Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Friday, August 1, 2008

Isra' Mi'Raj - Di Dubai

gambar dari sdr zuhairi.

Alhamdullillah, selamat semuanya. Majlis Isra Mi'raj bermula dengan Solat Maghrib berjemaah - lebih kurang 70 orang tetamu. Ustaz Hasan yang di jemput khas hadir sejerus tamat upacara ringkas para hadirin memperkenalkan diri masing. Agak istimewa majlis malam tadi dengan kehadiran ramai tetamu dari Dubai, Abu Dhabi dan ada juga wakil tunggal dari Ras Al Khaimah.
.
Isra Mi'raj - aku masih ingat cerita yang pertama kali aku dengar di Surau di kampung. Bagaimana aku pernah begitu kagum dengan 'perjalanan malam' Rasullullah ( swt ), dan selepas itu menghujani pertanyaan demi pertanyaan kepada ibu (arwah) bagaimanakah mungkin Rasullullah naik kelangit!!

Semasa itu usia aku sebaya Luqman sekarang - tujuh tahun.

Malam tadi, Ustaz Hasan menjawap soalan itu dengan cara beliau sendiri, yang membuat para hadirin tertawa namun cukup berkesan untuk Luqman memahaminya sekiranya Luqman berada bersama. Diantara ilustrasi yang digunakan, Ustaz Hassan menceritakan bagaimana seorang kerani menghantar 'Fax' beratus kali......hanya kerana kertas fax itu masih berada di mesin fax lalu difikirnya fax tidak berjaya dihantar.

Isra Mi'raj, peristiwa di mana Rasullullah telah diperlihatkan a complete vision of the beginning, the present, the whole journey, and the end of all creations. Isra' Mi'raj, di mana Rasullullah menerima 'hadiah istimewa dari Allah' untuk umat beliau - ia itu Solat, yang telah diringankan ke lima waktu sehari.
Solat, kita telah di ingatkan sekali lagi oleh Ustaz Hasan, adalah amalan pertama yang di kira di akhirat kelak. Jika 'negatif' amalan ini - maka amalan2 lain tidak bermakna. Solat itu tiang kepada amalan2 lain. Lalu di sini, saya mengingatkan diri saya sendiri dan sebagai pemimpin keluarga, memberi ingatan kepada isteri dan anak2 saya - wajib kita solat lima waktu sehari!!
Wajib!!! Must!!! .

Banyak lagi inti pati tazkirah dari Ustaz Hasan - yang telah pun di rumuskan dengan baik olih saudara Zuhairi di sini.
.

Majlis pengisian rohani dengan mengingati kembali salah satu mukjizat penting yang dikurniakan kepada Rassullullah, juga dimeriahkan oleh juadah2 yang di bawa olih para hadirin untuk dikongsi bersama2.
gambar2 di atas dari sdr zuhairi
Pertemuan kami malam tadi, semoga tetap di hati kita dengan niat bertemu dengan kerana Allah dan mencari keredhaan Allah. Semoga pertemuan itu mendapat berkat di dunia dan di akhirat.
.
Sebagai tuan rumah, saya mohon maaf jika ada yang kurang dan tidak sempurna. Juga ribuan terimakasih kerana sudi datang. Kepada yang membawa sumbangan juadah, ribuan terimakasih dan semoga Allah juga yang membalasnya.
.

Gambar2 di bawah ini dari lensa Abdul Halim Abdul Rahman.


Di atas: Zeti(baju purple tudung hitam) bersama kakak2 berposing setelah terjumpa sebiji mangkuk untuk di isi anggur ( gambar bawah ).


Di atas: di antara hadirin lelaki dan di bawah, ustaz Hasan sedang menyampaikan ceramah. Cara beliau menarik tumpuan semua yang hadir.

3 comments:

  1. Salam P.P,
    Ucapan ribuan tima kaseh tak terhingga dari kami sekeluarga pada P.P selaku tuan rumah..majlis berjalan sangat baik dan lancar..kami, puan2, penuh ceria dan riang di dapur...mana tak nye, seronok mengunyah di dapur macam umah sendiri...kalau Kak Aishah ada, sure geleng kepala..hi..hi..'terlupa diri' terasa cam umah sendiri.

    InsyaAllah, di harap hubungan sillaturahim keluarga kita bertambah erat selepas ini tho kami akan tercampak di 'Fantasy island' tak lama lagi...Thank you once again for every thing...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    mabrook utk tuan ruamah, majlis berjalan dengan amat lancar solat jemaah dan tazkirah Isra' Mikraj yg penuh dengan pengertiaannya. Patut diperbanyakkan lagi majlis2 mpengisian ilmu dan penghayatan Islam di bumi Dubai ini. lebih2 lagi lebih ramai teman2 dapat bertemu dan berkenala2anmengeratkan Silaturrahim.

    Tapi yang bestnyer Makan-makan, teman2 kite di sini memang tak pernah kedekut menyumbang dan mensedekah makanan Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Israj Miraj adalah soal fungsi masa = jarak X kelajuan.Time is a function of speed over distance.Contoh mudah ialah kelajuan kereta jika 100km sejam maka dalam masa 1 jam kita akan berada 100km dari tempat asal kita.Bayangkan jika kelajuan kereta adalah 1000km sejam ? kita akan berada di dua tempat yang sama dalam masa yg singkat.Dalam riwayat dikatakan tentang kelajuan buraq..maka tentu saja perjalanan rasulullah saw ke langit akan mengambil masa yang singkat saja :)

    ReplyDelete