Sudin mengayuh basikal dengan laju. Hampir dia terlanggar ketulan tahi lembu kering di tengah-tengah jalan berdebu menuju ke kedai runcit Pak Wel.
Mulut Sudin berkumat kumit mengulangi senarai barang-barang yang di pesan ibunya.
"Gula, Susu, Milo, Nescafe, Sardin, Biskut, Telor! " Ulang Sudin.
Selang beberapa minit dia mengulangi lagi, "Susu, Milo, Nescafe, Telor, Sardin, Gula, Biskut!"
Dia tersenyum sendiri kerana masih mengingati semua barang-barang tadi.
Ketibaan Pak Ngah dari Pekan pagi tadi membuat ibu Sudin memanggil nya pulang dengan segera dari sungai! Waktu itu Sudin baru saja mula mengail, dan baru tiga ekur ikan puyu dapat di kailnya.
"Ibu nak kamu ke kedai sekaran
g juga. Kita tak der apa-apa nak bagi makan kepada Pak Ngah kamu tu" Bisik ibu Sudin. Geli terasa nafas ibunya menghembus ke telinga. Dia mengangguk-angguk. Di dalam hatinya terfikir juga, kenapa pula untuk Pak Ngah ibunya bersusah payah membeli semua tu sedangkan di rumah mereka tak pernah pun ada susu, milo, biskut atau nescafe. Jika nak minum pun, sekadar teh serbuk di rendam air panas dan di masukka gula. Kali terahir Sudin sendiri meminum milo ialah enam bulan dahulu apabila ada minuman milo percuma di agihkan di sekolahnya.
"Ini pemberian kerajaran untuk anak-anak melayu, supaya kamu semua sihat dan kuat!" Begitulah Guru besar, Haji Abdul memberi ucapan sebelum semua murid-murid di beri kan sekotak milo.
Sudin masih ingat, dia mengambil kotak itu dan menyedut air milo perlahan-lahan sambil matanya mencuri pandang ke arah kawan-kawan nya yang lain. Mereka semua terdiam, menikmati sekotak milo, satu m
inunam yang masih asing kepada anak anak petani di kampung Tembusu.
Sudin melipatkan lengan sambil memicit otot-otot bicep! Dia tersenyum sendirian, "Yeah, sihat dan kuat!" kata Sudin di dalam hati mempercayai dia kini boleh menandingi kekuatan Badang!
Semakin hampir ke kedai Pak Wel, semakin bersemangat Sudin. Milo! Memikirkan dia akan dapat meminum milo lagi, meembuat hatinya melonjak lonjak kegembiraan.
"Pak Wel, mak nak telor lima biji, nescafe satu paket, sardin tiga tin, biskut satu kilo, gula setengah kilo, errmm...ada dua lagi saya lupa!"
Pak Wel tersengeh-sengeh melihat telatah Sudin menggaru kepala.
"Wah ibu kamu belanja besar, siapa yang datang!" tanya Pak Wel.

"Pak Ngah dari Pekan yang datang tadi!" Jawap Sudin, kini menggaru pula ketiak nya.
"Oh, kenapa Pak Ngah kamu datang?" Tanya Pak Wel, sambil menimbang biskut kering.
"Tak tahu lah saya, tapi nampak macam Pak Ngah sugul!' Jawap Sudin.
Pak Wel mengenali sangat bapa saudara Si Sudin yang di panggil Pak Ngah itu! Abang sulung kepada ibu Sudin yang berhijrah ke Pekan dan bekerja sebagai peraih ikan di Pekan Kuala Krai!
Setahu Pak Wel, setiap kali Pak Ngah datang ada saja masaalah yang di bawa bersama. Setahun dulu dia datang kerana ingin meminjam duit dari ibu Sudin, yang terpaksa meminjam dari Pak Wel untuk membantu abang sulungnya. Pak Ngah kehilangan pelanggan apabila dia bergiat berkempen dalam pilihan raya kecil di Manek Urai untuk parti BN!
Selepas itu, setahun Pak Ngah menghilang.
Kali ini, Pak Wel berharap kehadiran Pak Ngah ialah untuk membayar hutang, dapat lah juga dia menerima bayaran dari ibu Sudin!
"Kamu dah ingatkah apa dua barang tadi tu?" Tanya Pak Wel kepada Sudin.
"Gula, tapi satu lagi saya lupa!" Jawap Sudin.
"Kamu pulang lah dulu, jika ingat nanti datang lagi!" Jawap Pak Wel.
Sudin menghulur duit kepada Pak Wel, membuat bayaran.
Duit lusuh dari lipatan kilas kain pelikatnya di sambut Pak Wel, terseyum dan berkata dengan perlahan, "Sudin cakap dengan ibu, sekarang dah BN, sama lah dengan parti Pak Ngah tu!"
Sudin menggaru kepala lagi! "Apa tu Pak Wel, saya tak faham!"
"Ibu kamu faham. Cakap saja, ada lagi lima riyal dia kena tambah bayar!"
"BN tu apa?" Sudin masih tak puas hati.
"Barang Naik lah!" Pak Wel tersengeh-sengeh. Dia menjeling ke arah tiang bendera di depan kedai runcitnya. Bendera hijau putih berkibar di tiup angin.
Semakin ramai pelanggannya yang datang mencurahkan perasaan naik angin masing2 sejak kenaikan harga barang-barang, namun setiap kali itu lah mereka memuji bendera Pak Wel.
"Kalu PAS tak jadi begini!" Kata mereka sambil merenung bendera yang berkibar!
Setiap kali, Pak Wel hanya tersengeh dan terus menyedut rokok daun.
Separuh jalan menuju ke rumahnya, Sudin teringat kembali barang tadi yang dia terlupa, 'MILO!" Jeritnya, sambil membuat u-turn ke arah kedai Pak Wel. Tiba-tiba, dia merungut, "Ish, tak cukup duit, buat malu saja, aku balek saja lah!" dan membuat u-turn sekali lagi.
"Pongggggggggg!!!!!"
Ketika itu juga sebuah van hijau yang tidak menduga basikal kanak-kanak tadi akan membuat u-turn di tengah-tengah jalan terpaksa membuat lencungan cemas untuk mengelak dari melanggar. Van tadi terlanggar batas tali-air dan terbabas dan terbalik. tercampak keluar, berkotak-kotak paket hijau milo!
Sudin cemas, tetapi matanya tajam memerhati paket paket milo! Air liur nya meleleh.
"Sihat dan Kuat!" bisiknya.
Dari kabin pemandu keluar lelaki separuh usia.
"Kamu tak apa2" tanya lelaki itu.
"Saya sihat dan kuat!" Jawap Sudin.
Pakcik pemandu tersenyum, menggamit Sudin ke arahnya.
"Kamu ambil seberapa banyak kamu mahu! Ambil lah!"
Sudin membuka T shirt yang di pakainya dan menggalas seberapa banyak paket-paket milo yang dapat di kendungnya.
Pak cik pemandu tersenyum, "Kamu tinggal di mana? jauh ka?"
"Dekat saja" Jawap Sudin sambil menuding jari ke arah rumahnya di hujung jalan berdebu.
"Kamu pulang dulu, ambil bakul dan datang lagi, pak cik tunggu!"
"Datang lagi? ambil milo?" Tanya Sudin, suaranya excited.
"Aha ambil milo! supaya kamu jadi sihat dan kuat sokmo!" Kata Pak Cik pemandu.
Sudin memecut laju ke rumahnya!
Salam PP,
ReplyDeletePak Man suka cerita ni. Ada kena sikit-sikit dengan kisah hidup ambo masa kecik dulu.
Tentang barang naik tu, ambo suka...terutamanya kalau barang naik waktu malam. Tetapi di Malaysia ni bukan nya barang naik, harga barang yang naik.....yang ni ambo tak suka.
Pandai pula PP mengolahkan cerita yang membabitkan issue semasa.. issu yang pak man suka tu isu sokmo doh.. dok ggitu
ReplyDelete