

Sudah lama kami tidak berdiri sebaris seperti waktu solat Maghrib semalam. Luqman berdiri di sebelah kanan, dan Haziq di sebelah kiri aku di dalam saf berhimpit padat di bawah bayangan pintu Kaabah. Kami baru selesai tawaf, dan berkesempatan solat sunat tawaf dan terus menunggu solat Maghrib. Beratus ribu umat Islam mengelilingi Kaabah, mencari restu dan rahmat, memohon keampunan. Kami bertiga di antara ribuan itu. Adlil, Fariz dan isteri ku Aishah terpecah dari kumpulan kami dan alhamdullillah sudah juga selesai tawaf dan sudah pun menuju ke Bukit Safa untuk memula kan Saei. Begitulah yang telah di maklumkan oleh isteri menerusi sms kepada aku.
Berdiri di depan Kaabah, bersebelahan dengan anak-anak, bersama rukuk dan sujud kepada Nya. Shahdu! Ketika rukuk ketiga itulah aku terlihat jari-jari kaki Luqman dan Haziq, dan berdetik di hati ku, "Sungguh Agung Kebesaran Allah!". Jari-jari kaki anak-anak aku saling tak tumpah seperti jari jari kaki ku, renggang dan bengkuk yang sama, panjang dan pendek yang serupa. Allah jadikan jari jari kaki mereka seperti jari jari kaki aku sendiri. Itu yang dapat aku lihat, secara zahirnya. Bagaimana dengan yang tidak nyata di mata, adakah juga ada persamaannya? Adakah mereka juga sensitif dan perceptif seperti aku? Adakah mereka juga banyak kekurangan seperti bapa mereka? Aku harus lebih memahami...harus lebih prihatin naluri mereka. Apa yang tidak dapat di lihat mungkin lebih perlu di mengerti dan di fahami!
"Ayah doa minta apa?" Tanya Luqman setelah melihat aku menitiskan airmata ketika menadah tangan memohon doa.
"Minta kita selamat dunia dan ahirat!" Jawap aku dan terus membisikkan, "Rabbana Ateena Fidunya hasanato wa fil akhiraati hasanato wa keena athabannaar"
Spontan, Luqman menadah tangan dan mengulangi doa tadi. Aku lihat dia terkumat kamit membisikkan doa nya sendiri, yang hanya dia dan Penciptanya mengetahui.
"Luqman doa apa?" Aku pula bertanya.
"Supaya kita dapat ke sini, dan macam ni lagi!" Jawapnya.
Aku sebak, menahan airmata, dan dengan senyuman mengusap rambutnya.
"InshAAllah....~!"
Sekali lagi aku menjeling ke arah jari2 kaki Luqman, Haziq dan kemudian jari2 aku sendiri.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)
This morning I saw a posting by Luqman in his blog. He has written his rhyming poem about the Umrah! Read about it here.
oboy, the tears came freely..am soo happy for you PakPayne..
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDelete