Lahirnya aku di sini!
lahirnya aku di sini
memulakan kehidupan di lurah berdebu
memori perjalanan yang sering ku rindu
lambaian kasih menggamitku pulang
bagaikan burung pulang ke sarang
bagaikan sireh pulang ke gagang.
dan aku mengharapkan
kau anakku meneruskan perjalanan
di lurah ini, di sinilah permulaan!
Dan
tiba waktunya nanti
seperti ku, kau juga akan pergi
tinggallah kampung ini dalam kedamaian menanti
wahai anak......pulanglah
bila kau juga akan merindui
jejak kasih mu bermulanya di sini!
120808 - Kematian mengingatkan tujuan kehidupan!
Aku bangun untuk solat subuh apabila diberitahu tentang kematian sepupu saudaraku Ramli.
"Innallilah hiwa'inna illai HirajI'un.....alfatihah..............bismillah......." Hanya selepas aku selesai solat baru kesempatan bertanya apakah punca kematian.
"Sakit jantung, dengan tiba2 sesak nafas dan habis usia dalam kereta menuju ke hospital" Begitulah cerita abang Wel.
Terdiam aku mengimbas wajah arwah Ramli, segak dan sihat orangnya. Berusia sekitar enam puluh tahun dan rajin bercucuk tanam. Orangnya peramah.....dan mempunyai 12 orang anak-anak. Kematian, mengingatkan aku tentang betapa sementaranya kehidupan. Datangnya jemputan Allah tanpa kita duga atau ketahui masa. Yang muda ada yang pergi mendahului yang tua. Yang sihat ada yang pergi terdahulu dari yang sakit. Yang kaya pergi meninggalkan harta. Hanya amalan, sedekah jariah, dan anak2 yang soleh yang menjadi bekal kita ke 'sana'. Kematian, membuat aku berfikir tetang erti dan tujuan kehidupan.

Kampung inilah tempat kelahiran aku limapuluh satu tahun dahulu. Kampung inilah yang mengajar aku bahawa kasih dan sayang dapat mengatasi kemiskinan. Di kampung ini, pernah seorang pakcik menghentikan basikalnya lalu bertanya apakah yang menjadi impian ku jika aku ada duit. Jawap aku, "saya juga ingin membeli ice cream seperti anak jiran ku!". Dan, seminggu kemudian pakcik yang bertanya berkunjung ke rumahku membawa ice cream. Aku begitu gembira.....seperti gembiranya kanak2 berusia tujuh tahun apabila mendapat ice cream. Kemiskinan mengajar aku untuk menilai budi dan kebaikan orang namun kemiskinan juga mengajar aku untuk tidak mengharap atau meminta. Sebaliknya, kemiskinan menguatkan azam aku untuk belajar bersungguh2 demi mencapai kejayaan untuk mengubah nasib keluargaku. Bila berjauhan, aku rindukan kampung ini. Bila pulang, aku mencari kampungku yang semakin hilang - seorang demi seorang orang2 tua yang aku kenali sejak zaman kanak2 telah pulang ke Rahmatullah. Kampung tanpa denyut nadi penghuni penghuninya semakin sunyi dan sepi. Anak2 muda dari generasi baru aku tidak kenali dan mereka juga tidak mengenali aku . Warisan adat resam kehidupan seperti dulu2 semakin hanyut bersama air sungai Kelantan yang semakin berlumpur. Senyuman mereka malu2 dan hambar. Salam kita di sambut sebelah tangan umpama 'hand-shake' kebaratan bukan lagi bertemu dua belah tangan menyambut salam sambil bertanya khabar berita dengan kemesraan jauh dari sudut rasa.
Dan kepulangan aku kali ini bersama hari pemergiaan arwah saudaraku Ramli......semoga Allah tempatkan beliau bersama para Solihin...!
.
130808 - Ke sekolah!Dan kepulangan aku kali ini bersama hari pemergiaan arwah saudaraku Ramli......semoga Allah tempatkan beliau bersama para Solihin...!
.
Bukan sahaja lahirnya aku di sini. Aku juga mula bersekolah di sini, di Sek Kebangsaan Pangkal Kalong. Dari darjah satu hingga darjah enam aku berulang dengan berjalan kaki meniti batas dan lorong berdebu untuk ke sekolah. Di waktu itu, boleh dikatakan lima puluh peratus murid2 ke sekolah berkaki ayam, ini termasuklah aku. Masih segar di memori ku peristiwa guru meminjamkan aku sepasang kasut kepunyaan salah seorang kawan ku untuk sessi fotografi majalah sekolah, dan bila aku pulang aku menceritakan kepada ibu. Tergenang air mata di kelopak mata ibu....besunya ibu membawa aku ke kedai untuk membeli kasut. Kemudiaannya, aku mendapat tahu - ibu berhutang demi membelikan aku sepasang kasut itu. Demikian kasih ibu.....dan aku, ingin saja rasanya memulangkan kasut itu. Namun melihat ibu tersenyum puas, aku simpan kasut itu untuk kegunaan hari2 perayaan. Sepasang kasut mencetuskan azam - "satu hari nanti, aku akan membeli kasut terbaik untuk ibuku!"
.
Guru2 waktu itu bagaikan ada satu semangat kebangsaan untuk memajukan anak2 Melayu. Bila aku imbas kembali, aku masih ingat bagaimana ada di antara2 guru2 aku yang bertandang ke rumah untuk bertemu ibu bapa murid2 untuk berbincang tentang perestasi anak2 mereka di sekolah. Rasanya, sekarang guru2 mengambil pendekatan berlainan. "Jika ibu bapa tidak ke sekolah, itu masaalah mereka!" mungkin begitu paradigma sekarang. Namun gaya kehidupan orang kampung berbedza.....hidup mereka kais pagi makan pagi. Rata2 pendidikan ibu bapa di kampung juga tidak setinggi pendidikan guru2. Justuru cabaran guru2 di luar bandar merangkap sebagai pendidik kepada ibu bapa juga. Besar cabaran itu......dan sesiapa juga yang terlibat dalam rangkaian pautan kasih sekolah tersebut harus bekerja sama. Ini termasuklah para alumni sekolah, para ibu bapa yang berpendidikan tinggi, dan ahli masyarakat yang memegang jawatan.
.
Justeru terkenangkan jasa guru2 dan jasa sekolah, terpanggil aku untuk berkunjung kesekolah itu menjejaki lorong2 memori......ah begitu nostalgia, hampir menitis air mataku melihat bilik darjah yang pernah aku hadiri dulu dalam keadaan memerlukan perhatian dari pihak2 berkenaan. Aku bernasib baik dapat bertemu Tuan Guru Besar sekolah, dan beberapa guru kanan lain. Terasa bagaikan tetamu istimewa pula.....walhal, tujuan aku ke sana kerana ingin memperhambakan diri dan memberi penghormatan kepada sekolah dan para guru.

Sambil berbual di pejabat Tuan Guru Besar, aku di tanya samaada sudi untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar darjah empat, lima dan enam besuknya ( 14 Ogos ). Tanpa berfikir terus saja aku bersetuju......
Bila aku pulang ke rumah, barulah isteri bertanya - "Apa abang nak cerita besuk? Boleh ka?" Dan bila memikirkan, rasa seperti tidak bersedia pula untuk memberi ceramah begitu....namun demi kerana kasihkan anak2 yang aku lihat umpama diri aku sendiri empat puluh tahun dahulu, InsyAAllah.....bolehlah setakat yang termampu.

bergenang airmata membaca,,menyentuh perasaan..
ReplyDeletesaya pon terharu..semangat s'org kanak2 yg berjuang utk membela nasib diri dan keluarga, ini dah kira patriot dah ni, bila tgk tahap yg abg ipin dpt capai skrg!
ReplyDeletetahniah, semoga anak3 abg ipi menjejak langkah kejayaan ayah diaorg..insyaAllah.
aduh pak payne... menitik airmata gue di tengah timbunan dokumen ini... terasa2 diri sendiri yang melaluinya....
ReplyDeletedoa buat ibu pak payne yang cukup berjaya dalam mendidik anak... pasti besar ganjaran dari Allah buatnya...amin.
Setelah melihat sendiri kampung laman Pakpayne, saya boleh membayangkan satu kehidupan yang sama seperti yang saya pernah lalui. Cuma bezanya saya tidak dapat meluahkan pengalaman dan perasaan itu dengan perkataan tanpa merasa sebak dan terharu.
ReplyDeleteKejayaan Pakpayne adalah kebanggaan kita semua.
semoga Pakpayne sekeluarga dirahmati dan diberkati Allah swt atas pengorbanan dulu, kini dan akan datang.
ReplyDeleteOghe Bachok di KL.
yes of course u can do it...kami yg baca pun penuh dgn rasa insaf..sbb kami mungkin tidak melalui apa yg Pp lalui dulu...anak-anak sekarang mesti selalu didedahkan dgn kesusahan hidup, tapi somehow depa susah nak terima kenyataan..apa taknya..nampak mcm nak dapat duit dan sesuatu benda dgn begitu senang saja..apatahnya lagi..skrg begitu mudah untuk kita terjerat dgn hutang..kredit kad espc..sambil kita jalan pun org boleh offer..bermakna betul percutian pak payne ye..
ReplyDeleteSyabas PP, tgk retok kecik tu teringat 4 5 tahun lepas duk lalu hari2 retok tu berulang dr Poly ke Wakaf Bharu.
ReplyDeleteTahniah & Syabas PP
Sangat terharu membaca entry ini..tempat jatuh lagikan dikenang...
ReplyDeleteSaya yang masih di Rio.
ummi nak komen lagi.. tadi tak ada gambar.. posing maut nampak hehehe
ReplyDeletePak payne n ummi..
ReplyDeletei pun senyum lebar tengok gambar tu...he...he..if my son posing mcm tu..mesti sambil sebut... machoooo...ha...ha..bergaya dpn nasi dagang lagik tu...
ummi365 ,
ReplyDelete:-) uhuks ummie...tenangkan perasaan....smile....
--
Qimy :-)
hehehe patriot ka? hehehe...anak2 i haziq and amirul said ..*puke* when they read the patriot bit hehehe...but not to worry....they are like that! deep down i know they too were proud of their dad hehehe. all three were there at the school with me today.
--
Suria Kelang :-)
suria sudah kembali di KL ka? boleh nanti kita bertemu...saya ada lunch bersama mamarock dan jokontan hari rabu ini...boleh ka suria join us...di KLCC....
--
Pp
Zawi :-)
ReplyDeletesebenarnya setiap kali saya menulis hal silam, saya juga sebak...setiap kali mengenangkan jasa kedua org tua memang tersentuh perasaan...namun dgnsentiasa mengingati mereka dan zaman silam membuat saya sentiasa berpijak di bumi nyata....itu jer tujuannya...untuk mengingatkan asal usul kpd diri sendiri dan anak2...
Anonymous :-)
salam oghe bacok! terimaksih kerana sudi ke sini dan sudi pula meninggalkan jejak..walaupun anonymous..
---
ummu asiah :-)
memang saya plan untuk ada sesuatu aktiviti bermakna semasa bercuti...
alhamdulillah, meang gembira dapat menziarah sekolah lama saya...
--
PP
bro pakpayne,
ReplyDeletemelihat perpustakaan sekolah rendah pp mengingatkan saya kepada perpustakaan sek.keb penjom -tempat saya berkurung dan khayal dalam dunia buku.
Di dalam bilik itulah ,saya "belayar ke pulau lilliput, menaiki tren thomas the tank engine dan meneroka kota misteri (Ladybird series).
Tiada hadiah yang lebih baik daripada buku untuk sekolah tercinta.
rusdi :-) ghertok tu dekat bena tu dengae rumoh ambo....hehehe...dekat dengae kubo jugok tuh...
ReplyDelete--
anggerik merah..:-) saya lakukan apa yang boleh..terlalu kecil berbanding jasa guru2 dan sekolah itu
--
ummie hehehe :-) posing glemer gitu ek..hehehe
--
ummu asiah....nanti kita jumpa jgn lupa kita pula posing glemer gitu hehehe
--
dr bubbles...:-)
yes, saya akan ada kan usaha memulakan club alumni sek tersebut...insyAAllah...
dengar2 ada yg dah jadi Dato'....hehehe....
PP
PP
It's always been a pleasure to read your blog post bang Id :)
ReplyDeletePakpayne,
ReplyDeleteI presume your talk not only inspired the pupils but the teachers too. I am sure glad it all led to this.
salam abang id,
ReplyDeleteyour posting evoked a lot of memories for me growing up.kita sebenarnya bertuah kerana berpeluang mengubah nasib diri dan keluarga.alhamdulillah.dan doa saya supaya makin ramai akan dapat berjaya dan memberi sumbangan pada masyarakat.....
amy :-) it is my pleasure to have you visiting....
ReplyDelete--
zawi...:-) i was myself inspired...
salam dari cikgu saupi yang pakzawi pernah jumpa dalam lawatan pakzawi tempuh hari...
--
bellaez :-)
memang kita dari kalangan orang2 yang bertuah...syukur!
thanks for visiting and leaving behind ur thoughts.
--
idham
rindunya suasana kampung begitu..
ReplyDeletebaguslah.. balik kampung memberi jasa kepada anak bangsa..
keep it up..
you deserve all the recognitions :)
asalnya merayau2 di kickdefella....last2 sesat ke sini plak...apapun posting best2..bolehla masuk bookmarks.
ReplyDeleteSyabas dan setinggi-tinggi pengharhaan buat Pakpayne. Memori SK Pangkal Kalong bersama Pakpayne masih segar di ingatan kami semua. Semoga Pakpayne lebih dimurahkan rezeki....
ReplyDeleteTerima kasih.
SK Pangkal Kalong,
16450 Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.