Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya "Maaf Zahir Batin"

Tiga tahun tidak beraya di Malaysia. Tiga tahun menyambut Syawal di Dubai, bersama teman perantau. Memang lah tidak kurang seronoknya menyambut Hari Raya setelah sebulan berpuasa, tidak kira di mana kita berada - ziarah menziarahi telah menjadi adat kita. Namun, hati sentiasa rindu untuk berhari raya di kampung sendiri - ber takbir Raya cara kita, makan lemang, ketupat dan rendang dari dapur ibu mertua. Seronok di tempat orang tidak sama dengan kegembiraan hati yang melonjak2 dapat bersama sanak saudara di kampung.

Tahun ini....kami Beraya di Melaka dan di Kelantan!
Di Melaka, ketupat nasi daun kelapa, di Kelantan ketupat pulut daun palas.
Di Melaka, menziarah keluarga sebelah mertua, di Kelantan bertemu kakak dan sanak saudara!
Di Melaka, dan di Kelantan, kedua2 nya akan bersama kesemua anak-anak kami yang sudah tiga tahun tidak berhari raya bersama. Mungkin ini lah yang paling bermakna...

Sempena menjelangnya Syawal, saya mengucapkan Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin kepada rakan taulan, sanak saudara di mana jua.
Sama-samalah kita meraikan kejayaan berpuasa selama sebulan, dan semoga panjang usia dan sihat tubuh badan dapat kita menyambut lagi Ramadhan di tahun hadapan.

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat PP sefamily .

    Alhamdulillah Pp dapat beraya with all your kids and get a chance to meet up with your relatives , that's the best part of raya , bestnya .. as for me , another year with "no Full house" raya and this is kali ke 7 berturut-turut tanpa semua ahli family .

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidil fitri buat Pp sekeluarga. Maaf zahir dan batin dari saya, ustazkg dan Noraini dari Kajang, Selangor. Semuga Pp akan mendapat kekuatan dan semangat berganda apabila bertandang semula ke Jeddah. Datang dan pergi (by Sweet Charity-1983) & It come and it goes (by Troopers-1982) adalah lagu yang sama. Kita datang dan kita akan pergi jua akhirnya. Salam

    ReplyDelete
  3. Pp,
    Selamat Hari Raya........maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. Abg Id, Selamat Raya..takde gambar ke? Nak tengokkkk :)

    ReplyDelete