil Pari,Pinoy atau cakap tagalog dgn kita, sekarang ni lepas 3 tahun dah lali, malah bila org cakap kita kabayan kita terus sapa dia kamustaka...mabutiiii hahahahaha.

    ReplyDelete
  25. umie@kyong....

    :-)

    ok dah terima kad jemputan. Thank you!!! Kami akan wakilkan anak lelaki kami Fariz tu datang nanti InsyAAllah.

    arif.

    ReplyDelete
  26. rusdi...:-)

    "kamustaka mabutiii" hehehe ohh, lagu tu ko caro nok jawab!
    apa maksudnya tu???
    adakah....ia bermaksud, "Ambo lapa...ado roti??"
    hehehe

    pakpayne

    ReplyDelete
  27. ha..ha..ha.., seru-seru..if using my daily language..."biar tau rasa dia, belagu banget sich..."

    Belum tau dia ada Pangeran lagi nyamar... :-)

    ReplyDelete