Summer Surprise!

Poetry Writing Competition - Pertandingan Menulis Sajak. Find Out More By clicking HERE

Wednesday, December 29, 2010

Ketika ku sujud di bawah bayangan Kaabah..~!



Khamis 23hb Disember 2011.
Umrah bersama isteri, Amirul, dan Luqman.

Tiada tempat di dunia ini, di mana tangisan bukan kerana kesedihan tetapi kerana kesyukuran kecuali di bawah bayangan Kaabah Mu. Di sini, mengalir air mata mengharapkan pengampunan dosa! Di sini basah pipi ketika menyebut doa untuk ayahanda dan bonda. Di sini, kerdil rasa diri, Kebesaran Mu meresap ke jiwa.

Tiada destinasi di dunia ini di mana tetamu sentiasa merasai paling istimewa, kecuali menjadi tetamu Nya - mengelilingi Kaabah, mengatur tapak di antara Safa dan Marwah! Bersatu, di antara jasmani dan rohani, di antara kata-kata dan detik di hati, jasad dan roh - menemui erti damai dan harmoni!

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu." - copied from a forwarded email.

Ya Rabbi, Alhamdullillah dengan nikmat Mu kepada kami - di antara yang terpilih untuk ke sini~!
InshAAllah, kami ingin ke sini lagi...




2 comments:

  1. Ya Allah, untungnya kerja di Saudi. Dah buleh buat Umrah dah.. for the rest of the world, visa masih tutup. Salam to Pak Payne & brood. Semoga Allah terus kurniakan rezeki yang melimpah..

    Kama

    ReplyDelete